Saturday, June 04, 2011

STATISTIC TERKINI HIV


REUTERS – Berikut adalah beberapa data global terkini tentang HIV dan AIDS berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Joint U.N. Programme on HIV/AIDS (UNAIDS).

GAMBARAN SEBENAR TENTANG HIV DAN AIDS DUNIA:

1.         Angka terkini yang dikeluarkan oleh UNAIDS pada akhir 2010, lebih daripada 34 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti HIV/AIDS. Tahun 1999 jumlahnya adalah seramai 26.2 juta orang.  

2.         Dianggarkan 1.8 juta kematian yang berkaitan dengan AIDS di seluruh dunia pada tahun 2009.

3.         Sejak wabak AIDS bermula pada awal 1980-an, lebih daripada 60 juta orang telah dijangkiti HIV dan hampir 30 juta telah meninggal dunia oleh sebab-sebab yang berkaitan dengan HIV.

4.         Bilangan kanak-kanak perempuan yang berusia 10-14 tahun yang hidup dengan HIV meningkat daripada kira-kira 50,000 orang pada tahun 1999 menjadi lebih daripada 300,000 orang pada tahun 2010.

5.         Wanita-wanita muda yang berusia 15-24 tahun meliputi 26 peratus daripada semua jangkitan HIV baru secara global.

6.         Di Afrika Selatan, wanita-wanita muda mempunyai kemungkinan sehingga lebih lima kali ganda dijangkiti HIV daripada lelaki-lelaki muda.

PERANCANGAN DAN TERAPI ANTIRETROVIRAL

1.         Dijangka 6.6 juta orang di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana menerima terapi antiretroviral pada akhir tahun 2010, peningkatan hampir 22 kali ganda sejak tahun 2001.

2.         Sekitar 9 juta orang di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana yang memenuhi syarat untuk rawatan antiretroviral tidak menerimanya pada akhir 2010.

3.         Antara tahun 2001 dan 2009, kadar tahunan global jangkitan HIV baru menurun hampir 25 peratus.

4.         Pada tahun 2010, 94 peratus daripada negara-negara (162 dari 172 negara yang melaporkan) mempunyai rancangan strategik HIV kebangsaan, meningkat daripada 87 peratus pada tahun 2006.

5.         Walaupun memperolehi akses rawatan, 9 juta orang yang memenuhi syarat untuk rawatan itu tidak menerimanya pada Disember 2010.

6.         Sehingga 460,000 orang kanak-kanak menerima terapi antiretroviral ada akhir tahun 2010.  Liputan rawatan untuk kanak-kanak (28 peratus) adalah lebih rendah berbanding orang-orang daripada pelbagai usia (36 peratus) pada tahun 2009.

PELABURAN DAN PERTANGGUNGJAWABAN

1.         Antara tahun 2001 dan 2009, pelaburan dalam HIV untuk negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana telah meningkat hampir 10 kali ganda, daripada $ 1.6 bilion sehingga $ 15.9 bilion.

2.         Pada tahun 2010, sumber-sumber AIDS antarabangsa menurun untuk pertama kalinya dalam satu dekad. Cabaran-cabaran kewangan di banyak negara telah memberikan tekanan kepada sumber-sumber pembiayaan.

3.         Sebuah rangka kerja pelaburan tahun 2011 yang dicadangkan oleh UNAIDS dan ahli gabungannya mendapati bahawa pelaburan tahunan yang lebih berfokus iaitu sekurang-kurangnya $22 bilion adalah diperlukan pada tahun 2015, $6 bilion melebihi daripada yang tersedia pada hari ini.

4.         Anggaran pulangan bagi pelaburan ini: 12 juta lebih jangkitan HIV berjaya dielakkan dan 7.4 juta lebih kematian dapat dielakkan pada tahun 2011.


AHP: Diterjemah secara bebas daripada sumber yang asal. Maaflah kalau bunyi ayat terjemahannya kelakar benar.