Assalamualaikum w.b.t
Aku anak kedua (bongsu) berumur 15 tahun. Kini genaplah setengah tahun abahku disahkan sebagai pembawa hiv. Banyak yang telah kami lalui sepanjang setengah tahun ini . Pada mulanya aku sangkakan tidak banyak halangan yang terpaksa aku tempuh tetapi sangkaan aku terbalik.
Pada mula abahku dimasukkan ke hospital hujung tahun lepas atas suspek demam denggi berdarah. Aku sangkakan semua itu tidak akan sesekali membawanya kepada penyakit yang ditakuti oleh masyarakat, yang penuh dengan stigma dan judgemental ini.
Aku masih teringat apabila abahku memberitahu kepadaku dan abang bahawa dirinya disahkan dijangkiti HIV+ pada 28 disember 2010. Itu adalah tarikh lahirku. Abah menceritakan penyakitnya lebih kurang 10 hari selepas disahkan HIV+.
Ketika abah menceritakan keadaannya kepada kami, abah nampak tenang dan bersedia. Aku terkejut tetapi masih boleh mengawal perasaan yang bercampur baur.
Tetapi lama kelamaan aku mula diberi kefahaman dan aku dapat menerima kenyataan tersebut. Ini disebabkan abah tetap ayahku yang membesarkan dan memberi kasih sayangnya kepadaku selama ini dan yang kedua HIV bukanlah virus yang tidak boleh dikawal.
Cuma pembawa HIV terpaksa menanggung sikap prejudice dan stigma masyarakat yang tidak faham dan cepat membuat spekulasi bahawa HIV adalah untuk orang-orang yang hina dan orang yang berdosa termasuklah aku sendiri pada mulanya.
Bayangkanlah aku sebagai seorang pelajar menerima berita tesebut dan tidak dapat membuka rahsia ini kepada rakan dan penduduk setempat yang bertubi-tubi bertanyakan penyakit abahku. Aku bukanlah berniat untuk meminta simpati daripada mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran.
Antara kesan-kesan ubat yang diberi oleh doktor kepada abahku juga memberi kesan yang mendalam kepada kami seperti bibirnya membengkak dan tumbuh ruam di seluruh badannya . Begitu juga ketika abahku baru sahaja menjalani pembedahan ‘bone marrow biopsy’. Aku kagum dengan kecekalan dan kesabaran abahku menghadapi cabaran walaupun ianya sangat mencabar.
Bagiku yang penting sekarang adalah untuk menggembirakan mak, abah dan umiku dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Ini kerana aku mahu mereka gembira dengan segala titik peluh mereka membesarkan, mendidik, mengasuh dan menyayangi aku selama ini . Aku berharap para pembaca dapat mendoakan aku mendapat keputusan cemerlang kerana aku akan menghadapi peperiksaan P.M.R pada tahun ini.
Bagiku yang penting sekarang adalah untuk menggembirakan mak, abah dan umiku dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Ini kerana aku mahu mereka gembira dengan segala titik peluh mereka membesarkan, mendidik, mengasuh dan menyayangi aku selama ini . Aku berharap para pembaca dapat mendoakan aku mendapat keputusan cemerlang kerana aku akan menghadapi peperiksaan P.M.R pada tahun ini.
Aku juga yakin abahku dapat menghadapi segala ujian. Dan aku berdoa serta percaya walaupun abahku mendapat penyakit kronik tetapi dia akan dapat bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun lagi walau apapun jangkaan orang lain.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Dr. Iskandar Firzada yang banyak membantu kami sekeluarga . Akhir kata assalamualaikum semua dan ADIK SAYANG ABAH.