Tuesday, June 28, 2011

CATATAN ISTERI KEPADA SEORANG PEMBAWA HIV (ISTERI KEDUA)


sepanjang selepas 6 bulan abang didiagnos HIV, aku tidak byk berada di
rumah menyaksikan keadaannya. aku berada di suatu kawasan yg lain di
pantai timur utk berkursus selama 1 tahun. kebanyakan berita mengenai
abg aku ketahui melalui blog AHP ini, sms, mms, phone calls dan
emails.

aku balik ke rumah pun jarang². segala kesakitan, keperitan,
kepayahan yg abg tempuhi sentiasa abg update kepadaku. aku hanya mampu membayangkannya sahaja tanpa dapat melihatnya menempuhi kesakitan, keperitan dan kepayahan itu. acapkali aku termenung dan menangis apabila mengenang keadaan abg dari kejauhan.

apa yg dapat aku 'lihat' dan dgr ttg keadaan abg, selepas 6 bulan abg
didiagnos HIV, nyata abg semakin kuat dan tabah dgn segala ujian dan
kasih sayang yg Allah curahkan kpdnya. abg x pernah mengalah, x pernah
merungut, malah keceriaan abg mmg sama dgn org sihat. cuma bila dah
mula HAART tu, ye la, abg pun manusia biasa, mcm² keadaan yg
menyedihkan berlaku.

biasanya abg akan text aku, citer kat aku keadaan
dia. aku pulak awal² dulu bila dgr citer abg sakit tu, mula la aku
kelam-kabut nak balik tgk abg. tapi abg reminded aku, kuatkan semangat
aku. eh, terbalik pulak, org sakit console org sihat. x patut! x
patut!

tapi seriously, aku x nampak abg patah semangat. aku x nampak abg
duduk termenung tepi tingkap mengenang sakit yg dihadapinya. aku x
nampak abg buat benda ngarut² utk hilangkan tensen. nope! abg jalankan
tanggungjawab abg sbg suami, ayah, anak, abg, adik, pekerja di tempat
kerjanya, ahli masyarakat, ahli keluarga, blogger dgn sangat berjaya
dan bergaya. mana yg termampu abg akan buat. mana yg tidak, abg akan
stop for a while, take a break, kemudian abg akan teruskan.

dlm menghadapi side effect HAART, abg tempuhinya dgn seberapa daya abg
yg terbaik. abg akan consult dgn dr. Is thru sms & mms. abg akan carik
seberapa byk info yg boleh diperolehi melalui internet utk mengatasi
dan menghadapi side effects tersebut.

alhamdulillah, dr. Is sgt byk mbantu walaupun dari jauh... means x perlu lah abg drive jauh utk consult dgn beliau di klinik. itu sedikit sebanyak menambahkan motivasi abg utk meneruskan HAART walaupun side effect yg ditempuhi sgt menyakitkan. aku tak menyaksikannya dgn mataku sendiri, tetapi bila abg mms aku keadaan dirinya. mengalir air mataku sbb x dpt imagine betapa sakitnya abg, hanya sekadar melihat mms.

kalu balik bercuti sekejap² tu, aku dpt tgk betapa komitednya abg dgn
jadual ubat HAART yg perlu diambilnya. abg akan teruskan juga rawatan
HAART walau apa pun side effect yg bakal dihadapinya.

apa pun, aku harap ketabahan dan kesabaran abg menempuh segala sakit
dpt dijadikan motivasi utk kesemua pembaca AHP, khasnya utk mereka yg
turut sama menghidapi sakit yg sama dgn abg. x guna nak termenung,
pasrah, menyesal. nak tawakkal pun kena usaha dulu. yg sudah tu sudah
lah. apa pun keadaannya, life perlu diteruskan. utk pasangan & family,
dah confirm. utk diri sendiri pun mmg Allah dah perintahkan utk jaga
diri dgn cara yg terbaik.

tahniah, abg! kami bangga dgn keteguhan dan kekentalan semangat juang
abg menempuh sakit abg. percayalah, family sentiasa bersama² abg. kami
sentiasa doakan kesejahteraan abg. God speed my dear!