Kali ni kita share cerita lain pulak. Sebagai pembawa HIV tak semestinya aku nak cerita tentang HIV sepanjang masa. Aku ada kehidupan yang normal seperti insan lain juga.
Sejak semalam, rumah kami didatangi tetamu yang terdiri daripada adik beradik dan anak-anak saudara. Adalah dalam 7 buah keluarga termasuk yang datang solo atas masalah-masalah tertentu.
Rumah kami menjadi stesen berkumpulnya adik beradik untuk urusan perkahwinan anak abangku di daerah berdekatan. Maklumlah masing-masing tinggal merata di seluruh Semenanjung.
Rumah kami menjadi stesen berkumpulnya adik beradik untuk urusan perkahwinan anak abangku di daerah berdekatan. Maklumlah masing-masing tinggal merata di seluruh Semenanjung.
Mak aku pula memang dah hampir seminggu tinggal bersama kami. Sepanjang masa tersebut memanglah mak sentiasa perlu diberi perhatian sebab mak bukanlah sihat sangat. Mak dah lebih 80 tahun.
Rumah yang sebelum ini terasa ‘luas’ menjadi sesak tiba-tiba. Tetamu mesti dilayan dengan baik. Tak kisah apa masalah kita pun, tetamu membawa rezeki dan berkat. Tergerak hati mereka untuk menjadi tetamu di rumah kami tandanya rahmat Allah, Insya-Allah… Kan aku dah kata, walaupun ada HIV tetapi aku ‘kaya’, (sila klik untuk mengelakkan salah faham) hehehe…
Malam Jumaat tu (9 Jun 2011) sebenarnya aku dapat mesej daripada Dr. Iskandar yang memaklumkan bahawa Kaletra (HAART) aku dah sampai. Disebabkan dah hampir 2 minggu aku cuma makan Combivir sejak mengalami 2 kali alahan kombinasi HAART, aku tak sabar-sabar mengambilnya. Soal kesihatan dan rawatan bukanlah perkara yang boleh didedahkan kepada risiko.
Pagi-pagi Jumaat tu aku dan isteri-isteriku terpaksa bergegas ke KK di ibu negeri bertemu Dr. Iskandar. Pengalaman tersebut akan aku kongsikan selepas ini termasuk result screening test HIV mereka. Selesai urusan kami bergegas pula pulang untuk melayan tetamu.
Memang huru hara dan kelam kabut betul dalam sehari dua ni. Budak-budaklah yang paling seronok. Atas permintaan mak, sambil-sambil tu sempat jugalah kami buat majlis doa selamat dan tahlil ala kadar anak beranak.
Disebabkan masalah-masalah tertentu terutama kerana aku ‘kaya’ seperti yang aku ceritakan sebelum ni, aku dan family cuma mampu menjadi host kepada keluarga datang berkumpul. Kami tidak turut serta mengiringi pengantin lelaki.
Sewaktu rombongan mahu bertolak ke rumah pengantin perempuan (lebih kurang sejam perjalanan) tadi, aku kata: “Pergilah dulu, nanti kami pergi kemudian. Nak clearkan apa-apa yang patut kejap.” Tak mampu aku nak bercerita panjang lebar tentang masalah kami. Lagipun, kan aku ‘kaya’, jadi orang memang takkan percaya…
Aku rasa kalau aku tak hadir dalam majlis bergembira sepatutnya bukanlah isu sangat. Lainlah kalau soal sakit pening atau kematian. Kami dah jadi host, ok lah tu…
Selama 2 hari ni juga aku tak sempat online. Entry terakhir aku publish dalam keadaan tergesa-gesa di pagi Jumaat semalam. Cuma sesekali aku sempatlah curi-curi buka netbook, laptop dan handphone. PC jauh sekali sebab kat bilik utility. Nanti tak pasal-pasal ada yang pengsan dan meraung bila tahu aku hantar entry kat blog ni.
Jadi maaflah emel yang dah banyak tak berbalas tu. Aku perlukan sedikit masa untuk bertenang dan merehatkan diri. Kenduri kahwin di kawasan berdekatan pun banyak yang perlu dihadiri hari ni.
Nanti pelan-pelan aku balas ya.
AHP: Agaknya kalau orang ramai kat mana-mana kenduri kahwin tahu aku ada HIV, sanggup tak mereka berkongsi sudu garfu lauk pauk semasa makan kenduri tu? Tu lah, masyarakat kononnya sibuk dengan stigma sedangkan setiap hari mereka mungkin bercampur dengan pembawa HIV.