Wah, angkuhnya tajuk kan?
Betul… memang aku kaya! Ada keluarga yang bahagia, kaya dengan sokongan dan doa daripada sahabat-sahabat di sini, kaya dengan nikmat Allah seperti lahir sebagai muslim, dapat melihat, bernafas, menghidu, mendengar, berjalan, makan, minum… eh, kalau aku senaraikan tak tersenarailah berbanding sedikit ujian-Nya ini.
Jadi malu pulak rasanya nak bersikap keluh kesah dengan sedikit ujian-Nya. 43 tahun hidup sihat, tiba-tiba dapat HIV akibat masuk hospital kira masih ok lah tu. Apalah nak risau sangat sampai tergamak cakap, “kalau ada HIV, siapa nak beri saya makan? “
Habis yang makan selama ni atas usaha sendiri semata-mata ke? Bukan dengan izin Allah? Dahlah, lupakan. Aku nak kongsi cerita lain sebenarnya. Semoga ada sesuatu yang dapat kita fikirkan.
Macam ni…
Kalau ikutkan logic akal dan perancangan kita sebagai manusia, sepatutnya aku ni menamatkan karier sebagai seorang yang selesa jugalah. Aku cuma ada 5 ahli anggota keluarga. Aku, dua orang isteri dan dua anak remaja. (Eh, tak tau lagi ke? Pergi search kategori Aku, select ‘Siapakah aku’)
Sekurang-kurangnya kami akan menamatkan karier sebagai penjawat awam dengan gred jawatan DG44. Ada tanah getah lebih kurang 3.5 ekar, ada rumah sewa 2 pintu dan ada 2 buah rumah. 1 daripadanya kami jadikan Guest House. Itu belum termasuk bisnes consultation secara part time. Side income dengan consultation tu adalah paling ciput dalam rm2-3 ribu sebulan.
Sabar dulu… itu ikut logic, perancangan dan pandangan kasar! Nak dapat semua benda tu bukan free. Biasalah hutang sana sini. Kereta ada 3 biji nak bayar. Kos bayar kereta saja dah lebih kurang rm 2500 sebulan. Gaji atas payslip memanglah nampak ‘ada’ tetapi hakikatnya tak ada!
Sebelum dapat HIV kira hidup aku ni agak selesa jugalah. Perancangan kami bila pencen nanti merasalah hidup ‘mewah’ sikit. Hutang pula dijangka clear menjelang 3-4 tahun sebelum pencen.
Nak jadi cerita, dekat-dekat je aku diagnos HIV, aku suruh isteri kedua aku further study. Kami pun supportlah, aku beriya-iya suruh dia apply sebab ini soal kebajikan dan masa depan dia walaupun selama ni dialah yang banyak running consultation tu.
Elok aje confirmed penyakit aku ni, dia pun dapat offer... Memanglah dia tak nak pergi tapi aku kata teruskan jugak. Masalah kesihatan aku ni tak kisahlah. Dah tua ganyut dan sakit pulak tu, apa nak kejar sangat? Aku berkeras supaya dia pergi.
Jadi, sah-sahlah side income yang dalam rm2-3 ribu tadi hancus sebaliknya kena tanggung pulak lagi… Kerja dia sebelum ni terpaksa berhenti. Itu tak termasuk menanggung seorang lagi anak kami yang belajar di IPTA. Aku sendiri pun further study.
Gedebuk gedebab begitu begini sebenarnya income kami merosot rm rm4-5 ribu sebulan. Boleh kau orang bayangkan?
Gaji 28 haribulan, tapi 1 haribulan kami dah melongo nak cari duit belanja dapur. Bayar hutang bank dan kereta memang dah wajib tetapi macamana nak bayar bills, cost ulang alik untuk rawatan, cost supplement food, ada emergency kes itu ini.
Kadang-kadang adik beradik seperti terasa hati dengan aku. Kenduri anak saudara dan saudara mara aku liat nak pergi. Nak hulur-hulur jauh sekali. Ajak jalan-jalan tak mahu. Ziarah dia orang pun tak ada. Call dan SMS pun susah.
Nak pergi macamana duit tak ada? Dia orang bukan tahu aku ada HIV. Duduk rumah ‘besar,’ asset ‘banyak,’ pandu kereta ‘mewah’. Siapa percaya aku tak ada duit!
Habis macamana? Macamana apa, nak tak nak hadap jugalah. Janji Allah bahawa di sebalik kesusahan akan ada kesenangan, sabar je lah.
Susah tu memanglah susah tetapi Alhamdulillah setakat ni tak adalah kami gelabah sangat. Cuma aku mengaku risau apabila mak aku atau tetamu datang rumah. Apa kami nak hidangkan? Telor goreng dadar dengan kicap ok ke bang? Nak sayur, aku boleh suruh anak aku kutip pucuk paku tepi jalan!
Bila nak jalan, masuk kereta ni, lampu minyak berkelip. Tukar kereta tu, pun lampu minyak berkelip. Bawa kereta yang tu meter minyak cuma tinggal 1 bar. Nampak macam cantik je tersusun kat garaj, rupa-rupanya tak ada minyak, haha…
Setiap kali ada appointment, aku sentiasa bercadang nak belikan hadiah untuk Dr. Iskandar. Nak belikan madu tualanglah, nak hadiahkan al-Qur’an dengan terjemahanlah atau buah-buahan dan sebagainya tetapi aku sentiasa tak mampu. Duit cukup-cukup untuk minyak, makan dan tol sahaja. Sekali pergi paling kurang hangus rm100.
Setiap kali ada appointment, aku sentiasa bercadang nak belikan hadiah untuk Dr. Iskandar. Nak belikan madu tualanglah, nak hadiahkan al-Qur’an dengan terjemahanlah atau buah-buahan dan sebagainya tetapi aku sentiasa tak mampu. Duit cukup-cukup untuk minyak, makan dan tol sahaja. Sekali pergi paling kurang hangus rm100.
Relaks… aku bukan minta simpati. Bukan nak bersedih-sedih. Hidup kita ni kena ingat bahawa kita hanya merancang tetapi Dia yang Maha Merencana. Always expect unexpected. Nikmat Dia yang beri dan bila-bila masa Dia berhak ambil semula. Semuanya pinjaman. Tak payah keluh kesah sangat!
Kepada kawan-kawan yang ajak aku pergi cuba complementary itu, complementary ini, rawatan itu, rawatan ini tetapi aku nampak macam liat je nak pergi, faham-fahamlah situasi aku. Insya-Allah dalam sesetahun ni je, lepas tu pelan-pelan mungkin boleh stabil semula…
Cop, cop… aku bukan minta derma ya. Aku cuma share je. Jadi kepada pembawa HIV yang lain jangan ingat masalah sendiri je yang paling besar. Orang lain ada macam-macam dugaan. Bila susah kena bandingkan dengan lebih susah, bila sakit kena bandingkan dengan lebih sakit. Jangan bandingkan dengan orang sihat, meranalah kau!
Bila direnung nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya, syukur… Alhamdulillah. Jadi, betul tak aku ni walaupun ada HIV tetapi aku kaya? Hehe…
Insya-Allah setidak-tidaknya setakat ni aku masih kaya semangat dan maruah diri.