Seperti yang aku pernah maklumkan, sebenarnya berkongsi pengalaman tentang kesan sampingan rawatan HAART membuatkan aku rasa serba salah.
1. Serba salah kerana bimbang berlaku salah faham jika ada yang akan menganggap semua yang mengambilnya mengalami kesan sampingan yang sama. (terutama yang malas baca entries lama)
2. Bimbang menimbulkan rasa takut kepada pembawa HIV yang bakal memulakan rawatan HAART.
Beginilah, pembaca mesti lihat perkongsian ini daripada sudut positif. Sekurang-kurang sebagai guideline jika mengalami kesan sampingan yang sama. Sebagai lambang perjuangan kita untuk hidup sihat seperti orang lain.
Jika segala stigma, diskriminasi, judgmental mampu kita tempuh, takkanlah dengan sikit kesan sampingan HAART dah jadi paranoid benar. Anggap ini sebagai sacrifice. No choice, we must survive and fight!
Setakat ni belum lagi dicipta rawatan HIV yang rasa sedap seperti coklat dan sekali makan terus sembuh dik… jadi kena realistic la kan.
Ok, sudah beberapa kali aku ceritakan kesan sampingan rawatan HAART yang aku alami sebelum ni. Nak tahu kenalah rajin baca entries lama (kategori HAART/ RAWATAN HIV). Terbaru tentang kesan sampingan Stocrin (Klik sini)
Ironicnya kesemua kesan sampingan betul-betul aku mula rasa apabila pengambilannya menjelang 2 minggu.
Sama seperti Stocrin, aku ingatkan kesan sampingannya cuma setakat rasa mengantuk dan khayal (yang sudah semakin kurang) tetapi tahu-tahu hari ni lain pula situasinya.
Bangun solat subuh tadi, aku terkejut beruk bila melihat badanku dipenuhi bintik-bintik merah seperti ruam terutama sekitar dada dan kelihatan semakin merebak keseluruh tubuh. Ada tanda-tanda merebak pula ke muka aku yang tua ni. Ianya akan terasa sedikit miang jika digaru.
Subhanallah, aku sebenarnya memang tak sangka kerana aku rasa sudah semakin cergas bahkan hari ini kami merancang macam-macam aktiviti termasuk rancangan untuk menghadiri majlis family day tempat isteriku bertugas.
Semalam, sebaik sahaja habis bertugas aku sibuk upgred beberapa kemudahan guesthouse kami yang seadanya tu. Hari ini aku bercadang nak berikan sepenuh masa melayan family selepas menderita menahan sakit puluhan ulcer, tiba-tiba begini pula jadinya.
Memang tepatlah bahawa kita merancang tetapi Allah yang Maha Merencana. Redha sahajalah walaupun anak-anak aku dah excited nak membaham BBQ free sepuas-puasnya dan mandi kolam.
Bila begini, mood aku secara automatically bertukar tetapi apalah dayaku untuk menentang takdir.
Isteriku menelefon Dr. Iskandar bertanyakan pendapat beliau tentang situasi tersebut (kasihan Dr. Iskandar, pagi-pagi cuti pun kena layan juga pesakitnya ni tetapi siapalah yang dapat aku rujuk selain beliau dalam kes begini?) Kalau Dr. Iskandar baca entry ni, “Maafkan saya doktor, saya sedih dan rasa bersalah setiap kali terpaksa ganggu masa rehat doktor terutama pada hari sabtu dan ahad.”
Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan beliau.
Dr. Iskandar meminta aku berhenti mengambil segala anti-biotic kerana takut mendatangkan alahan. (sudahpun aku berhentikan sejak 2 minggu yang lalu)
Selain itu beliau meminta aku supaya perhatikan dulu ruam tersebut dan jika makin merebak, aku perlu memberhentikan pengambilan HAART dan berjumpa semula dengan beliau dalam seminggu dua lagi.
Macam-macam cabaran nampaknya. Tak apa, janji lawan tetap lawan. Never give up, never surrender! Jadi kawan-kawan imagine sendirilah selepas ni ya. Sambil-sambil aku tulis blog atau balas emel, badanku penuh ruam dan gatal-gatal. Hehe…
p/s- Nampaknya aku akan hadir juga family day tersebut. Biarlah anak-anak aku happy. Aku jadi driver & berkurung dalam hotel pun tak apa. Huhu…
AHP: Kepada pembaca yang menghubungiku dan memerlukan tempat penginapan secara selesa, bersih dan PERCUMA (tertakluk kepada tempahan awal tetapi biasanya ada kekosongan) untuk percutian sekeluarga, sila emel aku. Di mana? Kat emel lah aku cerita. 3 bilik berhawa dingin sepenuhnya, 2 bilik air beserta kemudahan asas seperti peti ais, mesin basuh, tv dsbnya. Puan Annafira tak nak ke? Hehe…Insya-Allah pahala lebih bermakna daripada duit sis…