Wednesday, May 18, 2011

HIV- KESAN SAMPINGAN RAWATAN HAART (3)

Masih ingat pengalaman yang aku kongsi tentang kesan sampingan HAART dalam entri ini dan ini?

Kali ini aku kongsikan pula pengalaman setelah 10 hari mengambil Stocrin.

Sebelum tu elok aku sambung sedikit bahawa derita ulcer akibat kesan sampingan Nevirapine yang lalu kini hampir pulih sepenuhnya selepas 2 minggu aku berhenti daripada Nevirapine.

Ada sedikit tips menangani ulcer kepada para pembaca, jika anda tidak mampu menggunakan Bonjela gel kerana kepedihan yang melampau akibat ulcer yang terlalu banyak, anda boleh gantikan dengan sedikit soda bicarbonate yang dicampur dengan segelas air untuk berkumur. (Tips asal oleh Dr. Iskandar. Beliau menyarankan supaya dititip ke tempat ulcer tersebut tumbuh. Masalahnya dalam kes aku, ulcer tumbuh terlalu banyak jadi aku gantikan dengan kumuran).


Selain itu ubat ulcer jenama Aloclair (sama seperti penggunaan Bonjela) boleh digunakan kerana ianya tidak terlalu pedih malahan boleh digunakan terhadap kanak-kanak. Ianya boleh didapati di kebanyakan farmasi. Walau bagaimanapun aku berpendapat bahawa Bonjela adalah yang terbaik.

Sebagai muslim lebih lengkap jika selalu baca ayat-ayat Syifa’ (penawar) dan doa dijauhi iblis sebab kalau menurut kaedah perubatan Islam, setiap virus ada iblis yang menumpang untuk mengambil kesempatan merosakkan jasad dan keimanan kita. Apa ayatnya dan bagaimana amalannya? Tanyalah ustaz-ustaz yang berkelayakan....

Selain tu panadol active5 eloklah ditelan setiap 4-6 jam untuk rasa demam akibat ulcer tersebut. Tips ini pun daripada Dr. Iskandar kepada sahabatku As, As kepada aku. Kira perawi/ sanadnya masih concrete lah, hehe...

Kalau ikut rawatan tradisional Melayu pula, sedikit santan pekat diramas dengan  daun cekur manis boleh disapu di kawasan ulcer untuk menyejuknnya, Wallahu a’lam!
   
Ok, kembali kepada kombinasi HAART Combivir dan Stocrin.

Selepas aku mengambilnya selama 10 hari, Alhamdulillah  setakat ni kesan-kesan ruam atau gatal memang tak ada. Tanda-tanda ruam beransur pulih sebaik sahaja aku berhenti mengambil Nevirapine dan kesemua tanda ruam hilang dalam tempoh 4-5 hari. Esok lusa tak tahulah aku.

Cuma selepas mengambil Stocrin, aku memang sehabis mungkin mengelakkan diri berada bersama dengan orang lain kecuali ahli keluarga. Biasanya aku bawa berehat seperti menonton televisyen dan membaca. Jika ada rasa mahu tidur aku terus tidur.

Kenapa? Sebab Stocrin masih memberikan rasa seperti khayal atau mengantuk (dah semakin berkurangan) dan aku tak mahu orang salah faham melihat keadaan aku. Aku mesti menunggu ianya betul-betul serasi dengan sistem badanku. (Insya-Allah tidak lama lagi)

Selain rasa mengantuk dan seperti khayal, Stocrin juga menyebabkan rasa pening yang ringan di awal pengambilannya. Kadang-kadang aku rasa seperti ada lapisan besi terletak di atas kepalaku tetapi ianya tidak terlalu mengganggu dan akan hilang sendiri. Untuk mengurangkannya, pandai-pandailah picit sendiri atau urut perlahan-lahan kawasan kening sambil baca doa syifa’.

Biasanya sebaik sahaja tertidur dan terjaga semula, (katakanlah setengah jam kemudian) rasa khayal tersebut telahpun hilang.

Nampaknya setakat itu sahajalah perkongsian pengalamanku tentang pengambilan HAART. Kalau ada lagi, aku share lagi.

Jangan takut mengambil HAART, jangan jadi paranoid tak tentu hala. Kita wajib berikhtiar dan bersikap positif. Doktor yang merawat kita sentiasa bersedia bantu kita. Kan aku dah bagitahu, lain orang, lain kesan sampingannya malahan ada yang tidak mempunyai apa-apa alahan.

Secara peribadi, kalaulah bukan kerana alahan dengan Nevirapine yang mengandungi sulphur, aku berani katakan bahawa aku tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan pun. Ulcer tu terlalu kecil ujiannya berbanding nilai perjuangan kita untuk hidup normal.

Sekarang, aku tak sabar-sabar untuk kembali bersenam dan menjalani kehidupan seperti biasa. Yes, aku perlu bersungguh-sungguh jaga kesihatan dan mahu membalas segala pengorbanan keluarga yang sabar dengan karenahku.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi sokongan dan mendoakan. Aku sangat-sangat memerlukan dan menghargainya. Tolong doakan aku terus sihat dan tabah.

Ok, itu saja. Jangan takut ya...


AHP: Berhati-hatilah dengan para peniaga yang menjual berbagai produk. Kononnya produk mereka baik, begitu begini dan sebagainya. Testimoninya telah begitu begini, kajiannya sampai  peringkat itu ini tetapi hakikatnya apa itu HIV/ AIDS pun mereka tak clear. Kalau kita search di internet, ramai yang mengiklankannya tetapi aku tak pernah terfikir untuk mempromosikannya di blog.

Kadang-kadang CD4 dan Viral Load pun mereka tak tak tahu apa bahkan berani pula mengatakan rawatan HAART yang terbukti mengekang virus sebagai mengarut. Kita ni dahlah sakit, masalah kewangan tuhan sahaja yang tahu. Nak sembuh punya pasal, kadang-kadang terlupa segala rasional.

Jika mengambil apa-apa produk sampingan sebagai supplement food dan rawatan complementary itu terpulang kepada hak dan kemampuan masing-masing tetapi ingat, hanya ujian darah yang dapat menentukan keberkesanannya.

Setakat ini tidak pernah terbukti (kecuali dakwaan pengeluar produk dan testimonial mereka sendiri) bahawa ada rawatan yang boleh menyembuhkan HIV/ AIDS. Kalau ada, kita pakat-pakat berhenti makan HAART, buat apa nak telan dadah tu semua.