SAMA ada masyarakat mahu mengakui atau tidak, stigma dan amalan diskriminasi terhadap golongan yang hidup dengan HIV dan Aids masih wujud hingga ke hari ini, kata Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.
Kebanyakan anggota masyarakat memang sudah tahu mengenai HIV sebagai sejenis virus dan kaedah biasa ia merebak iaitu melalui perkongsian jarum mengambil dadah, hubungan seks tidak selamat dan daripada ibu HIV kepada bayinya. Tetapi, pengetahuan asas itu sebenarnya tidak cukup.
Jelasnya, untuk menghentikan stigma dan diskriminasi itu, masyarakat harus benar-benar memahami bahawa HIV tidak merebak melalui hubungan sosial, bersalaman, makan bersama, bekerja bersama, kanak-kanak bermain bersama atau berkongsi makanan, malah makan makanan yang disediakan seorang yang hidup dengan HIV positif.
“Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, justeru, kita tidak seharusnya melulu memberi sangkaan negatif tanpa cuba mengenali mereka.

“Di kalangan pembawa HIV dan Aids, masih ada stigma tidak baik daripada masyarakat terhadap golongan ini.
“Mereka disisihkan dan dipandang seolah-olah penjenayah, sedangkan keadaan ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zaman Khan, kesedaran terhadap golongan yang hidup dengan HIV dan Aids mungkin dapat ditingkatkan apabila masyarakat terutama bakal doktor diberi pendedahan mendalam mengenainya.
Bakal doktor khususnya perlu diberi maklumat mendalam mengenai isu berkenaan kerana mereka kelak akan berdepan dengan pesakit yang hidup dengan virus itu dan harus merawat tanpa sebarang sikap prejudis.
“Statistik yang dikeluarkan Unit Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa jumlah individu yang dijangkiti virus itu semakin meningkat dari setahun ke setahun dan ia amat membimbangkan semua pihak.
“Ia boleh berlaku kepada ahli keluarga terdekat atau rakan kita sendiri.
“Untuk itu, kita perlu bersikap lebih terbuka untuk menerima mereka dan jangan sesekali meminggirkan golongan berkenaan dalam apa cara sekali pun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Ia Bermula Dengan Anda di ibu negara, baru-baru ini.
Kempen kesedaran mengenai HIV dan Aids itu dianjurkan bersama syarikat farmaseutikal, MSD, Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MaSHM) serta Majlis Aids Malaysia yang membabitkan pelajar perubatan institusi pengajian tinggi awam sempena Hari Memperingati Aids Antarabangsa 2011.
Menurut Zaman Khan, biarpun dikatakan sebagai virus pembunuh, pembawanya masih boleh hidup lama jika mengikuti rawatan yang betul.
Lebih mustahak, masyarakat jangan sesekali meminggirkan golongan berkenaan supaya mereka tidak takut untuk tampil ke depan dan mendapatkan rawatan.
Pihaknya berharap pesakit dapat membuang perasaan malu atau takut mereka untuk berkunjung ke hospital bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.
“Masyarakat terutama bakal doktor diharap dapat merawat pesakit dengan sebaik mungkin tanpa sebarang diskriminasi. Mereka juga manusia biasa dan siapalah kita untuk menghukum kesalahan mereka.
“Ia bukan tugas mudah kerana ramai tidak memahami apa sebenarnya berlaku pada mereka (pembawa HIV dan Aids),” katanya.
Wakil MaSHM, Dr Masliza Zaid, berkata, masih ramai pesakit yang malu untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang masyarakat tidak dapat menerima mereka.
Stigma (sama ada daripada masyarakat atau diri sendiri) dan diskriminasi menghalang pesakit tampil mendapatkan rawatan serta sokongan.
Tanpa rawatan, pesakit akan terasing, takut, tidak berpengetahuan dan tidak mendapat galakan untuk menguruskan penyakit dengan baik. Itu yang menyebabkan mereka mengasingkan diri daripada masyarakat.
Menurutnya, mulai 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 kes HIV positif dilaporkan di negara ini dengan 12,943 daripadanya meninggal dunia akibat Aids.
Jelas Masliza, walaupun lelaki masih menjadi penyumbang terbesar, pesakit wanita juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Kebanyakan pesakit adalah mereka yang mengamalkan kehidupan homoseksual, menagih dadah dan terbabit dalam kegiatan pelacuran.
“Justeru, masyarakat terutama pelajar perubatan yang bakal bergelar doktor kelak harus memperbetulkan persepsi terhadap pesakit berkenaan kerana jika bukan anda, siapa lagi yang dapat membantu mereka.
“Tidak dinafikan memang keperluan perubatan penting, tetapi sama penting adalah sokongan rakan dan keluarga serta persekitaran yang bebas daripada stigma dan diskriminasi.
“Sebagai masyarakat bertanggungjawab, saya percaya dan yakin kita boleh membantu mengubah fahaman masyarakat dengan menentang diskriminasi terhadap mereka yang terpaksa hidup dengan HIV dan Aids ini. Ia bermula dengan diri kita sendiri,” katanya.