Monday, May 02, 2011

HIV - PRECIOUS


Semalam, ketika mata enggan lena aku menekan channel Star Movie. Aku ‘terpaku’ dengan sebuah movie berdasarkan kisah benar yang bertajuk “Precious.”

Ianya menceritakan tentang seorang remaja perempuan naïf kulit hitam berumur 16 tahun di kawasan Harlem yang dijangkiti HIV akibat diperkosa teman lelaki ibunya sehingga melahirkan 2 anak. Dia turut menjadi mangsa manipulasi dan penderaan mental & fizikal oleh ibunya.

Teman lelaki ibunya mati kerana AIDS dan ibunya turut dijangkiti HIV. Remaja tersebut terpaksa survive dalam serba kekurangan demi anak-anaknya.

Memang betul, kadang-kadang kita lihat ada cahaya yang lebih bersinar daripada yang lain sehingga menerangi sekelililing. Barangkali kerana ia pernah terperangkap di lorong hitam yang gelap gelita dan terpaksa menerangi diri sendiri.

Faham maksudku? Aku pun tak faham! Haha.. 

Bersyukurlah jika hidup kita tidak diuji sehebat orang lain. Jangan cepat menghukum.

Kepada yang diuji, hidup mesti diteruskan kerana perjalanan yang paling panjang bermula dengan langkah yang pertama.