BAGAIMANA HIV bertindak ke atas tubuh badan? Virus HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil CD4 helper lymphocyte (sel CD4).
Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh.
HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan menjadikan sel CD4 sebagai
tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.

Mereka yang mendapat Aids tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat kanser tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. Aids boleh membabitkan semua sistem dalam tubuh badan.
Apakah sel CD4?
Sel CD4 adalah salah satu sel darah putih yang bertindak sebagai pertahanan di dalam tubuh bagi menghalang jangkitan kuman lain. Jangkitan virus HIV menyebabkan sel darah CD4 akan rosak dan bilangannya juga menurun.
Tanpa rawatan, bilangan virus akan terus meningkat menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi semakin lemah. Individu akan mendapat tanda mengidap Aids apabila CD4 badannya kurang daripada 200sel/uml

Kaitan antara paras CD4 dan peringkat penyakit
Peringkat primer
Berlaku antara dua hingga empat minggu selepas jangkitan berlaku, tetapi hanya 50 peratus mempunyai simptom seperti selesema, kelenjar membengkak, ruam pada badan, demam, hilang selera makan, hilang berat badan, berpeluh pada waktu malam, sakit kepala dan lesu.
Ia berakhir selepas satu atau dua minggu. Apabila virus memasuki tubuh, sistem daya tahan badan akan membentuk antibodi dan jangkamasa dari virus masuk ke dalam badan hingga mulanya terbentuk antibodi yang dapat dikesan oleh ujian mengambil masa tiga minggu hingga enam bulan.
Dalam waktu ini, pesakit boleh menjangkitkan orang lain jika terus mengamalkan gaya hidup berisiko.

Peringkat asimptomatik
Pesakit tiada tanda dan gejala yang ketara dan individu kelihatan seperti biasa serta nampak sihat. Tempoh pengeraman antara lima hingga lapan tahun. Risiko jangkitan juga tinggi dan paras sel CD4 menurun secara berterusan.
Peringkat simptomatik
Pertahanan tubuh menjadi sangat lemah dan hampir lumpuh. Antara gejala yang dihidapi termasuk kehilangan berat badan melebihi 10 peratus, demam berpanjangan melebihi tiga bulan, cirit-birit berpanjangan, pembengkakan kelenjar dan jangkitan kayap.
Peringkat Aids
Ia juga dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Ia adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.
Pada tahap ini sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan penyakit dilumpuhkan virus HIV. Jumlah CD4 pada paras ini amat rendah iaitu kurang daripada 200 sel.

Fakta mengenai HIV yang perlu diketahui:
1. Jangkamasa pembawa virus HIV untuk mendapat Aids adalah berbeza daripada satu individu kepada individu lain. Namun tempohnya antara tujuh hingga 15 tahun. (Ada yang lebih awal sebenarnya)
2. Bagaimana virus HIV membiak?
Sumber: myMetro