2 entry ini aku pilih untuk publish semula kerana aku lihat ramai yang tidak membacanya.
Kawan-kawan baca dan renungkan kembali, adakah situasi ini sepatutnya berlaku kepada seorang pesakit yang baru sahaja didiagnos sebagai pembawa HIV.
Aku berani katakan bahawa doktor yang review ujian darah dan mengesahkan aku sebagai pembawa HIV sewaktu di hospital Ampang ini seolah-olah hanya mahu melepaskan satu beban tanpa mempedulikan kejutan emosi yang bakal patient tanggung. Beliau tidak layak berada di kerusinya sebagai seorang doctor! Aku rasa sangat sakit disebabkan sikapnya sehingga sekarang.
Beruntunglah jika anda menerima keputusan HIV positif melalui seorang doctor yang bagus tetapi tidak bagi aku. Yang aku pelik, setelah aku didiagnos sebagai HIV positif, pihak hospital sepatutnya serta merta menelefon supaya aku hadir seberapa segera untuk mengelakkan penularan virus terhadap isteri. Ini tidak, mereka sekadar menunggu tarikh appointment seperti biasa.
Bukan setakat itu, aku langsung tidak melihat result ujian HIV dan hepatitis kecuali sekadar makluman lisan daripada mulut beliau yang cabul. Mari baca…
MENERIMA KEPUTUSAN HIV POSITIF (1)
21 Disember 2010 kami sekeluarga tidur di rumah mertua aku di Selangor. Kebetulan pada sebelah malamnya aku minum kopi kerana terlalu kepingin sehingga aku terlupa alahanku pada kopi.
Akibatnya sesaat pun aku tak dapat tidur pada malam tersebut sedangkan 22 Disember aku perlu berjumpa doctor dan memandu ke Pulau Pinang atas urusan tertentu.
Di hospital Ampang, seperti biasa aku perlu menjalani ujian darah sebelum berjumpa doctor. Setelah lama menunggu akhirnya saat yang mendebarkan pun tiba. Aku dipanggil ke bilik doctor untuk mengetahui masalah sebenar penyakit aku melalui ujian darah sebulan yang lalu.
Seorang doctor lelaki berbangsa cina yang kelihatan sangat tegang menyambut kedatanganku. Riak wajah terlalu serius, seperti tergesa-gesa dan jauh sekali untuk senyum sepanjang pertemuan kami. Nadanya dalam pelat cina cukup tegas sehinggakan aku terasa seperti seorang penjenayah yang sedang berdepan dengan hakim yang akan menjatuhkan hukuman.
Akibatnya sesaat pun aku tak dapat tidur pada malam tersebut sedangkan 22 Disember aku perlu berjumpa doctor dan memandu ke Pulau Pinang atas urusan tertentu.
Di hospital Ampang, seperti biasa aku perlu menjalani ujian darah sebelum berjumpa doctor. Setelah lama menunggu akhirnya saat yang mendebarkan pun tiba. Aku dipanggil ke bilik doctor untuk mengetahui masalah sebenar penyakit aku melalui ujian darah sebulan yang lalu.
Seorang doctor lelaki berbangsa cina yang kelihatan sangat tegang menyambut kedatanganku. Riak wajah terlalu serius, seperti tergesa-gesa dan jauh sekali untuk senyum sepanjang pertemuan kami. Nadanya dalam pelat cina cukup tegas sehinggakan aku terasa seperti seorang penjenayah yang sedang berdepan dengan hakim yang akan menjatuhkan hukuman.
“Serius sangatkah masalah aku ni?” bisik hatiku. Isteriku yang pertama menemaniku ketika itu. Isteriku yang kedua sedang menunggu bersama anak kami di surau hospital.
“Selamat pagi doctor,” aku cuba beramah tamah sambil mengharapkan sedikit riak positif di wajah doctor tersebut. Langsung tak dilayannya.
“Abu bin Bakar?” (bukan nama sebenar) tanyanya tegas.
"Ya, saya." jawabku.
“Ini siapa?” dia bertanya sambil memandang isteriku.
“Isteri saya...” aku cuba bersikap positif walaupun jengkel dengan caranya.
“Awak boleh keluar dulu, nanti kalau perlu awak punya suami akan panggil,” nadanya memerintah.
Isteriku kelihatan terpinga-pinga dan aku mula betul-betul berdebar. “Tak apalah, xxx keluar dulu, nanti abang panggil,” aku cuba menenangkan isteriku walaupun aku sendiri tidak tenang.
“Nombor ic xxxx xx xxxx, betul?” dia bertanya tegas.
“Awak pernah menjalani pembedahan dan pemindahan darah?”
“Tak pernah kecuali semasa bone marrow biopsy baru-baru ini...”
Belum habis aku menjawab doctor tersebut terus mencelah.
“Itu saya tak ambil kira,” aku terpempan mendengar jawapannya.
“Pernah ambil dadah?”
“Pernah ambil dadah?”
Aku keliru antara mahu berterus terang atau tidak. Rasa seperti ditelanjangkan semasa soal siasat polis tetapi kerana memikirkan perlu bercakap benar, aku terpaksa mengakuinya.
“Pernah mencuba ganja dan ubat batuk sekali dua zaman sekolah dulu,” nadaku rendah.
“Berapa tahun?”
Dalam hatiku berkata, “biar betul doctor ni, faham ke tidak apa yang aku cakap?”
“Cuma beberapa kali...” aku cuba menjelaskan.
“Ya lah, berapa lama, satu tahun, dua tahun?” dia seperti tak puas hati dan mencadangkan jawapan. Kelihatan betul-betul sama seperti perbicaraan mahkamah.
“Ya lah, satu tahun lah..” aku mula tak puas hati.
“Pernah buat seks bebas?” tanyanya lagi.
“Tak pernah,” jawabku ringkas kerana sakit hati dengan caranya yang tegang dan kasar.
“Abu bin Bakar, no ic xxxx xx xxxx, betul?” dia mengulangi soalan.
Aku hanya mengangguk lesu.
“Awak didapati HIV positif dan mempunyai hepatitis C. Tiada tanda-tanda awak mempunyai masalah kanser.” Suaranya ketika itu bagaikan panahan petir yang menyambar tubuhku.
(Kemudiannya aku disahkan pula tidak mempunyai masalah hepatitis C setelah menjalani ujian di private medical centre. Pelik juga, sekejap ada, sekejap tak ada!)
Serentak dengan suaranya itu juga, berjuta-juta soalan menderu di kepalaku walaupun aku masih cuba bertenang.
“Tapi... ujian bone marrow saya dulu macam mana doctor?” aku cuba dapatkan kepastian.
“Itu tidak perlu, awak tak ada apa-apa masalah kanser setakat ni. Saya tak tau kalau lagi 10 tahun dan sebagainya.” Mudah benar jawapan beliau.
Bersambung…
APH: La hawla wala quwwata illa billah...
MENERIMA KEPUTUSAN HIV POSITIF (2)
... kemudian doctor tersebut memberikan pilihan sama ada mahu memaklumkan keputusan HIV positif aku itu kepada isteriku atau tidak.
“Tak ada apa-apa yang perlu saya rahsiakan doctor, dia isteri dan pasangan seks saya. Dia ibu kepada anak-anak saya, saya mesti bagitahu.”
Aku menjemput isteriku masuk. Aku minta isteriku bertenang dan aku memaklumkan sendiri keputusan ujian HIV dan hepatitis tersebut. Antara perkara perkara pertama yang aku lakukan ialah menghulur tangan memohon kemaafan atas masalah yang terpaksa kami tanggung. Aku benar-benar keliru, rasa hina dan bersalah.
Sebenarnya isteriku sedia tahu tentang beberapa kesilapan lampauku kerana kami tidak pernah berahsia sejak kami berkahwin 21 tahun yang lalu. Bagi kami, kepura-puraan adalah antara pengkhianatan terbesar terhadap ikatan perkahwinan.
Selepas itu aku tak berminat lagi meneruskan perbincangan dan hanya ingin menamatkan sesi secepat mungkin. Tak guna berbincang jika setiap pertanyaan dilayan seperti acuh tak acuh.
Aku diberi pilihan sama ada mahu meneruskan rawatan di hospital Sungai Buloh atau hospital Negeri dan aku memilih hospital Negeri atas masalah kos pengangkutan. Selepas itu aku diberikan surat rujukan untuk meneruskan ujian darah serta rawatan lanjut.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang atas urusan yang aku maklumkan sebelum ini. Memandulah aku walaupun semalaman tidak tidur dan dengan fikiran yang berserabut. Kalau difikir-fikir semula, Allah telah memelihara kami sepanjang perjalanan kerana fikiranku gagal focus 100% terhadap pemanduan.
Sepanjang perjalanan, aku tersiksa kerana terpaksa menahan diri daripada bercakap secara langsung tentang penyakitku kerana aku belum bersedia memberitahu anak-anakku. Bila sampai di R&R Tapah, barulah aku berkesempatan mencuri peluang untuk memberitahu keputusan terbaru ujian darah tersebut kepada isteri keduaku semasa kami berhenti rehat.
Alhamdulillah, mereka berdua sangat positif menerima keputusan tersebut, menyokong dan kelihatan sangat tabah. Inilah antara kehebatan kaum perempuan yang aku mengaku kalah. Demi cinta mereka rela berkorban apa saja. Kalau aku, usahkan soal lain, jika lelaki yang mesti mengandung dan melahirkan anak, jangan harap aku sanggup melakukannya.
Sepanjang perjalanan juga jutaan tanda soal yang besar-besar kekal berlegar di fikiranku. Semuanya menderu dan menyerbu menuntut jawapan segera. Nanti aku akan ceritakan selepas ini sebagai renungan hidup kepada semua.
Kepada pembaca dan kawan-kawan yang terlibat di bidang perubatan dan mahukan aku menyertakan beberapa maklumat lebih detail tentang keputusan ujian darah dan diabetes, aku mohon sedikit masa kerana perlu melakukannya mengikut kronologi dan mengikut keupayaan diri menulis entry. Yang pasti aku telah pun selesai menjalani western blot dan sedang menunggu appointment untuk viral load pada pertengahan Mac nanti. Sah aku adalah seorang HIV positif!
Bersambung...
AHP: Aku berani katakan bahawa antara punca utama kekusutan fikiranku ketika mula-mula menerima keputusan tersebut bukanlah tentang ujian Allah yang di luar jangka itu tetapi cara doctor tersebut menyampaikan berita. Dari aspek psikologi dan kaunseling, beliau gagal membina kepercayaan client/ pesakit terhadap beliau dan kasar dalam menyampaikan berita buruk kepada pesakit sehingga menimbulkan trauma. Beliau kelihatan hanya ingin menyelesaikan tugas, bukannya merawat atau membantu.