Saturday, May 14, 2011

AWAS, PEMBAWA HIV LEPASKAN TENSION! (ENTRY SAKIT MULUT)


Heheh… tajuk je gempak! Nama pun lepas tension kan… jadi kalau ada yang terkasar bahasa tu harap dimaafkan ya. Orang tension dah tentu lebih emosi daripada rasional. Yang penting, apa yang benar tetap benar. Betul tak? Tak boleh terima aku tak kisah. Aku nak release jugak…

Tak kisah siapa pun anda, sama ada bekas penagih dadah yang pernah berkongsi jarum suntikan, gay, lesbian, biseksual, mak nyah, bohsia, bohjan, kaki perempuan, kaki jantan, pengamal seks bebas dan sebagainya, perkara yang lepas biarkan berlalu.

Siapalah aku untuk judge. Anda diterima seadanya di sini. Anda rakan-rakan yang aku hargai, yang aku sayangi. Sama-sama kita memuhasabah dan memperbaiki diri.

Cuma kalau belum buat test tu aku nak pesan…

Tempoh paling aktif penularan virus hiv adalah semasa seseorang yang dijangkiti masih terasa ‘sihat’ dan ketika ini anda berisiko tinggi ‘menghadiah’ virus kepada pasangan seks masing-masing.

Jika anda golongan yang berisiko tinggi seperti di atas, pastikan anda segera menjalani ujian HIV. Jangan kerana kepentingan diri (takut dengan kenyataan) dan ego anda, pasangan anda dan orang lain menjadi mangsa. Sudah-sudahlah menambah dosa.





Diagnose tak boleh online dik oii… PERGI TEST. Nanti berpuluh-puluh kali asyik tanya “apa symptom, apa tanda, macamana nak tau…?”  Jangan terlewat baru kelam kabut menyalahkan takdir. “macamana karier saya, siapa nak beri aku makan, pada siapa aku nak mengadu? bla,bla,bla…”

Kalau dah terdedah kepada jangkitan, berhenti serta merta menyebarkan virus! Buat test dulu. Antibody HIV boleh dikesan seawal 2 minggu atau purata 25 hari dan selewat-lewatnya 6 bulan selepas anda terdedah kepada risiko jangkitan. Biasa orang pakai selepas 3 bulan. Bayangkan jika selama 3 bulan tersebut anda aktif menyebarkan virus. Kalau setahun, 2 tahun, 10 tahun?

Jangan memandai menderma darah sebagai satu cara untuk  mengetahui status HIV anda kerana jika virus di peringkat ‘window period’ (bawah 50 copies) berkemungkinan besar tidak dapat dikesan. Kasihanlah kepada mereka yang mungkin menjadi mangsa (Termasuk aku ni hah, UWAAA…!! Siksa tau tak?)

Jika disahkan HIV positif, hubungilah seberapa ramai bekas pasangan seks anda yang mungkin turut terdedah dengan jangkitan. Bagitahu masalah sebenar. Minta mereka buat test. Mencegah lebih baik daripada merawat. Nak pergi ke tidak, itu mereka punya pasal.

Usah risau menjadi HIV positif, kaedah rawatannya lebih mudah berbanding merawat diabetes cuma anda perlu kuat untuk menghadapi stigma, diskriminasi dan judgmental. Blog yang anda baca sekarang ni blog pembawa HIV positiflah ni…

Kalaulah anda tahu betapa ramainya yang menjadi mangsa keadaan akibat kedegilan seperti ini menghubungi aku melalui emel, (hampir setiap hari, ada saja individu  baru bertanya dan mengadu macam-macam) anda akan tahu kenapa aku tension. Itu belum termasuk mengadu kat MAC, PT Foundation, hospital dan sebagainya. Bayangkanlah…



Berani buat, takkan takut tanggung…
Masa sedap, nampak bukan main hebat! Seolah-olah dunia kau lah yang punya. Bila azab semua K.O.  APA NI…?!

Bunyi macam educated sangat, macam pro sangat tapi bila nak test HIV penakut, PIIIRAAH!

Marah? Marahlah, kat ruang komen bawah tu hah boleh lepaskan marah.
Suka hati kau oranglah nak cakap apa pun, ada aku kisah? Aku sakit mulut…