BUAT pertama kali dalam hidupnya selepas hampir 30 tahun, Bety akhirnya mendirikan solat serta kembali mempelajari asas bagi menyempurnakan ibadah utama itu menerusi program mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Aids Malaysia (Mac) di Pusat Pemantapan Akidah Jakim, Jelebu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Sejak kecil, jurusolek sambilan dari Sabah itu tidak didedahkan dengan ajaran Islam tambahan lagi apabila ibu bapanya bercerai.
“Saya tidak salahkan ibu dan bapa kerana faham dengan situasi mereka. Di sekolah juga ajaran agama tidak begitu dititikberatkan jadi saya langsung tidak tahu bersolat sehinggalah menyertai program ini.
“Sudah lama saya simpan impian untuk berubah, hidup juga selama ini sentiasa terumbang-ambing, tetapi tidak tahu untuk meminta bantuan pada siapa dan di mana.

“Saya sudah sampai ke tahap tidak lagi mempedulikan apa jua kata cacian daripada masyarakat kerana saya sendiri yang menentukan hala hidup ini, bukannya mereka.
“Namun, penyertaan saya dalam program tiga hari ini bersama 16 rakan mak nyah lain, ternyata membuka jalan untuk saya mempelajari agama dan mendekatkan diri pada Tuhan. Kita pun bukan selamanya hidup di dunia ini, jadi sekurang-kurangnya saya ada sedikit bekalan untuk dibawa bila tiba harinya kelak,” kata Bety.
Katanyanya, keseronokan dan rasa teruja ketika mendirikan solat amat sukar digambarkan malah Bety tidak sabar untuk mempelajari al-Quran.
Menariknya, seminggu selepas program mukhayyam itu, Bety mengadakan kelas belajar solat di rumahnya yang dihadiri rakan mak nyah sambil dipimpin Ustaz Hanafi Abdul Malek daripada Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim).
“Tak terkata indahnya perasaan saya apabila pertama kali merasai wuduk dan bersolat bersama rakan ketika program itu. Tak ternilai juga nikmatnya berpeluang menyertai solat Jumaat bersama jemaah di masjid berhampiran malah mereka menerima kami dengan baik.
“Saya sudah terlalu banyak ketinggalan, jadi saya ingin mempelajari lebih banyak perkara mengenai solat. Dalam masa sama saya memasang hasrat untuk mengambil kelas pengajian al-Quran.
“Saya akan melakukannya satu demi satu dan secara perlahan-lahan. Apa yang pasti, saya akan adakan lebih banyak lagi kelas solat di rumah kerana ia bukan saja bermanfaat untuk diri tetapi turut memberi ilmu tambahan kepada rakan,” katanya.
Ditanya sama Bety akan berubah menjadi lelaki 100 peratus, tenaga kerja yang pernah merias pelakon teater Terima Kasih Cinta itu menggelengkan kepalanya dan lebih senang dengan keadaan kini.
“Sejak kecil naluri saya memang begini. Untuk memaksa saya menjadi lelaki agak sukar kerana ini adalah diri dan keperibadian saya selama ini. Saya juga tidak keterlaluan dalam berpakaian, pertuturan dan gaya hidup, jadi saya selesa seperti ini,” katanya.

Sumber: myMetro