Wednesday, May 04, 2011

HIV- JENIS-JENIS PENYAKIT BERJANGKIT MELALUI HUBUNGAN SEKSUAL



oleh Dr. Azura LPPKN Penang

Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit yang berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang. Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis STI seperti HIV, sifilis dan gonorea boleh menjangkiti janin semasa dalam kandungan, proses kelahiran dan / atau penyusuan sekiranya ibunya dijangkiti.

Berikut adalah jenis-jenis STIs yang biasa berlaku :

• Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)
• Chlamydia
• Gonorea
• Herpes genital
• Sifilis
• Ketuat genital (Human Papilloma Viruses )(HPVs)
• Hepatitis B

HIV boleh merebak melalui:
• Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk
   hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
• Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
• Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika
   dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu

Seseorang yang telah mengadakan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti HIV boleh mendapat jangkitan ini walaupun hanya sekali melakukan hubungan seks. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan daripada lelaki yang telah dijangkiti HIV kerana faktor biologi wanita itu sendiri berbanding daripada wanita HIV kepada lelaki. Sekiranya sesiapa yang mempunyai risiko mendapat jangkitan ini boleh melakukan ujian saringan HIV di mana-mana klinik dan maklumat individu akan dirahsiakan.


Sumber: sini

18 comments:

  1. selamat petang... so HIV ni blh berjangkit dari cumbuan jgak ke..?? atau berkongsi minum segelas..??

    ReplyDelete
  2. anonymous,
    sy cdgkan anda membaca pelan2 keseluruhan n3 dan entries lain.
    ada jwpn sgala persoalan.

    ReplyDelete
  3. klu berkongsi dan cumbuan tak akan brjngkit melainkn terdpt pndarahan di dlm mulut orng itu..

    ReplyDelete
  4. ermmph... terpaksa juga dijawab nampaknya supaya tidak ada yang keliru. niat di hati supaya yang bertanya berdikari dan dapatkan sedikit maklumat tentang hiv supaya lebih memahami.

    tidak pernah dibuktikan secara klinikal berlaku jangkitan hiv selain:
    1.hubungan seks tanpa perlindungan ke qubul dan dubur.
    2.perkongsian jarum suntikan (sekitar 03% sahaja)
    3.ibu kepada anak
    4.pemindahan darah dan organ yang tercemar.

    ingat 4 fakta itu sahaja. selebihnya adalah mitos.

    ReplyDelete
  5. Salam
    Baru-baru ni sy melanggan pelacur.
    Saya dipakaikan kondom.Selepas pancut saya membuang kondom dan terus basuh seperti biasa.Persoalannya:
    1. Adakah saya dijangkiti HIV sekiranya air basuhan tersebut didapati bercampur dengan sisa-sisa cairan wanita tersebut atau jeli pelicir dan mendedahkan saya kepada jangkitan.
    2. Apakah langkah-langkah awal untuk saya mencegah penularan,untuk makluman sy sudah beristeri dan sy belum bersedia memberitahu mengenai perkara ini.
    Harap dapat dijawab. terutama sekali soalan no 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat jawab . Ok , abang cuba jawap tapi adik kena dengar dan fikir betul2 , benar atau tidak , lojik atau tidak .

      1 . Anda tidak dijangkiti selagi anda tidak mengalami luka/pendarahan pada tangan semasa membasuh kondom tersebut tak kira apa cecair pun yang ada pada kondom tersebut. Kalau ada najis berat ( anjing/babi) kena tambah satu lagi dgn bersamak.

      2. Tak perlu ada langkah2 atau strategi awal kalau anda tidak terlibat dgn aktiviti berisiko apa lagi anda telah menggunakan kondom dgn cara yag betul. Langkah2 awal yang abang sarankan ialah 'jgn dekati maksiat' dan kalau nak beritau isteri jgn kata anda ada hiv tapi cuma beritahu anda anda terdesak atau terlupa sahaja.

      3. Saudara kena banyak membaca dan rajin mencari bahan .Dalam blog ini pun ada pasal hiv , langkah2 dan macam2 lagi .

      4. Jangan panik/paranoid.

      Fareez Fauzi

      Delete
    2. maaflah, saya tak berminat nak jawab. bahkan jawapan dah ada depan mata anda. tujuaannya supaya anda belajar sesuatu dlm hidup anda. saya nasihatkan anda bertaubat nasuha sahajalah ya.

      Delete
  6. dr. adakah seseorang itu akan dijangkiti hiv andai melakukan hubungan seks dengan seseorang yg tidak positif HIV???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah sesaorang dijangkiti HIV bila lakukan aktiviti beresiko dgn org yg tidak positif HIV?

      Butang A : fahami HIV dan penularannya
      Butang B : Tanya Mr,Bean
      Butang C : Mangkok tingkat
      Butang D : Joget lambak

      Jawapannya ialah Butang A

      ***Soalan yang paling MELETOP of the year.

      Delete
    2. Susah soalan tu enot , sy pun tak tau
      Btul ke jwapannya A ? ada sesiapa yg bole tolng terangkan?

      Delete
    3. Boleh , meh sini jumpa Enot sebab dulu akak nak hempap baru boleh terangkan...

      Delete
  7. sya bru mndapat kptusan ujian darah sya ptg tadi..syukur alhamdulilah.sya d sah kan bebas dari hiv..apa yg sya nak kongsi kn d sini..kpd yg blum trkena jngkitan hiv.jauhila sex bebas dan sex yang tidak selamat..angap la stiap org yang hndak buat sex dgn anda adlah pembwa HIV.biar pn sjak thn 1986 cuma lbih kurang 90 ribu drp 27 juta pnduduk d Malaysia ni yg d sah kn mngidap HIV. mungkin dorang slh satu drp 90 ribu org tu.. INGAT TUHAN & TAATILAH AGAMA...

    ReplyDelete
  8. kpd yg sudah terkena jangkitan HIV pla..hrp hadapi khidupan dgn tbah,jngan sesekali meminggir kn diri dri org rmi.jlani khidupan spt biasa..jngkitan HIV bkn lah bmksud khidupan sudah bakhir. bnyk lg glongan yg kurang brnsib baik jika d bndingkan dgn pngidap HIV..cth nya,jngkitan kncing tikus,org lumpuh,putus tngan, mati dlm kmlangan & mcm2 lg.pngidap HIV msi blh hidup dgn smpurna & jngka hyat tu msi pnjang jika mngmbil vaksin yg d syor kn olh pakar..guna kn la msa tu utk berbakti pda org & diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ...mcm tu lah...dah pun kembali berfikiran positif

      Delete
  9. Golongan manakah yg lebih berisiko mendapagt jgkitan hiv.ikut dubur atau faraj? Adakah hiv blh berjangkit walaupun sekali seseorg bersetubuh melalui dubur dgn pesakit hiv tanpa kondom?

    ReplyDelete
  10. salam, saya nk tnya, pada bulan lepas sy ada melanggani pelacur,sy memakai kondom semasa melakukan sex tetapi seblum sy melakukan sex sy telah memasukkan jari sy kedalam faraj pelacur itu,adakah sy berisiko untuk mendapat virs

    ReplyDelete
  11. blh ke hiv berjangkit daripada percikan air liur

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.