Saban hari kotak emelku dihujani dengan emel yang pelbagai jenis tujuan. Ada yang bertanyakan masalah, menyatakan sokongan, berkongsi rasa dan sebagainya. Ada macam-macam hal. Ada macam-macam karenah tapi tak mengapa, aku redha aje.
Apa-apa pun, Alhamdulillah. Aku sangat-sangat menghargai segala-galanya. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Alamat emel aku dah lama aku letakkan di dinding blog. Jadi kalau ada apa-apa keperluan silalah emel. Selagi berkesempatan dan terdaya, insya-Allah aku akan reply.
Walau bagaimanapun, eloklah aku ingatkan beberapa perkara. Harap-harap tak berlaku lagi masalah yang sama selepas ini:
1. Jika berkaitan HIV, aku bukan pakar. Segala pandanganku terikat dengan pemahaman, pengalaman peribadi dan pembacaan semata-mata. Jadi janganlah percaya dan pakai 100% apa yang aku bagitahu. Untuk maklumat yang lebih concrete, tanya doctor, tanya pakar.
2. Menjadi prinsip aku bahawa jika luahan tersebut berkaitan dengan dengan HIV, wajib ke atasku mengingatkan anda supaya berhenti dan bertaubat daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum agama.
Itu tanda kasih sayang sesama saudara seagama, jadi janganlah
sensitive, menganggap aku tidak memahami dan begitu begini.
3. Study lah dulu entries lama-lama aku. Kasihanlah aku asyik-asyik nak jawab soalan “macamana nak hubungi encik, macamana HIV boleh berjangkit, adakah HAART percuma, di mana saya nak jalani ujian HIV?” Aku pun bukan sihat sangat dan sibuk dengan urusan kerja serta rumahtangga…
4. Memang Dr. Iskandar semakin glamour sekarang tetapi janganlah tanya di mana Dr. Iskandar bertugas di khalayak ramai (ruangan komen blog) tetapi tanyalah melalui emel. Itu pun sebenarnya kalau anda baca betul-betul entry aku, anda akan tahu di mana beliau bertugas. Beliau sendiri ada facebook. Buat research lah sikit sayang….
Lagi satu janganlah mintak nombor handphone beliau. Mana boleh aku beri sesuka hati. Itu dah melanggar privacy dan kepercayaan beliau kepadaku. Doctor yang bagus ada di mana-mana. Cuma Dr. Iskandar adalah doctor aku, mestilah aku highlight kan beliau dalam entries aku…
5. Tolonglah jangan tanya soalan-soalan macam ni: “saya seorang gay yang telah disahkan HIV positif. Saya kelirulah nak pilih Dollah ke Mamat sebagai kekasih saya. Dua-dua saya sayang. Dollah rela mengalah tetapi saya tahu hatinya masih memerlukan saya.” Aduhai… problem aku nak jawab dik!
6. Kalau perlukan bantuan sokongan dan perkongsian dengan pembawa HIV yang lain, aku boleh berikan emel mereka yang sedia membantu tetapi gunakan elok-elok. Hormati hak dan privacy masing-masing. Jangan belum apa-apa sibuk tanya, “awak dapat HIV sebab apa?” Tak manislah kan? Biar maklumat dan kepercayaan tersebut terbina sendiri.
7. Prove yourselves worthy. Haa... ini pinjam ayat Dr. Iskandar. Maksud aku tunjukkanlah semangat positif sikit. Aku pun pembawa HIV tetapi kalau anda minta dibantu dan dikasihani daripada A-Z, tak dapeklah den menolongnyo...
Semangat kenalah kuat. Jangan panic dan paranoid tak
tentu hala. Kalau peringkat permulaan tu aku fahamlah tetapi kalau dah bagitahu banyak kali pun masih nak meratap, susahlah. Habis aku yang menangis ni kenapa kau tak pujuk? Hehe….
HIV tak boleh rampas semangat kita. HIV sama seperti penyakit-penyakit kronik lain. Biasa-biasa je. Negative thinking can kill you!
AHP: Ubat paling ampuh yang Allah kurniakan adalah semangat positif dalam diri masing-masing.