Thursday, October 20, 2011

BAHAYA SPA IKAN

Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan


TINJAUAN Berita Harian ke premis terapi ikan di sekitar ibukota yang dibimbangi sebar virus HIV dan Hepatitis C.


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini



AHP: Aku pernah kongsikan keraguanku tentang isu ini dalam entry ini dan ini.  Jika betul berita ini mengambil sumber daripada KKM, alangkah malangnya kerana perkara ini telah lama berlaku. Uwaaa...!!

Menurut berita penuh yang aku baca di akhbar, ianya teramat bahaya untuk pesakit diabetes seperti aku dan pesakit psoriasis. Akhbar The Sun di UK turut menyiarkan amaran yang dikeluarkan oleh Agensi Perlindungan Kesihatan negara itu.

Kenapa baru sekarang ya? Sedangkan UAE telah lama menyiarkan amaran tersebut secara rasmi? Wallahu a’lam!

Terima kasih Ruha atas perkongsian info.