Showing posts with label FB sharing. Show all posts
Showing posts with label FB sharing. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

PLHIV & STEROID

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Bolehkah people living with HIV (PLHIV) mengambil steroid untuk tujuan rawatan tertentu atau untuk merangsang pembentukan otot seperti sukan bina badan?

PLHIV tidak boleh mengambil steroid JIKA ianya diambil secara BERTERUSAN dan dengan DOS YANG TINGGI.

Pengambilan steroid yang berterusan dan dengan dos yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya immunocompromised (kepincangan sistem imun).

Jika perlu diambil untuk tujuan rawatan, walaupun dengan dos yang tinggi tetapi hanya sekali, maka ianya boleh diteruskan.

Fahami HIV, jalani rawatan dan KEPATUHAN kepada rawatan akan membantu PLHIV hidup seperti biasa. Amalkan cara hidup yang positif.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

FAKTA KESAN STIGMA KEPADA KEMPEN SIFAR JANGKITAN HIV

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Dalam pembentangan "What need to be done: Game changer, past, and future" oleh Dr. Sha'ri Ngadiman di National AIDS Conference yang berlangsung di M.S. Garden Hotel, Kuantan pada 11 – 12 Oktober 2014, jelas menunjukkan stigma masyarakat telah mematahkan segala kempen yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kajian menunjukkan hanya 60% PLHIV yang telah didiagnos positif HIV mendapatkan atau meneruskan rawatan. 40% lagi tidak mendapatkan rawatan.

Sepanjang tahun 2000 – 2013 juga, peratusan individu yang datang mendapatkan HIV rapid test di klinik-klinik kesihatan atau hospital-hospital kerajaan meningkat. Namun daripada ujian saringan tersebut, mereka yang dikesan positif menurun.

Ini adalah berlawanan dengan kadar jangkitan yang semakin meningkat di kalangan pengamal aktiviti berisiko dan juga wanita yang mempunyai pasangan yang positif HIV.

Dr. Sha'ri Ngadiman sambil berseloroh mengatakan adakah mereka yang "baik" sahaja yang lebih ramai menjalankan ujian saringan?

Jawapan di sini hanya satu.

"STIGMA"

Wakil PPWM (kiri) bergambar bersama para peserta National AIDS Conference
dan Dr. Sha’ri Ngadiman

Tidak mudah bagi individu yang terlibat dengan aktiviti berisiko untuk tampil ke hospital-hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan (KK) yang mana sesetengah kakitangannya menunjukkan sikap sangat tidak mengalu-alukan golongan yang dikatakan berdosa ini.

Sedangkan hadir untuk menjalani saringan HIV secara sukarela pun sangat susah di sesetengah klinik dan ada yang meminta bayaran, inikan pula menjalani rawatan di klinik tersebut.

Di kebanyakan pusat rawatan, PLHIV yang memerlukan rawatan ini terpaksa berdepan dengan sikap negatif akibat stigma dan judgemental di kalangan kakitangan.

Antara aduan yang sering PPWM terima di klinik penyakit berjangkit (Infectious Diseases @ ID) yang tidak mesra pelanggan ini termasuklah dalam soal kerahsiaan, malpractice, dan juga atas pelbagai sebab yang lain.

Bayangkan anda berada di kedudukan mereka sebagai patients yang didiagnos dengan penyakit-penyakit kronik tertentu, tetapi disindir dan ditakuti oleh pihak yang merawat anda setiap kali menjalani rawatan.

Bagaimana andainya golongan 40% itu tidak mendapat maklumat untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan jangkitan dengan baik dan terus menjadi pengamal aktiviti risiko tanpa mengambil langkah pencegahan jangkitan?

Sedangkan selalunya segala maklumat tersebut adalah sebahagian daripada rawatan (kaunseling).

HIV is not a deadly disease but STIGMA is.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Disediakan oleh: MGDA

Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Monday, October 13, 2014

HIV BERJANGKIT MELALUI CARA INI?

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Soalan dan jawapan ini disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri di portal rasmi MyHEALTH. Semakan terakhir pada 27 Mac 2013 (masih dalam tempoh 5 tahun terkini).

Soalan 15
Bolehkah virus HIV merebak melalui perkongsian peralatan / perkakasan kebersihan diri seperti pisau cukur dan berus gigi?

Jawapan 15
Boleh. Virus HIV boleh merebak melalui perkongsian peralatan perkakasan kebersihan diri seperti berus gigi dan pencukur.

Sumber:

Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) tidak nampak risiko jangkitan HIV melalui cara tersebut, bahkan kenyataan ini mungkin menyebabkan bertambahnya stigma kerana masyarakat awam menjadi takut berkongsi apa juga peralatan dengan PLHIV.

Walaupun TIDAK BERSETUJU HIV mampu berjangkit melalui cara tersebut, siapalah PPWM untuk membantah KKM? Kami sekadar sebuah NGO dan bukan pula medical practitioner.

PPWM bersetuju bahawa jangkitan hepatitis jauh lebih mudah berjangkit melalui cara berkongsi peralatan kebersihan diri seperti berus gigi dan pencukur.

Rasional PPWM ialah:

1. Siapa yang akan berkongsi berus gigi yang masih berdarah dengan individu yang lain sekalipun sesama non-PLHIV?
 
2. Jika telah dibasuh dan dibilas, bagaimana kemungkinannya?
 
3. Jika masih sanggup berkongsi berus gigi berdarah sekalipun (mustahil rasanya sanggup berkongsi), adakah HIV masih mampu berjangkit apabila bertemu enzim di dalam mulut seseorang yang mampu melemahkan virus tersebut?
 
4. Jika tiada ulser di mulut, bagaimana cara HIV boleh masuk terus ke dalam saluran darah individu yang lain? (Darah tersebut terus ke usus, bukan ke saluran darah)

5. Melalui alat pencukur pun begitu juga kerana darah yang sedikit (jika berlaku pendarahan), kering, dan terdedah di udara tidak mampu menjangkiti individu lain sekalipun terdapat micro abrasion (luka-luka kecil yang tidak kelihatan) di permukaan kulit. Tidak ada individu yang sanggup berkongsi peralatan bercukur yang masih berlumuran darah segar yang banyak. Teori dan kemungkinan jangkitannya ada, tetapi tidak dibuktikan sebagai salah satu cara jangkitan umum.

Jika bercukur di barber shop, memang terdapat peraturan bahawa pihak pengusaha mestilah menukar mata pisau cukur (pakai buang) yang (berbeza) bagi setiap pelanggan. Ini memang standard of procedure (S.O.P.) langkah berhati-hati mengelakkan apa juga jangkitan yang mudah tersebar melalui darah (tukar mata pisau) dan udara (guna mask).

Sumber-sumber:

Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. PPWM tidak bermaksud mencetuskan kontroversi dengan sesiapa terutama dengan KKM yang memang sentiasa membantu PLHIV.

Mohon maaf jika ada pihak yang tersinggung. Kemungkinan PPWM salah dan sila beri penjelasan tentang kesilapan kami yang berpendapat tiada jangkitan HIV melalui cara yang telah KKM nyatakan.

Peranan kami sebagai sebuah NGO adalah komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, MALPRACTICE, dan SALAH PENDEKATAN MENDIDIK MASYARAKAT mengelakkan HIV secara terbuka.

Nota:
PPWM tidak pernah menggalakkan sesiapa pun berkongsi peralatan kebersihan diri walaupun bukan dalam isu HIV.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Thursday, October 09, 2014

PLHIV & IRIS

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Apabila seseorang PLHIV baru memulakan rawatan HAART, doktor biasanya akan memantau beberapa perkara asas terutamanya kesan sampingan sementara jika ianya berlaku. Antaranya ialah IRIS.

Apakah itu IRIS?

IRIS adalah akronim kepada Immune Reconstitution Inflammatory Syndrome, atau dikenali juga sebagai Immune Recovery Syndrome (IRIS).

Secara amnya, IRIS mungkin terjadi bila seseorang baru memulakan HAART, atau memulakan kembali HAART, atau bertukar kepada regime HAART yang lebih aktif.

Biasanya IRIS berlaku terhadap PLHIV yang telah dijangkiti jangkitan opportunistic.

Ada kemungkinan, jangkitan yang ringan atau sederhana sebelum memulakan HAART menjadi lebih teruk setelah memulakan HAART.

Contoh:
Sebelum HAART, terdapat jangkitan oral candidiasis atau jangkitan kulat pada kulit, tetapi apabila memulakan HAART, ada kemungkinan jangkitan-jangkitan tersebut menjadi lebih teruk.

Kenapa ianya terjadi?

Ianya disebabkan keradangan kerana tubuh PLHIV sedang membina semula sistem pertahanan tubuh.

Sebelum memulakan rawatan HAART, doktor akan cuba memastikan patients terhindar daripada sebarang jangkitan opportunistic.

Walaupun infection sedia ada telah dirawat, kebarangkalian untuk infection itu timbul semula atau menjadi lebih teruk selepas rawatan HAART tetap ada.

Kerana itulah, selepas memulakan rawatan HAART, doktor akan memantau kesihatan PLHIV sekerap mungkin, sama ada 2 minggu sekali, 1 bulan sekali, 3 bln sekali, dan apabila sudah stabil, barulah ditukar kepada setiap 6 bulan sekali.

Walau bagaimanapun, langkah tersebut hanyalah sebagai langkah berwaspada dan tidak semestinya berlaku. Setelah rawatan stabil, viral load akan ditekan sehingga ke tahap undetected dan CD4 meningkat kembali.

Fahami HIV, jalani rawatan, dan KEPATUHAN kepada rawatan akan membantu PLHIV hidup seperti biasa. Amalkan cara hidup yang positif.

Sumber:

Kredit untuk Shux
(Volunteer PPWM)

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Tuesday, October 07, 2014

UJIAN HIV DI HOSPITAL DAN KLINIK KERAJAAN, PERCUMA?

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Lebih kurang 3 minggu lepas, saya ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. Sekadar pemeriksaan biasa. Kemudian terdetik untuk melakukan ujian HIV. Selalu saya pesan pada rakan-rakan, jangan gentar untuk buat ujian.

Jadi, saya ingin mengalaminya sendiri. Sekadar ujian HIV, bukan untuk pra perkahwinan atau sebagainya.

Lalu pada hari itu, lebih kurang 2 minggu lepas, saya pergi ke kaunter pendaftaran di salah sebuah klinik kesihatan di Melaka. Saya bertanyakan bagaimana prosedur untuk buat HIV test. Mereka bertanyakan borang daripada Jabatan Agama Islam. Saya kata ini bukan untuk pra perkahwinan; ini individu. Sekadar untuk buat test.

Staff di kaunter mula berubah wajah, mula bertanya pada kaunter berdekatan dengan nada yang tinggi.

"HIV test ada ke? Macam mana ya nak buat?”

Tanya staff wanita yang berbaju kurung. Staffs lain mula memandang wajah saya dan cepat-cepat memandang ke arah lain.

Kemudian saya diterangkan sambil diminta melihat papan tanda senarai ujian darah dan medical checkup penuh.

"HIV test RM30.00," Kata staff wanita lain yang mula bercakap dengan saya tanpa memandang wajah saya.

Saya juga mula bertanya, bagaimana dengan kempen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan ianya percuma dan tidak perlu ambil nama?

Staff itu hanya menggelengkan kepala seolah-olah tidak pernah mendengar tentang kempen tersebut.

"Itu mungkin untuk yang ada contact dengan PLHIV."

Saya kelu. Jujurnya dengan situasi orang awam yang menanti di tempat duduk, staff kaunter yang mula curi-curi memandang saya, saya tidak selesa untuk berkeras.

"Semua Klinik Kesihatan di Melaka macam ini ke? Kena bayar?" Tanya saya, walau bukan isu bayaran yang akan menghalang saya.

"Ya, semua macam itu, atau jumpa doktor dulu, kaunseling dulu, baru test. Apa pun kena refer doktor dulu."

Ya, hari itu cuma berlalu tanpa melakukan apa-apa ujian.

Hari ini saya berkongsi pengalaman dengan seorang rakan yang belum didiagnos. Tetapi setelah pergi ke dua buah Klinik Kesihatan di Melaka yang berlainan, situasi yang sama. Terpaksa menghadapi staff kaunter yang tidak langsung menyembunyikan perasaan terkejut, dingin, dan negatif.

Kemudian berjumpa doktor, malangnya dia diminta datang pada hari lain untuk buat ujian HIV, walaupun di dalam dua-dua situasi, dia berjumpa doktor.

Situasi ini mungkin hanya berlaku di Melaka, dan tidak mustahil bukan sahaja di Melaka.

Apa sebenarnya berlaku? Adakah staff Klinik Kesihatan tersebut sebenarnya tidak mahu menjalankan ujian HIV, lalu menyukarkan sesiapa yang mahu melakukannya? Sedangkan prosedurnya sama dengan ujian bagi pra perkahwinan.

Adakah kempen KKM bahawa ujian HIV adalah percuma dan rahsia tidak laku di Melaka? Atau ianya sekadar dongeng?

Sikap sebegini sebenarnya menyebabkan jangkitan baru dan kadar pesakit tidak mendapatkan rawatan semakin tinggi. Bagaimana jika semasa tempoh menunggu tersebut berlaku jangkitan baru atau individu yang berisiko enggan menjalani ujian saringan dan lewat mendapat rawatan?

Mari kita rujuk di sini:
yang kenyataannya dikeluarkan oleh pihak KKM sendiri.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN UJIAN SARINGAN HIV:

1. Pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

2. Berjumpa terus dengan doktor/ pembantu perubatan/ jururawat bertugas dan minta ujian HIV dilakukan.

3. Doktor / pembantu perubatan / jururawat yang bertugas akan memberi khidmat nasihat atau kaunseling mengenai ujian tersebut.

4. Setitis darah akan diambil dari hujung jari untuk diuji. Keputusan ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit (menggunakan ujian pantas – rapid test kits).

5. Jika keputusan ujian ‘tidak reaktif’, anda akan diberi penerangan lanjut. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko dijangkiti HIV, anda akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian 6 bulan akan datang.

6. Jika keputusan ujian adalah ’reaktif’, nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian pengesahan.

Ujian ini mudah didapati, ringkas, dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan.

LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGESAHAN:

1. Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya doktor atau pegawai bertugas yang menjalankan ujian sahaja yang tahu meklumat peribadi dan keputusan ujian anda.

2. Jumpa doktor atau pegawai bertugas pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapatkan khidmat nasihat atau kaunseling.

3. Jika keputusan ujian anda adalah ‘negatif’, anda akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk pengesahan ulangan.

4. Sekiranya keputusan ujian anda adalah ‘positif’, anda akan dirujuk ke mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang anda pilih. Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan rawatan.

KEPUTUSAN UJIAN DAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN. JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV DEMI MASA DEPAN ANDA.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Disediakan oleh: MGDA

Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Sunday, October 05, 2014

STIGMA TERHADAP PLHIV TERMASUK SEMASA IBADAH QURBAN

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Bagi PLHIV yang diketahui statusnya sebagai seorang people living with HIV (PLHIV), peluang membantu, melapah, membahagi-bahagikan, atau menolong memasak daging qurban untuk ahli kariah sempena Eid Adha hampir tiada.

Itulah realiti kehidupan PLHIV walaupun ramai sahaja PLHIV yang merahsiakan status melakukannya di seluruh dunia dan ramai tukang masak dan chef (PLHIV) yang sentiasa kita makan masakan yang mereka sediakan setiap hari.

Adakah berlaku jangkitan HIV apabila tangan PLHIV terluka semasa membantu memotong daging atau terpercik ke tubuh atau rongga orang lain?

Persoalan-persoalan begini sentiasa ditanyakan dan terdapat pelbagai jawapan yang sangat mengelirukan. Jawapan yang sangat dipercayai, tentulah jawapan oleh medical practitioners kerana mereka dianggap paling berpengetahuan dalam persoalan tersebut.

Sesiapa sahaja boleh mendakwa akan berlaku jangkitan, tetapi TEORI tidak boleh dianggap fakta. Secara realitinya, pernahkah ianya DIBUKTIKAN dan berapa ramai yang telah berjangkit melalui cara tersebut?

Cara jangkitan hanya terbukti melalui darah ke darah di DALAM tubuh. Melalui air mani, cecair faraj, dan secara vertical (ibu kepada anak tanpa rawatan). Kes-kes jangkitan akibat blood transfusion dan organ transplant pula tidak berkaitan dalam sharing ini. Itu sahaja cara jangkitan.

Selain darah, tentulah cara lain tidak berkenaan apabila dikaitkan dengan ibadah qurban. Contohnya, tidak mungkin ada yang semasa sibuk melapah daging qurban terpancut air maninya dan terkena daging tersebut.

Ini bukan kisah paranormal sains fiksyen. Paranormal – separa sedar; bukan fakta!

HIV tidak boleh hidup apabila BERADA DI LUAR BADAN PLHIV.

WALAUPUN HIV HANYA BOLEH HIDUP SEKETIKA JIKA BERADA DI LUAR BADAN PLHIV, JANGKITAN HIV TIDAK PERNAH DILAPORKAN AKIBAT DARIPADA KONTEK ATAU KONTAMINASI DENGAN TUMPAHAN DARAH, AIR MANI, ATAU TUMPAHAN CECAIR BADAN PLHIV. INI ADALAH KERANA VIRUS AKAN CEPAT MATI ATAU MUSNAH SEBAIK SAHAJA TERDEDAH KE UDARA.

Untuk seseorang itu dijangkiti HIV, DARAH ATAU CECAIR TUBUH PLHIV MESTI MENGANDUNGI VIRUS YANG TERSANGAT BANYAK / TINGGI / PEKAT SERTA DARAH ATAU CECAIR TUBUH TERSEBUT PERLU TERUS MASUK KE DALAM SALURAN DARAH SESEORANG NON-PLHIV UNTUK MEMUNGKINKAN (diulangi – MUNGKIN) NON-PLHIV ITU DIJANGKITI OLEH HIV.

BAGAIMANA JIKA LUKA NON-PLHIV TERDEDAH KEPADA DARAH SEGAR PLHIV?

Fungsi PLATELET di dalam darah individu berperanan untuk MENUTUP RONGGA luka bagi mengelakkan apa juga virus daripada mudah memasuki tubuh. Sifat semulajadi LUKA SEGAR (baru) pula ialah darah akan MENGALIR KE LUAR, bukan KE DALAM TUBUH.

Jika HIV di luar tubuh dan sekadar terkena kulit non-PLHIV, tiada apa yang perlu dirisaukan. Kulit seseorang adalah sistem pertahanan tubuh paling asas.

Jika PLHIV tersebut telah mengambil rawatan dan virusnya rendah atau undetected, tentulah selamat.

Ya, virus memang ada, tetapi tidak mampu menjangkiti. Analoginya; kita takut bukan-bukan kepada penjenayah terkenal sedangkan penjenayah tersebut longlai kesakitan di dalam lokap.

Maklumat lengkap dan lanjut boleh didapati daripada:

dan

Jika darah termasuk ke dalam mulut atau rongga mata?

Kalau betullah termasuk darah PLHIV kerana mulut kita sentiasa terlopong sepanjang masa, bergantung pula kepada berapa puluh liter darah PLHIV yang sudah masuk, kekerapan, dan berapa besar luka di dalam mulut? Air liur mengandungi enzim yang mampu melemahkan virus.

Kadang-kadang menjawab persoalan tentang cara jangkitan HIV ini seperti menjawab persoalan Fiqh.

Beza cecair badan PLHIV yang mengandungi kepekatan yang tinggi dan yang kepekatan rendah pun ramai tidak faham. Kepekatan cecair badan yang tinggi tetapi telah mendapat rawatan dan menyebabkannya sama seperti kandungan kepekatan cecair badan yang rendah, lagilah ramai yang tidak faham.

Hukum Fiqh begitu juga. Contoh: Hukum batal wudhuk bersentuh kulit antara suami dan isteri, atau lelaki dengan perempuan yang halal berkahwin mengikut Mazhab Syafi'e.

Ada yang berpendapat terkena atau bersentuhan kuku dan rambut juga membatalkan wudhuk sedangkan yang disebutkan ialah KULIT. Itu belum termasuk perbahasan dalam perbandingan antara mazhab. Akibatnya kita kekal stigma dan bertelingkah pada perkara bukan-bukan.

Ada pula yang spinned isu, kononnya PLHIV dan ahli keluarga mereka (non-PLHIV atau affected people) perlu dielakkan daripada terlibat kerana PLHIV mudah dijangkiti macam-macam penyakit dan bimbang menjangkiti orang lain.

Memang penat apabila sentiasa perlu menjelaskan kerana perbezaan cara jangkitan sesuatu penyakit pun mereka tidak faham. Di dalam mind setting tertanam bahawa PLHIV membahayakan mereka dan mesti dijauhi. Kita cakap begini, mereka pusing begitu. Cakap begitu, pusing begini.

Mereka tidak sedar bahawa sesiapa sahaja yang menolong semasa menyembelih, melapah, dan memasak daging qurban mungkin telah dijangkiti typhoid (kepialu) yang lebih mudah berjangkit kepada mereka melalui cara tersebut.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Friday, October 03, 2014

BANTUAN PERUBATAN

Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.

Jika pesakit tidak mampu menanggung sesuatu kos rawatan tertentu yang memerlukan bayaran, sedangkan ianya sangat perlu, pihak hospital atau Klinik Kesihatan tetap akan meneruskan rawatan.

Tetapi, untuk rayuan pengurangan bayaran atau melangsaikan bayaran rawatan tersebut, salah satu caranya ialah dengan memohon bantuan daripada Tabung Perubatan Pesakit (TPP), Baitulmal, atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pesakit atau ahli keluarga boleh merujuk perkara ini kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang ada di semua hospital dan Klinik Kesihatan yang tertentu.

Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.

Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

Disediakan oleh: Kak Da