Saturday, October 29, 2011

HIV: KEPENTINGAN GIGI SERTA GUSI YANG SIHAT


Gigi Dan Gusi Sihat
Jangan biarkan semua jangkitan ini terlalu membimbangkan anda kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.  Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan.

Tip-tip
·    Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari.
·    Memflos setiap hari.
·    Gunakan berus gigi lembut dan ubat gigi.
·    Gunakan pembersih mulut dengan kerap.
·    Gantikan berus gigi anda setiap tiga bulan atau apabila ia mula menunjukkan tanda-tanda haus.
·    Berjumpa doktor gigi setiap 3 – 6 bulan sekali.
·    Berkumur dengan baik setiap kali selepas makan.
·    Jangan berkongsi berus gigi.
·    Elakkan rokok.
·    Kurangkan makanan bergula atau jika anda memakannya, berkumurlah dengan air.

Tip-Tip Penjagaan Di Rumah
Setiap kali anda memberus gigi, cuba periksa mulut anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa seperti:
·    Tompok-tompok merah.
·    Tompok putih yang kembung.
·    Ulser di dalam mulut dan pada bibir.
·    Kesukaran atau kesakitan menelan.





Memflos
Anda boleh memilih antara:

Flos berlilin atau tidak berlilin – flos berlilin menggelongsor dengan lebih mudah di celah-celah gigi.  Walau bagaimanapun, ia tidak membersihkan permukaan gigi seperti flos yang tidak berlilin.  Ia boleh didapati di kebanyakan farmasi.

Doktor gigi atau jururawat gigi boleh menasihati anda berhubung teknik memflos yang betul.  Jika anda tidak menggunakan teknik yang betul, anda mungkin akan merosakkan tisu gusi dan menghauskan permukaan akar gigi.

Memberus
Gunakan berus gigi yang lembut dan berhujung bulat yang tidak akan merosakkan gigi dan gusi anda.

Terdapat lebih daripada satu teknik untuk memberus gigi.  Tanyalah doktor gigi anda untuk nasihat dan demonstrasi salah satu daripada teknik tersebut.

Lidah
Berus lidah dari belakang ke depan untuk menanggalkan bakteria yang menyumbang kepada nafas berbau.

Jangan lupa menggantikan berus gigi anda setiap 2 – 3 bulan atau lebih awal jika bulunya telah rosak.  Bakteria membiak pada bulu dan pemegang berus gigi.  Kebanyakannya tidak merbahaya, tetapi ada yang boleh mengakibatkan selesema dan jangkitan gusi.

Ingat, perkara pertama yang perlu dilakukan jika anda masih belum berjumpa dengan doktor gigi selama lebih daripada 6 bulan adalah membuat temu janji SEKARANG.

Minta doktor anda untuk mengesyorkan doktor gigi kerajaan.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.