Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk memudahkan tempoh penyesuaian:
· Ambil cuti rehat sementara daripada bekerja.
· Dapatkan pertolongan untuk melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak-anak dan lain-lain.
· Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.
· Melakukan senaman ringan.
· Makan makanan yang seimbang dan simpan makanan yang boleh mengurangkan kesan sampingan berdekatan dengan anda.
· Dapatkan bantuan dan sokongan daripada kawan-kawan, keluarga dan kumpulan sokongan.
· Hendaklah sentiasa mempunyai pandangan yang positif. Apabila jumlah sel CD4 anda meningkat, keadaan anda akan menjadi bertambah baik.
Jika saya tidak dapat menahan kesan sampingan, bolehkah saya menukar atau tidak memakan ubat?
Tidak boleh. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu untuk mengelakkan kerumitan / kesulitan apabila berhenti memakan ubat.
Adakah lelaki dan wanita mempunyai kesan sampingan yang berbeza?
Adakalanya.