Wednesday, October 26, 2011

SEBAGAI PEMBAWA HIV, BOLEHKAH SAYA MINUM MINUMAN BERALKOHOL?


Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, sembelihan untuk berhala dan undi-undi nasib adalah kekotoran dari pekerjaan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi itu semua, supaya kamu beroleh kejayaan. Tidak lain, keinginan syaitan itu hanyalah hendak menimbulkan di antara kamu permusuhan dan berbenci-bencian kerana arak dan judi itu, dan hendak memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Tidakkah kamu mahu berhenti? Dan taatlah kepada Allah dan Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah kewajipan bagi Rasul hanyalah menyampaikan dengan nyata. Tidaklah salah bagi orang yang beriman dan beramal soleh pada apa yang mereka makan, asalkan mereka bertakwa dan beriman serta beramal soleh. Kemudian, mereka pun bertakwa dan beriman. Kemudian, mereka bertakwa dan memperbaiki diri. Dan Allah suka kepada orang yang berbuat kebaikan.”
[Surah Al-Ma’idah, ayat 90-93]

PANDUAN SECARA UMUM. BUKAN PANDANGAN PERIBADI SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Bolehkah saya minum minuman beralkohol?
Sebaik-baiknya jangan.  Tetapi jika anda tidak boleh berhenti sepenuhnya atau mengelakkannya, kesederhanaan perlu diamalkan.

Apakah pengambilan alkohol yang sederhana?
2 gelas sehari tetapi anda hendaklah mempunyai 2 hari tanpa alkohol dalam seminggu.

Apakah risiko meminum alkohol secara berlebihan?
Ia boleh memberi kesan kepada sistem daya tahan badan anda dan mungkin melambatkan proses penyembuhan jangkitan.  Meminum alkohol dengan banyak juga boleh merosakkan hati dan ia juga dikaitkan dengan Hepatitis.

Mereka yang meminum alkohol dengan banyak biasanya mengabaikan pemakanan mereka dan ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh mereka yang HIV-positif.

Akhirnya, meminum alkohol dengan banyak boleh menyebabkan anda tertinggal / lupa mengambil ubat HIV.  Muntah-muntah yang disebabkan oleh alkohol yang banyak boleh menyebabkan lebih banyak kerumitan.

Adakah sebarang jangkitan yang tidak membenarkan pengambilan alkohol?
Ada, iaitu Hepatitis B atau C.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.