Tuesday, October 18, 2011

VIRAL LOAD


Kandungan Virus – Viral Load

Apa itu Kandungan Virus?
Kandungan Virus (Viral Load) menunjukkan kepada anda dan doktor anda jumlah HIV dalam darah anda.  Semakin tinggi Kandungan Virus (Viral Load), semakin cepat sel CD4 dimusnahkan.  Oleh itu, jumlah sel CD4 anda akan berkurangan.  Ini akan menyebabkan sistem daya tahan anda menjadi semakin lemah.

Kenapa Kandungan Virus (Viral Load) begitu penting?
Jika anda mengambil ubat HAART, Kandungan Virus memberitahu anda keberkesanan ubat HAART.  Jika anda tidak mengambil ubat HAART, Kandungan Virus boleh memberi gambaran kadar perkembangan jangkitan anda.

Berapakah paras Kandungan Virus yang patut ada pada saya?
Jika anda mengambil ubat HAART, paras yang baik adalah kurang daripada 50 salinan/ml.  Pada paras ini, doktor akan memberitahu anda bahawa kandungan virus anda di paras yang ‘tidak dapat dikesan’.

Jika saya berada di paras ‘tidak dapat dikesan’, adakah saya masih berpotensi untuk menjangkitkan HIV kepada orang lain?
Ya, Kandungan Virus hanya menyukat jumlah virus di dalam darah anda.  Anda masih berpotensi untuk menjangkitkan HIV kepada orang lain.

Adakah HAART membantu mengekalkan kandungan virus di paras yang rendah dan jumlah sel CD4 yang tinggi?
Ya.  Itu adalah matlamat rawatan HAART.

Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan?
Apabila anda memulakan rawatan, anda tidak boleh berhenti.  Anda perlu meneruskan rawatan sepanjang hayat.  Jika anda berhenti menjalani rawatan, HIV akan membiak semula.  HIV akan menjadi semakin kuat dan lebih sukar untuk dikawal.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.