Wednesday, October 19, 2011

SELAMAT PAGI SAHABATKU HARYANI


Dinihari ini aku bangun atas keperluan tertentu. Sayangnya mata enggan segera kembali lelap. Segala macam perkara menyerbu fikiran sehingga meninggalkan fizikal jauh di belakang.

Sambil-sambil menunggu mata kembali redup, aku minum segelas susu, membaca alfatihah, 3 qul dan ayat kursi. Sempat juga aku lihat bahawa  banyak mesej masuk di inbox handphone murahku. Tanpa sedar tanganku ‘gatal’ memeriksanya.

Bukan itu saja, terlanjur pula membaca entry terbaru blog sahabat kita ini: alia haryanie. Maka bertambah lajulah fikiranku memikirkan suka duka kehidupan dan kebesaran Allah.

Secara ringkas, beliau seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak, mengidap penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis).

Hidup berdikari menyara kehidupan demi anak-anak dan aktif berblog berkongsi pengalaman hidup. Aku banyak belajar daripada beliau tentang erti ketabahan dan perjuangan. Aku faham kenapa beliau aktif berblog walaupun terdapat bermacam-macam halangan kerana akupun begitu.

Kepada rakan-rakan PLHIV dan para pesakit kronik, apa kata jengok beliau di sana dan ambillah pengajaran. Klik sahaja link yang aku sertakan. Kepada yang berkemampuan, fikir-fikirkanlah sendiri dengan segala nikmat yang melimpah ruah dinikmati setiap hari.

Sekurang-kurangnya marilah jengok beliau untuk belajar sesuatu tentang erti ketabahan dan perjuangan.