Friday, October 14, 2011

APA ITU JUMLAH SEL CD4?

Apa itu jumlah sel CD4?
Sel-T turut dikenali sebagai sel CD4.  Oleh itu, jumlah sel CD4 sebenarnya adalah jumlah sel-T di dalam badan anda.  Lebih rendah jumlah sel CD4 anda, maka lebih lemahlah sistem daya tahan anda.

Apakah jumlah sel CD4 bagi seorang yang tidak dijangkiti HIV?
Biasanya di antara 500 – 1000.

Apa yang patut saya lakukan jika jumlah sel CD4 saya kurang daripada 500?
Jika jumlah sel CD4 anda lebih daripada 300, anda mungkin masih berasa sihat tanpa sebarang simptom / tanda-tanda jangkitan.  Teruskan mengawasi jumlah sel CD4 dengan doktor anda.  Jika jumlah sel CD4 anda kurang daripada 200, anda mungkin perlu memulakan rawatan.  Bincanglah dengan doktor anda berhubung perkara ini.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.