Hari ini hati dibuai rasa bangga kerana salah seorang rakan prihatin (bukan PLHIV- iaitu Anonymous One) yang kita sayangi sudi singgah untuk berkongsi beberapa info sebelum ‘pergi’ seketika berjuang di medan tertentu. Salah satunya dalam entry ini. (Sila klik)
Begitulah eratnya silaturrahim sehingga beliau menitiskan airmata kerana terpaksa meninggalkan kita buat seketika. Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan beliau berjalan lancar dan kembali bersama kita suatu ketika nanti.
Sebagai buah tangan, beliau kongsikan video ini untuk kita. Ini pesanan akhir beliau:
“Sebelum saya berlepas nak bagi satu video ni... video yang amat menyentuh hati.. Buat kawan2 PLHIV, saya doakan anda semua bahagia, diberi kesihatan yang baik dan juga sentiasa mendapat redho dan rahmat Allah. :)
Ok, jangan sedih-sedih. Jom layan satu video iklan yang sangat best dan baik buat kita semua.”
AHP: Anonymous One pun jangan sedih. Kami sentiasa mendoakan semoga segala urusan berjalan lancar, dipermudahkan dan diredhai. Kami sabar menunggu kepulangan sahabat. Berjumpa dan berpisah kerana Allah. Tiada apa yang perlu disedihkan.
Sahabat menunjukkan keprihatinan tulen di sini. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada hasil tetapi kepada kesungguhan. Kesungguhan dan keikhlasan itu ada dalam diri sahabat.
p/s- Untuk pengetahuan Anonymous, pakcik memang berangan mencari sebuah chopper terpakai dalam waktu terdekat. Itu impian pakcik sejak muda tetapi dikuburkan atas pertimbangan bahawa keperluannya tidak terlalu mendesak. Keinginan tersebut kembali membara sejak menjadi insan istimewa ini.
Inilah antara perkara yang pakcik ingin lakukan jika Allah panjangkan umur pakcik. Pakcik berhajat mencari yang murah sahaja. Mungkin sekadar Virago 535 atau Honda Shadow. Pakcik nak upgred, supaya sesekali dapat ronda ke masjid atau ke mana-mana sahaja. Insya-Allah jika diizinkan-Nya 1, 2 tahun lagi tercapailah hajat pakcik. Jika tercapai, insya-Allah pakcik akan kongsikan di blog kita ini.
Kalau tak ada, tak diizinkan-Nya lah tu, hehehe...
Terima kasih atas segala pertolongan dan keprihatinan terhadap kami :)