Saturday, October 22, 2011

KESAN SAMPINGAN



Kita telah menyatakan bahawa semua ubat, walaupun yang asas, mempunyai kesan sampingan.  Oleh itu, apabila anda sedang mempertimbangkan ubat-ubatan, bincanglah dengan doktor anda berkenaan kemungkinan kesan sampingan.  Dan apa yang perlu anda lakukan jika ia berlaku.  Biasanya, menyedari kesan sampingan adalah langkah pertama untuk menghadapinya.  Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya dan dijawab untuk anda.

Berapa lamakah kesan sampingan akan berlarutan?
Biasanya ia akan berlaku selama 4 – 6 minggu sewaktu anda memulakan rawatan.  Ia adalah tempoh pembiasaan dan selalunya kesan sampingan akan berkurangan selepas tempoh ini apabila tubuh anda telah biasa dengan ubat.

Adakah terdapat kes-kes di mana berlakunya kesan sampingan yang berpanjangan?
Ada, kadangkala anda mungkin akan mengalami kesan sampingan selama anda mengambil ubat.

AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.