Apa yang perlu saya lakukan?
Oleh kerana rawatan HAART adalah komitmen sepanjang hayat dan ia mungkin memerlukan anda membuat perubahan terhadap cara anda menjalani kehidupan dan bekerja. Bermula seawal mungkin bermakna anda akan dapat membiasakan diri dengan cara hidup baru anda.
Apakah perubahan yang mungkin perlu saya lakukan dalam hidup saya?
Permulaannya,
Makan makanan yang seimbang
Bersenam
Jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah yang dilarang, cuba berhenti.
Kenapa?
Rokok, alkohol dan dadah yang dilarang adalah bahan yang sememangnya merosakkan badan kita. Daya tahan anda yang lemah mungkin tidak mampu untuk menangani kesan-kesan merbahaya ini.
AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.