Thursday, October 06, 2011

MEMAHAMI WINDOW PERIOD, TINDAK BALAS ANTIBODI, RAPID TEST, ELISA DAN WESTERN BLOT SECARA SANTAI


Kita sungguh beruntung kerana lagi sekali berpeluang berkongsi maklumat asas mengenai semua perkara di atas dengan cara yang mudah difahami oleh rakan prihatin kita yang lebih dikenali sebagai Anonymous One.

PESANAN BELIAU IALAH: INI SEKADAR PANDANGAN PERIBADI DAN SANGAT MENGALU-ALUKAN PENAMBAHBAIKKAN.

Mari baca:

APA ITU WINDOW PERIOD?
Peringkat awal diserang HIV dipanggil "window period." (tempoh pengeraman)

Dalam fasa window period, kita mungkin tidak dapat mengesan HIV kerana bilangan virus sangat kecil untuk dikesan.

Jadi, dalam tempoh window period ada kemungkinan HIV tidak dapat dikesan. Dalam tempoh ini juga badan kita sebenarnya belum mengenalpasti virus jadi tidak ada sebarang antibodi dibebaskan.

Antibodi dibebaskan hanya apabila ada virus menyerang contohnya demam.
Apabila demam, antibodi dibebaskan. Kalau individu tersebut tidak pernah demam maka tidak pernah ada antibodi demam dibebaskan di dalam tubuhnya.

BERAPA LAMA TEMPOH PENGERAMAN INI?
Tempoh window period mungkin di antara 3-4 minggu selepas dijangkiti
(selepas aktiviti berisiko), tetapi dalam beberapa keadaan tempohnya mungkin lebih lama

Selalunya selepas 3 bulan dari aktiviti berisiko dan jika keputusannya  negatif, maka ianya adalah konkrit. Tetapi untuk menghilangkan keraguan dan atas kehendak patient, ianya boleh ditambah lagi selepas 3 bulan kemudian.

MENGAPA DALAM MASA WINDOW PERIOD KITA TIDAK DAPAT MENGESAN HIV?
Jumlah virus yang di bawah 50 copies menyebabkan badan kita belum dapat mengesan virus tersebut. Oleh itu, tiada reaksi dari antibodi kita untuk menyerang virus tersebut.

MENGAPA BADAN KITA BELUM MENYERANG VIRUS TERSEBUT SEMASA WINDOW PERIOD?
Kerana kuantitimya terlalu kecil, jadi sistem imun badan kita belum mengesan apa-apa pencerobohan dari virus tersebut.

JADI APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN?
Yang pertama, sekiranya kita melakukan aktiviti berisiko maka elakkan daripada mengadakan hubungan dengan pasangan selama window period tersebut iaitu 3-6 bulan.

Yang kedua, sekiranya kita terdedah kepada risiko, elakkan menderma darah.

Untuk pengetahuan semua, dalam borang pendermaan darah, terdapat syarat-syarat tertentu bagi menjamin keselamatan penderma dan penerima.

Antaranya ialah individu yang bekerja sebagai pekerja seks, melakukan hubungan sejenis, biseksual, melawat atau pergi ke negara-negara berisiko sehingga suatu tempoh yang ditetapkan dan orang yang sakit tidak boleh menderma darah.

CONFUSEDLAH, MENGAPA SEKEJAP KATA 3 BULAN DAN SEKEJAP KATA 6 BULAN?
6 bulan tersebut hanyalah langkah berjaga-jaga kerana kita mempunyai antibodi yang berbeza dan tahap jangkitan yang berbeza-beza. Mungkin ada individu yang hanya  2 minggu terdedah kepada risiko, virus sudah dapat dikesan dan mungkin individu yang lain memerlukan tempoh 3 bulan bagi mengesannya.

Perbezaan pendapat doctor pula bergantung kepada kepakaran dan pengalaman masing-masing. Mungkin ada yang berpendapat cukuplah sampai 3 bulan dan ada yang cadangkan supaya jalani semula ujian darah selepas 6 bulan untuk double confirm.

HUH! BANYAKNYA PERATURAN... MENGAPA?
Kerana sikap. Sikap pentingkan diri dan sikap tidak mahu memikirkan kebajikan orang lain menjadikan kita sebegini. Ramai yang dikesan menderma darah untuk mengetahui status HIVnya. Ramai yang apabila mengisi borang pendermaan darah tidak membaca betul-betul syarat-syarat menderma di borang pendermaan darah. Ramai yang sedar tapi menipu.

Jadi sebagai rakyat biasa kita seharusnya jujur apabila ingin menderma darah.

APA ITU RAPID TEST?
Bedasarkan nama kita sudah tahu ujian ini cepat. Ujian rapid test ini adalah ujian yang cepat untuk mengesan virus ini. Rapid test menggunakan kit yang disediakan. Ketepatannya adalah 99.9%. Jika positif, maka Screening test perlu dilaksanakan.

APA ITU SCREENING TEST?
Ujian untuk screening test adalah ELISA.

APA ITU UJIAN ELISA?
ELISA ialah Enzyme-Linked Immunosorbent Assay.

Setelah didapati positif HIV melalui Rapid test, maka ujian selanjutnya adalah ELISA bagi memastikan yang keputusan ujian rapid tadi bukan false positive (dalam ujian selalu ada gangguan yang menyebabkan hasil ujian berkemungkinan false positive dan false negative)

ELISA adalah ujian untuk mengesahkannya. ELISA lebih spesifik sebab kita eramkan antibodi pesakit dengan HIV. Jika ada tindak balas bermakna individu tersebut telah dijangkiti HIV kerana tubuhnya mengeluarkan antibodi HIV.

Ada juga ELISA yang menggunakan teknik mengesan antigen (virus tersebut) tetapi disebabkan virus masih terlalu, ianya tetap tidak dapat dikesan. Maka Western Blot perlu dilakukan.  

APA PULA WESTERN BLOT?
Western Blot adalah ujian untuk mengesahkan result yang telah sedia sah. Double confirm. Setelah positif melalui ujian ELISA maka ujian ini digunakan bagi menentukan kesahihan ujian ELISA.

KENAPA KITA BUAT MACAM-MACAM UJIAN INI?
Sudah pasti untuk kepentingan rawatan individu terbabit. Untuk mengesan HIV, sampel darah diambil dan dilakukan screening di mesin. Jika positif di mesin barulah diteruskan kepada ELISA dan seterusnya Western Blot.

Rapid test pun dah tepat. ELISA dan Western Blot adalah hanya untuk confirmation.


AHP: Kita doakan semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan redha-Nya terhadap beliau dan terima kasih daun keladi. Sila sebar-sebarkan maklumat ini di blog, facebook, laman web, twitter dan apa saja supaya masyarakat lebih faham. Minta jasa baik, memberi sedikit kredit kepada blog ini supaya lebih ramai melawat dan dapat manafaatnya. Bukan untuk apa-apa keuntungan peribadipun...