Jika anda disahkan / didiagnos HIV-positif dan anda mahu mengawal perkembangan virus tersebut, rawatan akan menjadi isu yang penting dalam kehidupan anda. Ia adalah komitmen sepanjang hayat. Oleh itu, anda mungkin perlu melakukan beberapa perubahan terhadap gaya hidup anda. Bahagian ini akan memberi penerangan ringkas mengenai ubat-ubatan, dan perkara yang perlu anda jangkakan semasa menjalani rawatan. Penerangan yang lebih lengkap atau sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada doktor anda.
AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.