Apa yang berlaku di dalam sel-T apabila HIV memasuki tubuh manusia?
HIV mula melakukan pembiakan di dalam sel-T dan menghasilkan lebih banyak virus HIV. HIV akan keluar daripada sel-T tersebut dan menyerang lebih banyak sel-T lain dan keseluruhan proses ini akan berulang.
Apa akan berlaku jika proses ini berterusan?
Apabila HIV meneruskan pembiakannya, ia akan memusnahkan sel-T serta sel-sel di sekelilingnya. Ini akan menyebabkan jumlah sel-T di dalam tubuh anda berkurangan. Ini mengurangkan daya tahan badan anda untuk melawan jangkitan.
AHP: Kredit untuk KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.