Monday, December 12, 2011

ISU TUNTUTAN INSURAN DI KALANGAN PLHIV



PLHIV sering berdepan dengan isu diskriminasi dalam kehidupan seharian. Antara yang biasa terjadi ialah, mereka tidak layak menuntut sebarang tuntutan rawatan daripada pihak insuran jika didiagnos sebagai PLHIV apabila dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Sikap ini turut diamalkan oleh pihak insuran yang kononnya mengamalkan Islamic system.

Belum lagi nak claim rawatan, nak buat tuntutan wad sahajapun tidak layak. Hina benar kami ya? Memang patutpun dilayan begitu? Hebat!

Isu yang timbul ialah, kenapa ianya berlaku sedangkan HIV adalah sama sahaja seperti penyakit-penyakit kronik yang lain?

Sedangkan dalam kebanyakan kes PLHIV mampu hidup sihat dan mempunyai kehidupan berkualiti jika mendapat rawatan awal dan mematuhi jadual pengambilan ubat.

Tertanya-tanya adakah kerana:

1.   Adakah HIV ini hanya untuk orang-orang berdosa dan sangat-sangat hina sehingga segala hak dan caruman mereka diabaikan begitu sahaja? Pesakit-pesakit lain tu dijamin masuk syurga semualah ya? Kami ni suka-suka sahaja mahu virus hadir dalam tubuh kami dan padanlah muka kami. Begitu?  

2.   Adilkah keadaan ini kepada mereka yang dijangkiti daripada suami, ibu kepada anak dan akibat pemindahan darah atau organ?

3.   Rawatan berterusan dan kos yang tinggi? Jadi kanser, hilang upaya, pesakit buah pinggang, jantung dan sebagainya kosnya rendahlah?

4.   Kerana HIV tiada penawar? Jadi sakit jantung, darah tinggi, diabetes, buah pinggang, hilang anggota badan tu ada penawar? Kalau jantung rosak, boleh beli spare part di kedai hardware ya? Ooo… begitu rupa-rupanya! Berapa sebungkus bang?

Itu sahajalah yang aku nak tanya. Ada sesiapa yang boleh berikan aku jawapan tak? Aku memang betul-betul nak tahu terutama jawapan daripada pihak insuran sendiri atau daripada sesiapa yang berpengalaman jual insuran.



Sampingan:

Atas komitmen yang sangat-sangat penting aku tidak dapat aktif berblog sehingga beberapa hari sebaik sahaja entry ini disiarkan. Mungkin aku masih mampu menghantar 1 atau 2 entry tetapi tidak dapat respon semua komen.

Aku yakin kita sesama rakan komuniti boleh saling tolong menolong dan anak daraku kesayanganku, AO akan bantu setakat yang termampu.

Aku juga mungkin tidak berkesempatan menziarahi blog rakan-rakan komuniti tanda sokongan.

Sama ada aku aktif atau tidak, itu bukan isu. Perjuangan mesti diteruskan dan aku tidak ada apa-apa kelebihanpun berbanding kekuatan dalaman sahabat-sahabat sendiri.  

Walau bagaimanapun jika terdapat soalan-soalan atau emel penting yang memerlukan jawapan segera secara peribadi, aku tetap cuba beri perhatian. Blog sentiasa dipantau melalui handphone.

Sebelum terlupa, kepada yang dijemput dan dapat menghadiri Majlis Perkahwinan Pengantin Istimewa rakan komuniti blog kita pada 18 Disember 2011 (Ahad) ini, kehadiran anda sangat-sangat dialu-alukan tanda sokongan.

Pengantin perempuan non-PLHIV manakala pengantin lelaki PLHIV. Sama-sama kita doakan mereka berbahgia hingga ke syurga dan segala urusan berjalan lancar, dirahmati dan diberkati.

Sila rujuk: sini

Aku sekeluarga insya-Allah akan hadir sekalipun poket sangat kering kontang ketika ini. Tolong doa-doakan segala urusan yang bakal aku lalui berjalan lancar dan diredhai.