Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Syukur pada Allah, setinggi syukur.
Yang mengurniakan sabar dan tabah, jua yang telah mengurniakan ukhuwah ini.
Selawat buat Nabi SAW. *allahumma solli 'ala Muhammad*
Insan mulia yang banyak kita kutip perjuangannya sebagai inspirasi ketabahan.
Entri ini meraih kenangan satu ketika dulu.
Yang rasanya sudah terlalu lama akibat ukhuwah yang berbekas di hati.
Sedang baru menjengah 9 bulan.
Allah jualah yang Berkuasa membolak-balikkan hati.
***
"I would like you to check this website." Kata Dr. Iskandar sambil menulis alamat laman maya seperti yang tertera di atas browser kalian.
Yup aku hadir ke sini bukan atas kerana panggilan Tuan Haji Gugel.
Aku hadir dengan tepat mengarah ke alamat laman maya ini.
Aku hadir bukan kerana sakit yang sama dikongsi.
Jauh lagi hadir kerana simpati.
Aku hadir di sini hanya kerana Dia.
Dia yang berkehendakkan kami bertemu, dan juga Dia yang berkehendakkan kita semua bertemu.
Seingat aku akhir Mac yang lepas aku bertamu, cukup aku fikir sekadar sebagai silent reader.
Membaca satu demi satu entry, sejak dari mula.
Kala final exam sedang bertamu.
King of the Finals, pada tahun keenam pengajian.
Akhirnya, tak mampu dikekang jiwa yang teringin berikan sokongan.
Melihat laman yang tika itu belum lagi meriah seperti hari ini.
Melihat sokongan yang masih belum mantap.
Bukan kerana simpati, bukan.
Tapi aku sedar dan aku jua merasa, dalam kesakitan kita juga perlu pada teman yang faham.
Lalu aku kemudian sibuk menjadi pembaca bising.
Dah tu ape dia antonim silent reader, ce cite?
Hehe.
Sudahlah kalian.
Aku macam pasti beberapa entri sebelum ini dan selepas ini barangkali banyak mencuit rasa.
Ada masa kita perlu bangkit seketika daripada segala rasa.
Bangkit bangun menguatkan diri, meletak besi pada hati.
Dah tu kata nak jadi iron man?
"HIV +ve since 28 December 2010. I'm HIV +ve and still think +ve forever!"
Wah itu adalah caption keramat aku kira.
Itu yang pertama aku lihat dan aku tangkap. *of coz tangkap guna mata*
Sangat baru, masih baru - yelah masa tu baru 3 bulan di diagnos.
Aku sangat kagum, tu je.
Abah masa tu dah sedia positif, sebab tu aku fikir Abah decide nak bukak blog ni.
Cuma masa tu abah belum cukup ampuh memandangkan yang tukang komen tak ramai yang mampu menyelami.
Makna kata dari segi merasakan stigma yang bakal masyarakat berikan.
Kami tak dapat rasa perasaan tu.
Bahkan aku sendiri, aku hanya faham apa rasanya berlagak kuat di depan semua orang.
Hanya itu.
Selebihnya aku yang kerdil dhaif ini tak mampu nak selami.
Abah | Luka Rafieqa | Mizan | Azam | Uncle Fareez | Mael | Najmi | Survivor
Jujur, tak mampu nak aku selami apa yang kalian semua rasa.
Pada rasa stigma, judgemental, negative thinking, discrimination dan prejudis masyarakat.
Dulu sidebar pendek je.
Belum wujud segala macam benda yang ada macam sekarang.
Dan belum wujud kemeriahan sokongan seperti hari ini.
Dan aku sedikit sebanyak rasa syukur atas komuniti yang telah terbina.
Yang pasti, Dia lah yang telah mengatur segalanya.
Yang telah merencanakan kesatuan hati-hati.
Abah makin lama makin terlebih positif.
Semakin kental jiwa untuk berkongsi rasa apatah lagi secara bersemuka.
Semakin lembut hatinya pada setiap patah kata yang diucapkan.
Benarlah hati yang diuji itu lebih lunak apabila kita bicara tentang kebesaran Allah.
Hati sedemikian lebih lunak pada perkara agama, dan lebih mendalam pemikirannya.
Jauh sudah Abah berfikir tentang masa mendatang, sangat jauh.
Dan yang pasti, Abah semakin penat.
Berkorban masa untuk yang memerlukan.
Tahniah.
Secara personal aku kagum dengan orang-orang seperti abah.
Volunteerism can enhance your spiritual being.
Perlu ke aku huraikan? *kau tanyalah pakcik Gugel yang terer tuh*
Aku cakap banyak-banyak pun tak guna rasanya.
Andai cakap-cakap ni jadi sia-sia tak ke mana.
Satu je pesanan penaja.
Siapa pun kita, masa kita yang berbaki ni gunakanlah untuk perkara yang bermakna.
Paling utama bicaralah tentang kebesaran Allah SWT dalam apa jua yang kita lakukan.
Terapkanlah sunnah Nabi SAW dalam tiap laku.
Hanya dengan dua perkara ini hidup kita akan berkat serta menjadi hamba yang dicintaNya.
Oh weh ni ada dalam Quran tau, try belek Surah Ali-Imran, oke?
Hanya dengan keIMANan padaNya kita akan rasa tenang.
Hanya dengan iman kita rasa damai.
Hanya dengan iman kita mampu menerima segala takdir Allah SWT dengan redha.
Hanya dengan iman kita akan bersungguh-sungguh tawakkal padaNya.
Hanya dengan iman kita akan rasa manisnya percaturan yang telah ditetapkan Ilahi.
Seriyesly!
Tak percaya?
Try lah usaha beramal atas keimanan kau sure takkan menyesal.
Moga laman ini jadi asbab hidayah buat semua ummat.
Moga laman ini jadi asbab pertambahan timbangan amalan kebaikan kita di akhirat.
Ameen ameen insyaAllah.
Dan sesungguhnya Allah jualah yang Paling Mengetahui.
AHP: Coretan anak daraku As. Lamaaa...sebelum ini, aku letakkan sebuah amanah khas untuk dilaksanakannya jika berlaku sesuatu kepadaku. Apa-apapun terserah kepada takdir menentukan. Aku yakin Allah kurniakan anakku yang seorang ini sesuatu yang amat istimewa di sebalik segala ujian yang ditempuhinya.
Untuk memahami ujian yang sedang anakku ini tempuhi, sila klik sini.