Dalam entry bertajuk “BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI KAEDAH SEBENAR PENGIRAAN VIRAL LOAD (VL) DALAM DARAH PLHIV?” sebelum ini aku menerima soalan nakal daripada 2 orang sahabat.
Daripada bro. Fareez Fauzi,
Satu pertanyaan kepada AHP:
Kalau pada mulanya virus yang banyak beribu ekor dalam darah tetapi disebabkan kita dah mula ambil ubat (HAART) virus akan jadi 50 copies (contoh) atau hampir tidak dapat dikesan.
Apa dah jadi dgn virus yang beribu sebelum ini? Adakah ianya dimatikan atau dibekukan atau ditidurkan (tidak aktif) sahaja? Baki yang ada sebanyak 50 copies adakah seperti mcm cerita 10 budak hitam?
Baki virus yang tinggal akan terus kekal berkurangan dalam kuantiti yang sedikit kerana setahu abang virus tidak dapat dibunuh selagi tidak bertemu ubatnya.
Apa pandangan adik AHP? Harap ini soalan cepumas dan akan dapat hadiah senduk (senduk emas) dari AHP , gitteww.
Baki virus yang tinggal akan terus kekal berkurangan dalam kuantiti yang sedikit kerana setahu abang virus tidak dapat dibunuh selagi tidak bertemu ubatnya.
Apa pandangan adik AHP? Harap ini soalan cepumas dan akan dapat hadiah senduk (senduk emas) dari AHP , gitteww.
Daripada ImpianSuci,
Aha... tahniah pada abg AHP. Macam abang Fareez juga, saya teringin nak tau, apa jadi pada virus yang banyak tu?
Hehehe...
Hehehe...
Mula-mula aku tak mahu melayan soalan tersebut. Banyak lagi perkara lain aku nak urus sedangkan mereka boleh tanya pakcik G (google) atau belek-belek entries lama. Lagipun aku bukan doktor. Aku sama saja seperti mereka.
Tetapi bila difikirkan ada rasionalnya terutama kepada PLHIV yang baru dan untuk tujuan kaunseling kepada para pelajar sekolah, aku sahut cabaran. ....
(p/s- hai adik-adik pelajar sekolah, hehehe...)
Aku jawab dengan cara yang paling santai, ya. Mohon teguran jika terdapat kesalahan fakta daripada golongan pakar dan cerdik pandai.
Sebelum tu tolong clearkan dulu fakta bahawa HIV hanya tersebar melalui cecair badan seperti melalui seks yang tidak selamat (tanpa kondom), ibu kepada anak (tanpa HAART dan melalui susu badan) dan akibat darah tercemar (pemindahan darah, organ atau berkongsi jarum suntikan).
Bermakna selain daripada itu tak payah risaulah. Virus hanya mampu bertahan dalam tubuh manusia. Keluar sahaja, matilah virus. Tidak terdapat dalam sperma malahan risiko jangkitan akibat berkongsi jarum suntikan dadah sebenarnya hanya sekitar 0.3%.
Melalui perkongsian jarum suntikan, risiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis lebih tinggi. Potensi jangkitan Hep B sekitar 30% dan Hep C sekitar 7%. Yang menjadi masalah ialah apabila menagih dadah, golongan ini berpotensi besar melakukan seks bebas tanpa perlindungan.
Untuk menjawab soalan, mari kita berimaginasi secara santai. Begini...
Di sebuah planet terdapat sebuah kerajaan besar yang dinamakan “Tubuh”. Rakyat terdiri daripada spesis yang dinamakan stem sel. Sistem pertahanan Tubuh dinamakan Sel CD4 (T helper)
Sel CD4 berperanan sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan Tubuh yang lain, memberitahu mereka supaya melawan apa juga makhluk asing (organisma) yang menceroboh. Askar penyerangnya pula dinamakan CD8 (T killer).
Pada suatu hari tentera musuh daripada planet asing yang dinamakan ‘virus HIV’ menceroboh Tubuh melalui cecair tertentu (mani dan darah) dan dengan selamba toyanya menggoda, bergaul dan bersenggama secara haram dengan Sel CD4 ala-ala awang Afrika di Puchong dan Mantin.
Virus melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Menyamar macam baikkk... je.
Nampak sopan santun tapi 'makan dalam' dan sangat licik macam Yahudi. Dalam lemah lembutnya virus sangat-sangat tabah. Diam-diam menceroboh dan bermutasi (fotostat) diri banyak-banyak.
Sila rujuk link ni: http://www.youtube.com/watch?v=7CLFTrZOeEg
Sila rujuk link ni: http://www.youtube.com/watch?v=7CLFTrZOeEg
(Patutnya PLHIV belajar daripada ketabahan virus. Bukannya terbalik virus lebih tabah daripada PLHIV. Bukankah kita khalifah? Makhluk lain bukan khalifah. Sebab tu bila kita ceroboh angkasa, angkasa diam. Kita tarah bukit dan gunung ganang, mereka diam. Kita menyelam ke dasar lautan, lautan diam. Kita bunuh haiwan, haiwan diam. Kalaulah kita bukan khalifah dah lama kita ni pupus dimusnahkan mereka akibat kurang ajar).
Ok, sambung cerita...
Pada permulaannya Tubuh langsung tak perasan masalah negaranya kerana rakyatnya kelihatan sihat-sihat belaka. Rupa-rupanya dah ramai rakyatnya yang rosak, askarnya dirogol, mati menjadi zombie dan pejuang-pejuangnya pula dah tak bermaya...
Bila bermesyuarat dengan para menterinya (rawatan) barulah Tubuh sedar bahawa negaranya hampir musnah diceroboh dan hampir-hampir lumpuh. Sel CD4nya yang sihat dan kuat hanya tinggal beberapa orang sahaja...
Tubuh segera meminta bantuan daripada planet jiran iaitu HAART. Syukurlah HAART segera membantu, memasuki Tubuh dan meracun segala virus HIV.
Racun tersebut menyebabkan virus mamai, lalok dan tak mampu lagi bersenggama dengan rakyat tempatan untuk melahirkan dirinya yang baru. Sebagai makhluk tuhan, ada yang akhirnya mati begitu sahaja kerana setiap makhluk punya jangka hayat.
Dengan kaedah meracun yang betul, HAART berjaya menghalang pembiakan dan melumpuhkan virus yang jahat itu.
Tetapi sebahagian kecil virus ini pandai pula bersembunyi di dalam beberapa kawasan terpencil Tubuh. Contohnya dalam tisu badan, organ, tulang belakang dan otak. Umpama Ali Baba dan 40 penyamun di dalam gua.
Kerana kelicikannya virus tidak dapat dihapuskan 100% tetapi ditekan ke jumlah yang paling minima. Sel CD4 pun ramai semula dan Tubuh kembali kuat dengan para menteri (rawatan) yang bijaksana.
Ok, itulah sahaja jawapan aku.
Faham tak adik-adik pelajar sekolah?
p/s- Hahaha.... jangan marah bro Farezz dan ImpianSuci. Marah nanti CD4 tak naik-naik. Gurau-gurau aje hilangkan tension hari Jumaat ni.
Faham tak adik-adik pelajar sekolah?
p/s- Hahaha.... jangan marah bro Farezz dan ImpianSuci. Marah nanti CD4 tak naik-naik. Gurau-gurau aje hilangkan tension hari Jumaat ni.