Ok, sambil-sambil aku tarik nafas tenangkan diri untuk update entry terbaru, aku dedikasikan lagu lama ni untuk semua komuniti blog. Ingat, ini bukan untuk layan jiwang karat ya fiq (hahaha…) Ini lagu protes dan semangat.
Maaf semua, pagi-pagi lagi wa ajak lu layan Metallica. Jiwa kacau betullah sehari dua ni. Banyak protes dalaman aku terutama penyebaran maklumat yang sangat mengelirukan mengenai HIV bertebaran di media.
Konon sempena Hari Memperingi AIDS Sedunia tapi kau orang tambahkan stigma dan diskriminasi. Sesat dan menyesatkan!
Orang media, kau orang cerdik pandai, belajar tinggi-tinggi. Pleaselah buat statement, rencana, dokumentari, kempen yang ada research dulu. Ada ke patut virus HIV boleh tersebar melalui air minuman dan sebagainya.
Kalau cerita pasal golongan nyah, pondan dan sebagainya pun sama. Tak kisah siapapun mereka, mereka manusia, saudara seagama aku. Kau orang jangan memandai nak judgmental. Benci maksiat, bukan benci individu. Kau tunjukkan sikap ‘cerdik tak boleh nak diikut’ kau orang tu depan public buat apa?
Orang agama satu hal. Bila HIV je kau kata, “ini bala”. Kurang asam betul lah kau orang ni.
I’ll fight for what I believe!
I’ll fight for what I believe!