‘frz sfn’ adalah seorang anak dara manis, non-PLHIV, punya karier dan berpendidikan tinggi. Antara pembaca setia blog ini. Mungkin kehadirannya di blog ini pada peringkat awal adalah untuk lebih memahami dan mengenali perihal isu berkaitan HIV.
Alhamdulillah lama kelamaan frz sfn terbuka hati menghubungiku dan berkongsi pengalaman. Melalui ujian yang Allah berikan, frz sfn rasa terpanggil untuk berkongsi sikap positif dan cuba memahami. Seringkali lebih positif daripada segelintir PLHIV sendiri.
Atas dasar kepercayaan terhadap sikapnya yang ikhlas, aku menjemput frz sfn turut serta semasa pertemuan kami sesama komuniti baru-baru ini. Lebih mudah untuk frz sfn memahami dan menilai sendiri bahawa adakah kami ini seperti insan yang selalu orang lain fikirkan.
Tengok sendiri lebih baik daripada berandaian. First-hand experience.. tak perlu aku bercakap seperti jurujual MLM. Cakap banyak hingga tersembur sebaldi air liur dan berbalas puluhan emel pun tak guna kalau dalaman tetap menolak kebenaran.
Buktinya ramai juga yang berpendidikan tinggi tetapi tenggelam dalam keangkuhan dan keakuan masing-masing. Sebenarnya merekalah yang lebih teruk menerima ujian berbanding PLHIV.
Hanya hidayah Allah sahajalah yang mampu membuka hijab dan menyerlahkan kemuliaan hati kita di samping sikap positif dalam diri sendiri.
Mari kita baca luahan dan perkongsian pengalaman frz sfn selepas menghadiri pertemuan komuniti tempohari.Terpulang kepada para pembaca membuat tafsiran masing-masing.
Alhamdulillah aku bersyukur melalui sendiri pengalaman bergaul dengan komuniti PLHIV baru-baru ini. Di sini aku mahu share pengalaman tersebut bersama para pembaca blog AHP ini.
Kesimpulannya sama. Mereka sama mcm kita. Bebas menjalani kehidupan masing-masing tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Mereka juga sama macam kita punya tanggungjwb pada pada diri sendiri, pada keluarga dan juga masyarakat. Apa yang aku nampak hari itu adalah realiti.
Pertemuan pertama aku one by one dengan AHP buat aku semakin berkobar-kobar untuk berjumpa dengan mereka-mereka ini. Komuniti ni benar-benar wujud bukan sekadar nick name dalam blog sahaja.
Penerimaan awal kehadiran aku di situ sangat positif. Kewujudan aku di situ tidak diabaikan. Perasaan takut dan asing pada mulanya hilang secara beransur-ansur. Kalau nak boleh ajer diorang biarkan aku seorang diri kat situ. Nah, rasakan bila kehadiran kau plak didiskriminasikan tapi itu tidak terjadi.
Mereka boleh berborak, boleh bergurau malah boleh bercerita apa sahaja. Abang Fareez hidangkan aku air, LR plak jemput aku makan n jamah apa yang ada. Mael tanpa segan silu terus bercerita. Dari cerita santai2 sampai la kisah mula2 dia sakit. Kagum sebab tanpa rasa segan atau malu dia boleh bercerita dengan aku yang baru dia kenal tanpa sekatan.
Mizan pulak suakan handfone tunjuk gambar-gambar baby boy dia. Putih gebu dan sgt comel. Sambil mengusik aku, ada juga kata-kata dia yang terkesan di hati. Malah mereka sesama mereka yg kebanyakannya baru pertama kali berjumpa pun dah mesra.
Paling aku aku kagum dan bangga sebab di hadapn aku skrg ni adalah plhiv yg sgt2 positif menyokong dan membantu satu sama lain. Sepanjang memandu balik, aku rasa macam baru lepas ditepuk dan tersedar dari mimpi.
Nah, sekarang ko boleh delete habis-habisan gambaran-gambaran negatif plhiv yang selalu kau tengok kat tv tu. Plhiv ni selalu lemah, sakit terbaring sambil terbatuk-batuk. Nak bangun pun tak larat sampai perlu dibantu. Tanpa kau sedar mereka ada di mana-mana. Hidup gembira malah mungkin lebih baik dari kita yang sihat ni.
Mengapa begitu berminat dgn hiv ni?
Jawapannya senang sahaja. Bila tak kena batang hidung sendiri kita tak sedar, kita tak ambil peduli malah tak tahu langsung. Allah tak bagi aku duit yg berkepuk-kepuk atau harta bergudang-gudang. Syukur juga sebab Allah tidak kurniakan perasaan takut dan cabut lari atau buat bodoh jer bila ada kawan bagitahu yang dia ada hiv.
Sebaliknya, Allah bagi aku satu perasaan dan kekuatan. Perasaan dan semangat untuk membantu dia kembali kuat untuk meneruskan kehidupan ini. Atas kepercayaan yang dibina antara kami, secara automatik kekuatan itu datang.
Kekuatan bagi berkorban masa, tenaga dan wang untuk menjadi pendengar setia dan acapkali kena bertukar sebentar menjadi pakar motivasi walaupun tiada tauliah. Berkorban pegang handphone 24jam instead pegang pen nak siap kerja ofis.
Belum lagi masuk bab berlakon dan ‘berbohong’ mungkin kepada ibuku bila terpaksa keluar rumah berkaitan hal ni. Apa akan terjadi rasanya kalau aku berterus-terang. Mungkin akan ada yang fikir kuatnya kau atau bangganya budak ni dengan apa yg dia buat walaupun sikit jer tak setanding AHP. Hahaha mahap yer AHP.
Aku juga pernah down dan rasa malas dah nak involve dalam benda ni bila berada dalam fasa ‘bergaduh’ dengan dia. Sebab tu aku lambat jumpa blog AHP ni. Baru sedar sepanjang dalam fasa tu aku tak google apa-apa maklumat mengenai hiv ni. Teruk kan aku. Semangat kembali datang dalam 2 3 bulan ni.
Perkongsian di blog sangat-sangat membantu aku untuk kembali membantu dia.
Soalan lain mungkin ada yang tanya tak takut berjangkit ke duduk dalam komuniti tu? Tak takut ke kalau orang pun syak kau ada hiv juga?
Takut tu akan datang bila kau tak tahu apa itu hiv. Takut tu muncul bila kau sendiri tak yakin dengan apa yang kau buat. Jadi konsepnya kena berani dan bersedia dengan apa jua kemungkinan walaupun kau terpaksa berlakon.
Takut tu akan datang bila kau tak tahu apa itu hiv. Takut tu muncul bila kau sendiri tak yakin dengan apa yang kau buat. Jadi konsepnya kena berani dan bersedia dengan apa jua kemungkinan walaupun kau terpaksa berlakon.
Satu sahaja yang aku pegang bahawa ujian Allah tu berbeza-beza untuk kita. Aku juga dari kecil telah diuji untuk kuat dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Yang paling penting ialah macam mana kita nak menghadapinya.
Pengakhirannya, semoga aku terus kuat utk membantu dia. Semoga suatu hari nanti dia juga akan menjadi seperti rakan-rakan di sini yg sentiasa kuat dan positif. Aku yakin kesabaran dan usaha aku selama hampir setahun ini akan berbayar di hujungnya nanti. Semoga ukhwah yg dibina bersama komuniti disini akan berkekalan.
Insyaallah!
frz sfn