Friday, December 02, 2011

SAKIT TANGGUNG SENDIRI


KOTA BHARU: Lelaki negara ini khususnya yang berkahwin dengan wanita Thailand berisiko dijangkiti penyakit seperti HIV kerana pasangan yang berkahwin di negara jiran itu tidak diwajibkan menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang penyakit.

Paling terdedah kepada risiko itu, lelaki yang ‘kahwin curi’ apabila kebanyakannya mengahwini wanita Thailand yang tidak diketahui status kesihatannya dan tambah sengsara jika mereka memindahkan pula penyakit itu kepada isteri pertama.

Naib Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat (Main), Abdul Aziz Che Mamat ketika dihubungi berkata, kerajaan Thailand tidak mensyaratkan pasangan yang bakal berkahwin menjalani ujian HIV.

Katanya, bagi lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita Thailand, mereka perlu menanggung sendiri risiko jika isteri dikahwini menghidap HIV.
“Kita tidak pernah memberi syarat supaya pasangan yang ingin berkahwin di sini menjalani ujian kesihatan.


Sumber: