Thursday, November 24, 2011

SEBUAH LAGI PERKAHWINAN PASANGAN HIV POSITIF DAN HIV NEGATIF


ALHAMDULILLAH...MASJID ITU AKHIRNYA TERBINA!

Semalam, seharian hatiku berbunga cinta. Entah kenapa terasa cinta wujud di mana-mana. Cinta yang aku maksudkan fitrah cinta sesama insan biasa anugerah Allah.

Aku mengadu kepada isteri-isteriku, “Kenapa hati abang sepanjang hari bagai diseru-seru, dirayu-rayu dengan cinta dan kasih sayang?”

Pelik, perasaan terasa seperti semasa muda-muda, ketika di alam pertunangan menjelang perkahwinan. 

“Ramai orang yang ingat dan doakan abang agaknya. Maklumlah ramai peminat   mengalahkan selebriti dan artis...” Usik isteri pertamaku sambil tersenyum manis.

Kurenung wajah mereka yang semakin dimamah usia. Sama sepertiku tetapi kelihatan semakin cantik dan manis pula dimataku. 

Resah gelisah dan serba-serbi yang aku buat tidak menjadi. Hati berbunga dan ingin berpuisi. Tetapi kepada siapa? “Agaknya dah dekar benar ajalku?” sempat pula aku berfikir begitu.

Rupa-rupanya petang semalam kotak emelku menerima berita indah ini:

HIV: SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA MEMBAWA KE SYURGA

Assalamualaikum AHP dan Luka Rafieqa,

Saya tidak pasti sama ada email yang saya hantar ini pada pemilik blog (http://akuhivpositif.blogspot.com/2011/10/hiv-selamat-penganti-baru-semoga.html).

Saya xxxx, cik yang diceritakan di dalam blog di atas yang ingin berkahwin dgn bakal suaminya yang HIV positif. 

Saya ingin menjemput saudara AHP (pemilik blog) dan Luka Rafieqa serta semua ahli kumpulan sokongan AHP ke majlis perkahwinan saya. Kedatangan saudara-saudara semua sangat-sangat saya alu-alukan dan saya akan berbesar hati dengan kehadiran anda semua!

Walaupun kita tidak pernah berjumpa, dan hanya berhubung melalui blog / facebook, hati saya kuat merasakan kita saling menyokong dan membantu di antara satu sama lain.

Terima Kasih dia atas sokongan kuat AHP yang memberi saya keyakinan untuk terus bangun dan menjalani kehidupan seperti orang lain.

P/s: Tolong email alamat untuk saya kirimkan kad jemputan :)

Wallahu Alam!

Syukur... Alhamdulillah! Patutlah sepanjang hari aku feeling semacam, bisik hatiku. Aku pun segera membalasnya.

Waalaikumussalam.
Syukur alhamdulillah atas segala limpah inayah, rahmat dan redhaNya.
Menangislah para iblis dan syaitan dengan berita ini.
Tahniah daripada saya kepada xxxx dan bakal suami.
Moga bahagia membawa ke syurga.
Banyak pesanan telah saya berikan sebelum ini.
Banyak tips tertentu telah dikongsi dalam berbagai entry mengikut kategori.
Teruskan bersama blog ini.
Sudi-sudikan membantu sokongan jika sudi.
Jika tidak terlalu jauh dan tidak berlapis dengan jadual lain, sudah pasti saya sangat teringin hadir.
Terima kasih atas jemputan.

Saya akan hubungi rakan-rakan lain apabila mendapat kad jemputan nanti.

Nama dan alamat:
xxxx bin xxxx, (AHP)
xx 2, xx xxxxxx xxxxxx,
xxxxxx xxxxxxxx xxxxxxx.
019 xxx xxxxx

Subhanallah! Aku bersyukur kepadaMu ya Allah. Ternyata HIV terlalu kecil bagi kecil untuk sebuah cinta agung mencari keredhaan Ilahi. Hanya yang dungu terperangkap dengan paranoid.

Kepada bakal pengantin, terimalah 2 buah lagu ini sebagai hadiah daripada kami seluruh warga AHP.