Thursday, November 24, 2011

JODOH SESAMA PLHIV. ANTARA KEPRIHATINAN, TIDAK PEDULI, SIMPATI DAN EMPATI.



2, 3 hari ni blog kita suam-suam kuku daripada komen-komen kumpulan sokongan. Masing-masing punya komitmen tersendiri. Kami sekadar saling berhubung melalui SMS. Boring juga aku dibuatnya. Jadi ini mungkin entry terakhir sebelum aku berehat seketika.

Kali ini aku masih nak bercakap topik tentang cinta. Maklumlah dalam sehari dua ni dalam hati ada taman dan dalam taman penuh bunga. Aku nak panaskan sedikit suasana. Sesekali kita ni perlu juga diprovoke supaya berfikir dengan pantas, kan? Barulah langkah tu lebih laju. Jangan marah ya! Hehehe…

PLHIV ni hanya pandai bercakap bila ujian menimpa ke batang hidung sendiri. Masalah depan mata, mereka buat-buat tak nampak dan tak mahu tolong selesaikan. Sesuai statement aku tu?

Apabila mereka putus cinta, putus tunang dan perceraian disebabkan keengganan pasangan menerima mereka sebagai insan PLHIV, mereka bersedih dan menderita.

Mereka tunjukkan segala macam hujah dan bukti bahawa PLHIV boleh hidup bahagia. Boleh dirawat, panjang usia dan mampu memiliki zuriat bebas HIV. Memang pun!

Malahan ramai yang lebih menghargai dan mampu menguruskan kehidupan sekurang-kurangnya sama atau mungkin lebih baik berbanding insan lain.

Aku setuju!

Mereka kata sejarah tak boleh diubah, berikanlah mereka peluang kedua, semua orang pernah melakukan khilaf, bla, bla, bla…

Ya… aku pun setuju!   

Yang aku tak setuju (terutamanya golongan PLHIV lelaki) ialah kenapa mereka tidak pilih untuk mengutamakan dan membela insan-insan senasib. Kenapa sekadar menjadi pemerhati dan enggan membantu golongan yang melalui penderitaan yang sama?

Ini memang aku cukup tak setuju! (kecualilah memang sudah sedia punya calon non PLHIV di luar sana) 

(Sabar, jangan cepat sangat marah, bagilah peluang aku habis menyakat dulu…)

Berapa ramai yang ketakutan, kesepian dan kehilangan harapan tetapi tidak dijeling oleh rakan senasib. Kenapa bukan kita yang memilih dan membantu mereka melalui perkahwinan yang sah, berkongsi suka-duka dan saling menyokong?

Mereka juga berhak diberi perhatian yang sama. Jangan diharap orang lain mengerti kalau kita sendiri membiarkan mereka. Siapa lagi yang lebih berhak memberikan mereka peluang kedua untuk berkongsi kebahagiaan?

Kenapa dibiarkan dan diharap kepada insan-insan yang bukan PLHIV membantu mereka? Berapa percent sangatlah peluang mereka jika begitu?

Bukan semuanya bersalah. Yang bersalahpun telah insaf dan belajar daripada kesilapan serta kembali ke pangkal jalan. Taubat menjadikan mereka sesuci bayi dan umpama mutiara yang bersinar di lembah perlumpuran. Hina sangatkah mereka?

Adakah soal dara dan teruna masih menjadi isu dalam mencari keredhaan Ilahi? OMG!

Yup, aku setuju soal jodoh ketentuan Tuhan dan masing-masing ada alasan sendiri tetapi kau orang dah cuba cari tak? Apa diratap pada yang tak sudi?

Aku yakin ada ramai sesama komuniti yang jauh lebih baik, soleh, solehah, cantik, tampan, punya karier menarik, teruji, berpendapatan stabil, keturunan yang baik-baik, berbudi bahasa dan sebagainya.   

Jadi, walaupun entry aku bunyi macam melawak tetapi cubalah fikirkan sesuatu. Serius. Cubalah…

Siapa lagi yang nak selamatkan anak-anak gadis kita yang menjadi mangsa HIV?

Begitu juga gadis-gadis atau janda-janda yang kesepian terkapar-kapar tanpa perhatian setelah mereka ditinggalkan atau tidak dipedulikan akibat diuji dengan pelbagai penyakit kronik.

Mereka juga punya rasa hati. Kekuatan dan kecantikan dalaman mereka kekal abadi tanpa dimakan usia. Apa lagi yang kau cari?

Jadi, berkorbanlah jika mahu orang lain berkorban untuk kita. Belajarlah memahami untuk difahami. Berkongsilah untuk dikongsi. Sayangilah untuk disayangi.

Apa, aku?

Aik, reverse psychology nampak? Kalau berjumpa yang solehah dan sudi, why not? Siapalah aku nak menolak takdir. Sila-silakan hantar resume. Isteri-isteri dan anak-anakku (3 orang anak sekarang ni ya, bukan lagi 2) akan jadi panel penapisnya. Hahaha…

Aku percaya kepada isteri-isteriku dalam soal ini. Mereka adalah isteri-isteri solehah penyejuk mata dan isteri-isteriku pula sangat-sangat mengenali cara pemikiran suami mereka yang separuh sewel ni.

Perkahwinan ada pelbagai keperluan. Bukan atas keperluan seks semata-mata. Ada yang sekadar mahu berkongsi rasa hati, keluh kesah, sokongan, peluang dan harapan. Ada yang semata-mata kerana cinta. Yang paling penting ianya adalah pelengkap sunnah.

Cuma sudah tentu keutamaan dan cabaran ini untuk sesama bujang dan yang masih muda di luar sana. Aku yang dah masuk kategori berumur dan jalan 3 cylinder ni focus kepada ibadah-ibadah lainlah. Nanti kau orang kata, dahlah senja, ada HIV tapi tamak tak habis-habis!  

Ok, itu sajalah aku nak share. Marah ke? Hehehe… janganlah. Aku usik-usik aje. Kalau tak puas hati dan ada apa-apa pandangan, silalah tinggalkan komen di bawah.

Aku nak tahu juga pandangan sahabat-sahabat yang lain. Ingat, jangan sekadar cakap je…