Monday, November 14, 2011

HIV & STD’s, SEKS BEBAS, PENYAKIT KELAMIN, FREE SEX, LESBIAN, HOMOSEKS, TRANSGENDER, CERITA LUCAH, SEKS SEDAP, VIDEO SEKS FREE, GAMBAR LUCAH FREE, MELAYU SEDAP, 3GP, SEKS TERLAMPAU, KOLEKSI CERITA-CERITA LUCAH, PANTAT, MELANCAP, ORAL SEX, JILAT, PUKI SEDAP, BATANG BEST DAN STIM


Sila klik imej untuk visual yang lebih jelas.



HIV & STD’s

Ambuih, melampau betul AHP. Kenapa tajuk entry begitu sekali? Dah buang tebiat orang tua ni…?

Hehehe… sabar dulu. Jangan risau, aku masih waras lagi. Virus belum sampai ke tahap merosakkan saraf di otakku. Tajuk entry tu anggap saja sebagai perangkap kepada golongan yang baru belajar nak google benda-benda tak senonoh tu.

Harapan aku daripada buat dosa free, biar dia terbabas ke blog ni. Manalah tahu kalau-kalau dia ‘terbaca’ info-info di sini, dengan harapan ada kesedaran di mindanya nanti.

Maklumlah orang kita ni benda-benda beginilah yang dicarinya sebaliknya maklumat dan info berfaedah tak dipeduli. Hakikatnya aku nak taip perkataan-perkataan tersebut pun rasa tak selesa.

Ok, sekarang sampailah masanya kita berkongsi maklumat tentang SEKS SELAMAT DAN PENYAKIT KELAMIN.

Punca jangkitan HIV melalui perkongsian jarum suntikan hanya sekitar 0.3% sahaja. Masalahnya apabila mula menagih dadah, penagih cenderung untuk turut mengamalkan seks yang tidak selamat.

Jadi boleh dikatakan bahawa punca utama jangkitan HIV adalah melalui hubungan seks yang tidak selamat. Mudah cakap, HIV dan STD’s umpama adik beradik.

Apa itu seks yang selamat?

Sudah tentu mengikut perspektif Islam adalah melakukan hubungan seks yang halal dan mengikut fitrah. Setia kepada pasangan.

Segala bentuk perlakuan seks yang tidak mengikut fitrah adalah ujian Allah terhadap mereka yang mempunyai kecenderungan tersebut. Besar pahalanya bagi mereka yang mampu berjihad untuk mengelakkannya.

Kepada yang dilahirkan mempunyai seksualiti secara normal pula, janganlah terlalu cepat menghukum.

Kita tidak berada ditempat mereka, memanglah mudah sahaja untuk berhujah dan menghukum. Faham isu betul-betul, hampiri dan bimbing mereka menghadapi ujian yang berat ini.

Memang mudah menuduh akhlak dan aqidah mereka rosak tetapi jangan lupa sikap sombong dan takburlah yang menyebabkan iblis laknatullah tercampak daripada syurga. Rosak aqidah juga bro…  

Seks yang selamat mengikut perspektif kesihatannya pula secara asas ialah menggunakan kondom.

Semua maklumat asas ini akan aku letakkan dalam kategori khas di wall blog iaitu  HIV & STD’s ( SEKS SELAMAT DAN PENYAKIT KELAMIN) untuk tujuan kaunseling dan pendidikan. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Mohon ribuan maaf kepapa para pembaca kerana akan ada beberapa visual yang tidak begitu menyenangkan. Harap difahami bahawa ianya bertujuan untuk pendidikan semata-mata. Kalau terangsang atau ghairah juga, tak fahamlah aku macamana nafsu engkau orang, hahaha…

Sebelum terlupa, jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohamad Raffie bin Jaafar untuk perkongsian ini. Semoga segala maklumat yang tuan sampaikan dapat memberikan manfaat kepada semua.

Ada sesiapa yang kenal  Encik Mohamad Raffie bin Jaafar? Cukuplah kalau aku katakan beliau adalah seorang sukarelawan yang sangat berpengalaman di peringkat kebangsaan dan international dan sering berhubung denganku melalui emel, SMS atau panggilan telefon.