Saturday, November 26, 2011

PUBIC LICE (KUTU DI BAHAGIAN KEMALUAN)


Petang semalam aku menerima emel daripada seorang pembaca blog tanpa nama, tanpa salam dan tanpa bahasa basi terus sahaja bertanya:

"Boleh citer sikit kehidupan sex saudara bersama dengan isteri? ....adakah menggunakan kondom boleh menyelamatkan keadaan?"  

Astaghfirullahal azhiim... Kalau nak ikutkan hati, mahu saja aku jampi serapahkan supaya masuk sekolah budi bahasa tetapi aku tak mahu menjadi manusia yang berjiwa kecil. 

Itu satu hal. Sesetengahnya sedap mulut je cakap “engkau aku” sedangkan umur baru belasan tahun. Tak ada salam, tak ada terima kasih. Takkan tak belajar adab. Entahlah, agaknya sebab aku ni tua dan terbiasa dengan budaya Melayu, jadi aku sensitive sikit dengan budi bahasa taraf anak-anak ni.

Mamat ni risau dijangkiti HIV dan takut untuk melakukan hubungan intim dengan isterinya. Aku pun jawab jugalah:

“Ada saya kongsikan di blog. Kena rajinlah sikit mencari. Ya, guna kondom.

Lagi satu tolonglah jangan gunakan bahasa SMS macam ni dengan aku kalau belum betul-betul kenal:

“sy xxxx...sy perlukan bantuan awk berkenaan hiv ni...plz rply my msj..
mcm mne cara pling senang nk cntct awk...?

Tapi tak apalah, aku maafkan mamat ni sebab aku dapat tahu kemudiannya baru 3 hari didiagnos. Serabutlah tu.

Semalam juga aku mendapat hadiah istimewa daripada sahabat non PLHIV yang yang cukup prihatin membantu kita di sini iaitu Anynymous One (AO). AO, kongsikan artikel tentang Phthirus pubis  (kutu kawasan genital).

Terima kasih AO, semoga perkongsian maklumat yang sangat-sangat bermakna ini mendatangkan manfaat kepada semua dan pahalanya berterusan. AO membuat aku sentiasa bangga menjalin silaturrahim dengan AO. (Perghhh... ayat cover line tahap gaban ni!)

Mari baca apa yang AO kongsikan:
  
Sejak saya tengok ruangan STDs di blog ni saya ada perasaan nak tulis artikel tentang penyakit-penyakit ni.  Jadi saya berjinak-jinak mula tulis tentang STDs ni. Kalau ada salah dan silap harap diberikan teguran. 

Pubic lice ataupun kutu di bahagian genital

Saya cuba tulis secara santai dan cuba terangkan dalam bahasa paling ringkas agar semua  faham.

Ok mari kita kenal suku sakat keluarga kutu. Secara ringkasnya  kutu manusia ada tiga jenis:

Pediculus humanus corporis – kutu badan
Pediculus humanus capitis – kutu kepala
Phthirus pubis – kutu kawasan genital






Kutu badan biasanya jarang ada di Malaysia. Sebabnya orang Malaysia biasanya akan membasuh baju dan menukar pakaian. Kes ditolak tepi.

Bagaimana pula dengan kutu kepala?
Kutu kepala terjadi kepada kanak-kanak yang biasanya duduk di asrama. Saya yakin kebanyakkan rakyat Malaysia tahu dan kenal kutu kepala malahan ramai juga yang biasa kena kutu kepala...

Okey di sebabkan terlalu terkenal maka kes ni juga kita tolak tepi.

Kutu di bahagian genital. Genital adalah bahagian kemaluan. Lepas ni kalau malu dengan doktor, cakap genital. Mari kita kenal dengan kutu ini tabiat-tabiatnya dan bagaimana untuk menghindarkanya serta rawatan yang diperlukan.

Secara umumnya kutu ini menjangkiti manusia adalah melalui hubungan intim .

Selain itu melalui penggunaan tandas  iaitu tandas duduk, berkongsi pakaian, tidur di atas tilam yang sama, kongsi selimut dan sebagainya namun hal seperti ini adalah sangat jarang berbanding dengan hubungan intim.

Haiwan tidak boleh menjangkiti manusia dengan kutu ini. Contoh bermain-main dengan kucing tidak akan menyebabkan  mendapat jangkitan ini.


Punca dan tanda-tanda jangkitan

Faktor-faktor mendapat jangkitan kutu ini ialah mempunyai ramai pasangan, mengadakan hubungan dengan pasangan yang dijangkiti dan juga berkongsi pakaian dan sebilik dengan orang yang di jangkiti.

Simptom-simptom terkena jangkitan kutu ini ialah mendapat kegatalan di bahagian genital sehingga menyebabkan kulit luka akibat di garu. Selain itu juga adalah seperti mendapat kudis akibat kesan gigitan kutu dan kesan garu.

Kulit juga boleh menjadi kebiruan akibat digaru. Kutu-kutu ini boleh berada di kawasan genital dan juga semua tubuh badan yang mempunyai  bulu contohnya ketiak dan juga bulu kening.
  
Ujian pengesahan






Cara untuk mengenal pasti kutu ini adalah dengan melihat kesan-kesan parut akibat digaru ataupun kesan-kesan gigitan.

Selain itu juga boleh dilihat ialah telur kutu yang berada di rambut di kawasan genital. Telur berwarna putih kelabu ini yang berbentuk lonjong  akan dikenal pasti.

Kutu yang dewasa pula akan dihantar ke makmal untuk dikenal pasti. Untuk pengetahuan semua kutu kemaluan dan juga kutu badan serta kutu kepala adalah sangat berbeza bentuk masing-masing. Bentuk kutu kemaluan adalah seperti ketam dan lebih bersegi berbanding kutu kepala yang berbentuk lonjong.

Disebabkan kutu ini juga boleh memberikan  infeksi kepada kanak-kanak di bahagian mata iaitu blepharitis, pemeriksaan di bahagian bulu mata harus dilakukan dengan menggunakan kanta.

Ubatan dan rawatan


Rawatan yang diberikan ialah bahan cucian seperti syampu yang mengandungi permethrin.

Caranya adalah dengan mensyampu bahagian kemaluan kemudian biarkan selama 5 minit dan bilas dengan bersih. Untuk mengeluarkan telur kutu, anda boleh menyapu cuka di bahagian tersebut untuk melonggarkan telur kutu dengan bulu.

Kemudian barulah disikat menggunakan sikat. Rambut hendaklah kering sewaktu mensyampu bahagian tersebut dengan ubat kutu.

Sementara rawatan kutu diberikan pesakit kepada yang dijangkiti kutu. Pesakit  hendaklah membasuh pakaian dan juga peralatan-peralatan tidur seperti selimut, cadar dan sebagainya dengan menggunakan air panas.

Bagi pakaian ataupun barang keperluan yang tidak boleh dibasuh hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik kemudian diikat dan dibiarkan selama seminggu untuk mematikan kutu-kutu tersebut.

Jangan di buang pula ke tong sampah.

Jika tidak berkesan, mulakan rawatan kembali selepas 4 hari hingga seminggu kemudian.

Antara rawatan lain adalah menggunakan losyen Malathione. Kaedah  membuang bulu-bulu di bahagian genital juga boleh dilakukan.

Seharusnya jika dilakukan dengan betul  dan menggunakan ubatan yang betul, pesakit seharusnya dapat sembuh dari kutu-kutu ini.
 
Langkah pencegahan

Langkah pencegahan yang pertama dan paling penting adalah dengan menjaga kebersihan diri dan tempat tidur. Sekiranya berkongsi bilik dengan orang yang kurang bersih makanya harus menjaga barang peribadi agar tidak di jangkiti kutu.

Kebersihan bilik air juga menjadi keutamaan dan yang paling penting adalah menjaga diri dari melakukan hubungan intim dengan pasangan yang dijangkiti. Dinasihatkan pesakit yang mendapat jangkitan kutu melalui hubungan seksual  hendaklah menjalani ujian-ujian STDs yang lain.

Wallahualam.


32 comments:

  1. Perkara yang paling utama untuk mengelakkan jangkitan kutu2 ini ialah menjaga kebersihan diri dan menjauhi sebarang hubungan dgn pembawa kutu itu sendiri seperti hubungan sex , perkongsian barangan asas seperti tuala , selimut dan tempat tidur.

    Selalunya kejadian ini mudah berlaku di rumah orang bujang tak kira lelaki atau perempuan yang tak tahu apa itu kebersihan. Ingat , kebersihan juga mencerminkan keperibadian dn iman kita.

    Kebersihan mulut juga perlu supaya tidak berbau dan dgn mudah mengeluarkan bahasa basi tanpa ada nilai diri dan sopan santun mengajukan pertanyaan. Kalau kita mahu jawapan dan diberi perhatian gunakan tatacara dan pendekatan bagaimana berdiplomasi dgn orang lain . Jangan terasa ya adik2 yang mungkin tak terfikir hal2 seumpama ini kerna ini teguran yang membina dari Tok Wan kepada cucu2nya.

    Gittewww.

    Fareez fauzi

    ReplyDelete
  2. Fareez fauzi,
    "Kebersihan mulut juga perlu supaya tidak berbau dan dgn mudah mengeluarkan bahasa basi tanpa ada nilai diri dan sopan santun mengajukan pertanyaan"
    hahaha... sempat juga koner ke tepi sikit ya bang!

    ReplyDelete
  3. ni baru tahu...terima kasih atas maklumat tu...mencegah lebih baik drp merawat....sebab tu dalam Islam menitik beratkan kebersihan..

    ReplyDelete
  4. NzA,
    "sebab tu dalam Islam menitik beratkan kebersihan.."
    betul...

    dan saya sendiri mendapat beberapa maklumat baru.
    sejak buat entry pasal STDs ni baru saha tahu ada kutu genital rupa2nya.

    ReplyDelete
  5. Kebersihan hati...

    Saya harap dengan banyaknya artikel-artikel STDs dapat memberikan gambaran sebenar realiti kehidupan hubungan intim kepada para remaja. Dengan itu kadar di jangkiti mungkin menurun. Kebayakkan mencari tentang HIV setelah merasakan dirinya di jangkiti ataupun telah mendapat keputusan yang mereka di jangkiti.. jadi mungkin kita boleh bantu dengan beberapa langkah kehadapan.. langkah-langkah pencegahan kepada para remaja. Wallahualam.

    Saya tahu ramai tak ambil berat akan hal ini .. kalau tahu pun x serius bila dah di diagnosis barulah nak ambil berat. Wallahualam harap sangat artikel-artikel dalam blog ni dapat mengubah persepsi banyak pihak dan mencegah itu lebih baik dari mengubati.. saya sangat2 mengharapkan konsep mencegah dapat di terapkan.. wallahualam

    ReplyDelete
  6. AO,
    insya-Allah niat yang murni akan dinilai oleh oleh Allah s.w.t
    penerangan tentang isu ini sangat penting sekalipun ada pula yang berpendapat,
    "haaa... itulah kau ajar sangat, dah budak2 tak takut buat maksiat. Dia orng tau cara nak mengelakkan jangkitan"

    ke situ pulak cornernya.

    antara maksiat dan ilmu pengetahuan sangat besar bezanya.
    wahyu PERTAMA (IQRA')menerangkan tentang peri pentingnya ilmu dalam kehidupan.

    akibat kejahilanlah ramai yang menjadi mangsa kelalaian. tanpa ilmu juga kita mudah tergoda dengan hasutan syaitan. ilmu, iman dan amal dan EHSAN pula mesti seiring. pokoknya ilmu tetap yang teratas.

    t kasih yang tidak terhingga atas perkongsian ini. insya-Allah besar manfaatnya.

    p/s- kecil2 dulu selalu main dalam semak. biasa kat kampung menebas kebun dan sebagainya. maklumlah budak kampung. tau2 melekat cengkenit, kutu babi dsbnya. itu kira kutu badanlah ya?

    tapi tak pernah tau pasal kutu genital kecuali selepas baca entry berkaitan STDs ni. ngerinya...

    ReplyDelete
  7. X tau kutu babi tu rupe macam mana. Ao pun besa tengok zaman kanak-kanak tapi x ingat . hehe

    Yag pasti cengkenit bukan kutu badan sengkenit ada dua jenis keras dan lembut masa AO belajar dulu-dulu. ya... mereka semua menghisap darah.

    Selain sengkenit ada juga Tungau yang dalam kategori yang sama masing2 mereka ni menghisap darah.

    sengkenit lebih besar dari tungau.
    Tungau ni kalau orang melayu dan femes kat malaysia adalah kudis buta..

    ermmm kutu biasanya tidak mendatangkan penyakit kecuali kutu badan. biasanya kutu ni gatal-gatal jer akibat kesan gigitan. ermm kecuali kutu badan ada membawa penyakit. Antaranya demam parit, demam relapsing dan sakit tifus epidemik....


    Kutu badan selalunya dia tak duduk dekat badan.. dia duduk di baju... contohya orang tu pakai baju setahun tak basuh.. kutu tu beranak pinak dekat baju dia lah.. bertelur di kain-kain dan jalinan bebang dekat baju... bila mangsa pakai baju.. kutu di baju akan pergi ke badan dan menghisap darah kemudian bertelur di baju. sebab tu Malaysia xder kutu badan ni kecualilah kalau dia malas basuh baju. selalunya negara-negara yang jarang mandi je hehe.

    Wallahualam.. ni kelas parasit ke ni? huhu

    owh ye sengkenit dan tungau juga membawa peyakit. Wallahualam. :)

    ReplyDelete
  8. AO,
    owh... bagusnya info ni. tengok, ada lagi salah faham.
    kalau tak diterangkan, sampai ke sudah tak faham.
    jazakallah khier...

    iskhh... ngerinya!

    ReplyDelete
  9. salam,ni benar ka atau rekaan cerita semata2...

    ReplyDelete
  10. Ya betul, kalau rekaan saya nak buat cerita kutu gajah hehe..

    Harus apa ya saya nak mereka sesuatu yang tidak bermanafaat. Kita di suruh menjauhi pekara sia-sia.

    Artikel saya mungkin ada kesalahan dan harap di tegur oleh pihak yang mengetahui hehe.

    Awak boleh rujuk link-link iniuntukmendapatkan kepastian.

    http://www.medicinenet.com/pubic_lice_crabs/article.htm
    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001844/
    http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000841.htm

    :) selamat tahun baru semoga dengan kedatangan tahun baru mengubah persepsi kita memandang dunia...

    ReplyDelete
  11. hah... Anonymous tu pehal???
    ingat ruang blog AHP ni tempat mereka cerita ke?
    ko silap tempat la bhai!!!
    kalu utusan meloya @ berita hairan tu mmg ye tempat reka cerita.
    atau ko sendiri jenis yg suka reka cerita.
    ko masuk rumah org, xde adab,
    men sukati tanye soklan mantik rendah!
    len kali pikir dulu la bhai!
    kalu setakat baru sekali dua masuk blog ni,
    ada prejudice baeeek punye mcm yg ko komen tu
    x kenal nature of business blog ni
    bek x payah kuar statement bengom mcm tu la
    buat sakit ati membacanye!!!

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    anonymous awak lain kali janganlah tanya macam tu.. sangat-sangat menjengkelkan sikap awak. Sikap awak janganlah awak berterusan begini. Saya semasa mula-mula nampak komen awak dalam hati rasa awak ni begitu "annoying" kalau awak depan saya dan tanya begini.. saya jujur jawab saya tak layan pertanyaan awak.. nak bagi senyuman pun saya fikir dua tiga kali.. bolayan lah.


    Apa yang kami kongsi di sini ialah penyakit-penyakit yang betul-betul walaupun jarang di beri perhatian. namun janglah terlalu bersikap sebegini.. kalaupun tak mampu untuk memahami.

    Saya malas nak cakap lebih-lebih nanti banyak pula leteran saya.. cuma jadilah seorang yang matang, bertindak matang dan berfikir matang.

    Ini bukan kali pertama saya menerima kritikan tetapi kali pertama saya rasa geli.. dengan kata-kata sebegitu.

    p/s kalau awak nak saya belikan doraemon atau pun hello kitty cakap yer.. saya tahu kat mana murah.

    hahaha...

    yang lain2 xyah hentam anonymous ni biarlah di nak terjun bersama-sama patung hello kittynya.

    maaf saudara/i .. sometime saya rasa perlu lukakan hati orang... ampun maaf di pinta.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Ap dah jadi ni...
    Saya kenal Annoymous One ( AO) tapi tak kenal nickname Lifejacket. yang menjadi masalah ramai yang bersembunyi dalam nickname "Annoymous' ( Inilah yang susah)

    Daripada apa yang abg hayati di atas tak ada dimana silapnya. Bukan nak menyebelahi siapa2. Sebelum menuduh atau melenting baca betul2 tentang komen2 yang menjadi punca percetusan. Abang tak faham mengapa niat yang baik sebagai 'info' kerana disebabkan perkataan 'mereka reka' disalah ertikan. Kalau salah pun tk menjadi hal , kita tegur secara berhemah sebab pengkomen tersebut ( AO ) sangat jujur hakikatnya berkongsi ilmu.

    Contoh petikan :

    1) Harus apa ya saya nak mereka sesuatu yang tidak bermanafaat. Kita di suruh menjauhi pekara sia-sia.

    ***INI PUN DAH CUKUP MEMBUAT KITA FAHAM PENULIS TERSEBUT BERFIKIRAN MATANG , cuba baca betul2.


    2) Artikel saya mungkin ada kesalahan dan harap di tegur oleh pihak yang mengetahui hehe.

    *** DAN INI JUGA BELIAU DGN RENDAH DIRI MENGAKUI , IBRAT ORG YANG TINGGI ILMU SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK.

    Keputusannya tak apa apa yang jelik , bagi abang cuma sekadar salah faham.


    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  14. **anonymous
    xde ape yg pelik dlm dunia ni kalu dgn izin Allah swt
    blaja la terima hakikat dlm dunia akhir zaman ni mcm² benda yg dulu xde, skang dah ade.
    mcm² penyakit yg dulu xde, skang dah ada.
    mcm² kuman/virus/bakteria yg dulu xde, skang dah ada.
    amek tau skek psl sains & teknologi
    kalu xde kemampuan nak percaya,
    jgn pertikaikan apa yg org lain mampu.

    ReplyDelete
  15. Ya , terima kasih , abang setuju apa yang adik katakan itu.

    Dalam pada itu sikap sabar perlu ada dalam diri kita dan menjaga hubungan sesama manusia demi keharmonian hidup.
    Kita tahu tetapi kekadang kita alpa , mcmtu lah juga diri abang sendiri. Kita manusia biasa saja tapi kita buat yang terbaik.

    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  16. Saya juga tak sabar dalam mendidik.. saya selalu nak orang berfikiran macam saya. Buat anonymous saya berikan nasihat agar awak pandai membawa diri di masa hadapan..

    :)

    ReplyDelete
  17. "Anonymous said...
    "salam,ni benar ka atau rekaan cerita semata2..."

    saya doakan selepas ini anda berfikir dulu sebelum berkata-kata. bukalah hati dan minda. apa perlunya kami merapu meraban di blog ini. ada nampak kami mengada2kan cerita ke sebelum ini?
    belajar adab sopan dik ya.
    fikirkan perasaan orang lain sebelum berkata2.
    jangan gigit tangan yang cuba menghulurkan bantuan dan ilmu kepada kita.
    sebenarnya saya boleh delete sahaja komen anda tetapi saya biarkan sebagai sempadan dan teladan kepada orang2 lain.
    belajarlah untuk lebih matang dik dan tolong sebar2kan info begini kepada rakan2 adik yang lain supaya tidak berfikiran sempit di masa depan.

    ReplyDelete
  18. Maaf adik AHP , abang dah faham duduk cerita.

    Budak2 zaman sekarang mana tau apa itu kutu babi , tungau atau sekenit. Kalau yang tau pun tak ramai kecuali yang duduk kampong lama dan yang lama bergelumang suasana kampong pait jerih merandok lumpur , menghilir sungai.

    Jangan terkejut kutu gajah pun ada tau.

    Fareez fauzi

    ReplyDelete
  19. Fareez Fauzi,
    saya pun tak tau pasal kutu gajah tu bang.
    lain istilah kut.

    cengkenit atau sekenit, tungau, hama ayam dsbnya tu biasalah.
    skenit tu, dulu2 selalu melekat kat 'telor' bang,
    tidur tergaru2, buruk benar.
    pastu ada ke patut suruh mak sapu kapur sirih, hahaha...

    ReplyDelete
  20. Ha...haa... dah ken rupanya dgn sekenit tu..

    Ingat lagi masa tahun 1988 abang ada masuk ke hutan melalui gua musang ikut kuala betis then menyusur sungai Nengeri.

    10 hari dalam hutan dan berkawan dgn orang asli lagik. masa tu lah kena serang dgn cekenit. Hee...pandai sekenit ni kenaplah di suka sangat melekat dekat tempat2 yang lebih kurang patern macam dia jugak yeekk.

    Kadang2 sekenit tu melekat kuat betul sampai susah nak cabut. huh!!! Geli hati betoi.


    Kat tempat bang ni cuca sangat gelap , dan hujan lebt. Esok nak ke IPoh hantar anak balik asrama.


    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  21. Fareez Fauzi,
    wow, saya tahu juga area kuala betis tu sikit2.
    abang buat apa di sana, cari akar kayu ke?

    cuaca kat sinipun samalah bang.
    harap2 4 disember nanti cuaca cerah.
    elok2 drive bang...

    ReplyDelete
  22. Kami pergi beramai dalam 10 orang meredah hutan , hiking bukit dan turun lembah. Bila malam takut juga siap dgn gajah dan harimau pun ada kat sana.

    Sekarang dah tua2 ni tak aktif lagi. Masa muda dulu banyak bukit dan gunung juga didaki seperti , Gunung Tahan , jerai , Brincang, Irau , Endau Rompin, Hutan Belum ,Hutan dan Gua di Baling , Hutan Hendrod kt Perak tu, Gunung Kinabalu , Gunung ledang , tebu , Bintang Utara dan lain2 lagi.
    Tersenyum sendirian teringat cerit lama....sedih pun ada dan kini aku hampir terkulai layu berbekalkan sebuah ketabahan.

    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  23. Fareez Fauzi,
    byk pengalaman menarik abang ni.
    bagus kalau dikongsi2kan sebagai renungan anak2 muda.

    bagi saya abang tak pernah yang terkulai layu.
    kalau layu sekalipun adalah fizikal tetapi tidak hati dan semangat kita bang.
    hiv takkan mampu rampas apa2 dari kita.

    ReplyDelete
  24. Yesssssss!!!

    Perdulikan semua itu , yang lepas biar berlalu. Lemah , letih , layu ,terkulai serta kesedihan tak mampu menolong apa2 kepada kita. Kena ubah sikap dan taat perintah ALLAH dgn bertaubat disertakan tabah dan bersikap positif. Pasal mati tak perlu di fikirkan sangat sebab itu hak Allah.

    Kita buat apa yang termampu dan terbaik disamping selalu berdoa dan bermuhasabah diri. Abg juga bersyukur dgn ujian ini bnyk memberi perubahan mentaliti yg jauh positif. Kalau tak lantaran ini juga tak mungkin abg bertemu dgn insan berhati mulia seperti kalian semua. Alhamdulillah.

    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  25. fareez fauzi..

    Saya ni budak kampung ... saya kenal sengkenit, tungau , kutu babi dan sebagainya cumanya saya tak berani nak cakap sebab kami belajar ikut bahasa saintifik hihi.... jadi itulah mungkin saya sangkakan itu kutu babi tapi kutu babi bagi orang lain pula.. sebab saya dah biasa dalam bidang ni kami silap analisa kalau bahasa kita ni alik2 kami guna bahasa saintifik. hehe tapi betul lah.. mungkin budak2 lain tak kenal kutu babi, sengkenit..

    saya dilahirkan kat kampung dan bangga jadik orang kampung! yeah!!!!

    saya tengah bersedih Malaysia kalah bola..

    ReplyDelete
  26. assalammualikum,kutu yg di cerita kt atas ni mudah ke kena pd pembawa hiv?atau non hiv pn bole dpt jika tidak menjaga kebersihan

    ReplyDelete
  27. Anonymous,
    ini STDs. (penyakit kelamin)
    boleh kena pada sesiapa juga yg mengamalkan seks tak selamat dan tidak menjaga kebersihan diri.

    ReplyDelete
  28. bagaimana pula jika semua bulu2 dicukur licin (pubic and armpit), adakah kemungkinan dijangkiti berlaku juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makcik Ai pakai mascara atau bulu mata palsu mcm rozita che wan tu , jgn risau.

      Makcik Ai ada lubang besar dalam blog Mak cik Ai tue , akak terkejut badak menengoknya. Tolong delete nanti Thcr Shda pengsang melihatnya kerana beliau dalam proses pengenalan.

      Tchr Shda , Enot garang ni , jgn explore jauh2 pulak.

      Delete
  29. Assalamualaikum. Ape yg abg ni katakan dlm ni semua benar dan saya tabik pada abg sebab naik kan isu ni.saya sedang mengalami masalah ni.seluruh kawasan kemaluan saya sering gatal sampai luka kalau garu.niat taknak garu tapi gatalnya mmg tak boleh tahan.kalau masa berpeluh makin menjadi2 gatal nye.yg teruk nya kegatalan tu merebak sampai ke punggung.kdg2 sy rasa taknak keluar rumah nak duduk je dlm toilet.sedih dgn ape yg berlaku harap cepat lah sy sembuh.hampir setahun saya menderita penyakit ini.

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.