Sebagai perkongsian untuk semua pembawa HIV positif, ahli keluarga mereka dan renungan bersama. against stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice!
Saturday, March 03, 2012
KISAH SITI SEBAGAI PEMBAWA HIV- KERENAH NEGATIF SEGELINTIR KAKITANGAN KKM & PARANOID DALAMAN PLHIV (BAHAGIAN AKHIR)
Sambungan dari sini, sini dan sini,
…..
PENGALAMAN CEASER
Pukul 12.45 ptg aku dibawa ke bilik rawatan kecil untuk memasukkan saluran air kencing. Aku dilayan agak kasar oleh staff nurse tu padahal aku xde pun nak kecoh2. Dia menjerit aku senyap aje. Aku buat semua yang disuruh. Aku faham mungkin dia letih tetapi tidak bolehlah dia nak jerit dan marah2 org lain. Kita ni pesakit bukan hamba yang boleh dimaki hamun.
1.30 aku ditolak masuk ke dalam bilik bedah. Di situ aku dibius dan setelah ubat bius aku bertindak, pembedahan segera dijalankan. Aku melihat bagaimana anakku dikeluarkan dari rahimku. Mereka membelah dan menjahit kembali rahimku. Alhamdulilah tiada apa yang perlu aku risaukan. Anak aku selamat dikeluarkan pada jam 2.23 ptg dengan berat 2.8kg.
Aku bersyukur dengan kelahiran anakku itu. Aku meminta untuk mencium anakku namun aku tidak dibenarkan. Menitis air mataku namun aku faham, agaknya mereka takut anakku akan dijangkiti sekiranya aku melakukan itu.
Aku diberi bantuan pernafasan selama 1 jam disebabkan keadaan aku yang terlalu lemah. Akhirnya aku ditolak keluar dari bilik pembedahan pada pukul 5.30 ptg. Suamiku sedia menunggu. Dia mengucup dahiku dan mengatakan terima kasih kerana sudi melahirkan anak untuknya.
Aku cuma mampu untuk senyum dan aku minta dia pakaikan aku stoking kerana terlalu sejuk. Aku pesan kepada suamiku untuk beri nama anakku itu xxxxx Aku x tahu mcmmana nama itu ada dalam fikiranku tetapi nama itu ilham selepas aku melihat wajah anakku.
Dalam wad suamiku sering memarahi staff nurse tu kerana melayan ku dengan teruk seolah-olah aku terlalu najis untuk mereka. Suamiku mengatakan bahawa dia akan membuat laporan atas layanan yang diberikan kepadaku.
Iye lah hospital kerajaan. Kalau boleh staff nurse tu nak semua orang di situ tahu bahawa aku pembawa HIV +ve. Dia selalu menyatakan benda yang pedas kepadaku. Waktu makanpun dia bagi aku menggunakan polistrin padahal polistrin merupakan salah satu yang boleh mudaratkan kesihatan. X kan pihak hospital tidak tahu yang HIV ni x boleh berjangkit luar daripada darah? Mintak air panas pun x dapat. Dia kata bawak sendiri dari rumah. Takut terkena botol orang lain. Boleh x cam tu???
Suamiku begitu terasa hati dengan diskriminasi pihak hospital. Ikutkan hatinya mahu saja bawakku ke hospital swasta. Bukan tidak mampu, namun aku yang hendak jimat kos di situ. Akhirnya suamiku membuat aduan ke pihak dokter dan pengurusan berkenaan staff itu yang bermulut leser dan pedas itu dan dia telah menerima surat peringatan dari pengurusan hospital.
Bukan nak kenakan dia tapi fahamilah orang-orang seperti kita ni. Jgn menghukum orang sesuka hati sekiranya kita tidak tahu mengenainya. Staff hospital, yang lebih terdedah berkenaan virus ini kenapa masih bertindak seperti ini. Suamiku membuat request staff nurse & dokter untuk menjaga aku dan semua berkenaan kesihatan aku dia tidak mahu diwar-warkan. Dia nak semua mengenai aku dirahsiakan dari keluarga. Hanya aku dan dia sahaja yang perlu tahu.
KEADAAN ANAKKU
Anakku ditahan di wad untuk perhatian selanjutnya. Selama 7 hari. Bukan aku x boleh nak tunggu tapi untuk apa anak aku ditempatkan disitu lama-lama? Hanya ambil darah sahaja. Bukan x boleh nak berulang ambil darah dan bukan x boleh aku bagi ubat kepada anak aku setiap 6 jam seperti arahan dokter. Anak aku mestilah aku akan jaga sepenuh hati aku. X kan tergamak aku nak anak aku sakit disebabkan kecuaian aku.
Dokter nak anak aku warded selama mungkin. Dia dah dapat result anak aku –ve patutnye boleh bagi aku bwk anakku pulang. Setiap hari aku akan duduk di tepi katil anak ku. X pernahku sentuh anakku itu disebabkan nurse yang jaga selalu jerit kat aku. X bagi aku pegang anak aku. Kenapa? Aku cuma boleh tengok dari jauh aje. Jiwa aku memberontak.
Aku sedih. Susu di dada ku begitu banyak namun aku tahu aku tidak boleh beri kepada anakku. Dokter telah memberi kaunseling peribadi kepadaku. Suami menenangkan aku. Ibu bapa yang dalam bilik itu mula memandang serong kepadaku dan suami. Akhirnya aku xdapat tahan sebak kat dada aku. Aku kalah akhirnya.
Suamiku mendapatkan kepastian dokter adakah penyakit aku ini boleh berjangkit melalui sentuhan dan brg2 terpakai? Jawapan dokter tidak. Suamiku bwk staff nurse yang jerit kepadaku jumpa dengan dokter dan dia mengaku salahnya. Suamikku terlalu melindungi dan sayangkan aku. Hari ke7 suami meminta anakku dikeluarkan dari wad dan akhirnya berjaya menguruskan proses mengeluarkan anakku tetapi perlu ikut temujanji yang telah ditetapkan.
WAKTU BERPANTANG
Aku berpantang d irumah mertua ku. Itu kehendak suamiku. Dia x nak aku berada di kampungku kerana aku di kawasan kampung dan berkenaan statusku mudah diketahui orang sekiranya aku di situ berbanding di tempatnya.
Aku turut aje. Ibu mertuaku menjaga aku dengan penuh kasih sayang namun dia heran kenapa aku xsusukan anak aku. Suami aku terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa dokter x izinkan atas sebab kesihatan aku yang belum stabil. Hehehe... kelakarkan!
Begitu sekali suamiku hendak melindungi aku. Dia mendaftar aku di klinik terdekat dan dia memberi tahu staff nurse tu agar tidak memberitahu ape2 kepada keluarganya. Aku habiskan masa berpantang di rumah keluarganya. Genap hari ke 44 suamiku hantar aku pulang ke rumah orang tuaku kerana dia hendak pulang semula ke Sabah.
Hati aku sedih sangat. Namun nak buat mcm mana. Dia perlu menjalankan tugasnya. Aku redha aje. Aku jalani hari seperti biasa. Dalam pada ini memang terasa sangat dengan kempen kerajaan nak para ibu menyusukan anak mengunakan susu badan. Dengan menaikkan harga susu anak usia bawah dari 1 tahun, tidak terfikirkah orang2 kerajaan untuk memberi perlepasan kepada anak2 orang seperti aku? Anakku minum susu soya..Isomil ur Snow. Itu yang pakar kanak2 suggest kepada suamiku.
Harga begitu mahal. Aku bersyukur kerana kami berdua ada pendapatan untuk menampung susu anak. Habis orang yang dok merempat sana sini, yang tidak mampu untuk membeli?? Bagaimana? Terpaksa mereka member susu mereka dan kesannya anak mereka turut dijangkiti. Kesian mereka. Aku bersyukur kepada Allah kerana dia mengambil kesihatanku tetapi dia memberi ketenangan dan kesenanganku di dunia.
TAMAT PANTANG
Aku mengambil cuti 3 bulan untuk menjaga anakku. Aku tinggalkan anakku di kampung agar orang tu ku menjaganya. Bukan sengaja aku nak tinggalkan tetapi suami hendak aku sesuaikan diri sendiri kemudian baru bawak anak aku. Setiap bulan aku balik ke kg. Perjalanan jauh 375 km aku anggap seperti dari Seremban ke KL je. Nak seribu daya. X nak seribu dalih.
Aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Ingin aku bawak anak ku itu namun keluarga berkeras untuk membela anak ku.Bukan tidak percaya pada keluarga namun hati ibu mana nak lepaskan anak. Setiap kali waktu perubatan dia aku mestikan diriku untuk ada dengan anak aku.
Aku nak tahu ape yang anak aku buat. Aku terus dengan perubatan hospital. Aku mendapatkan kaunseling dan ubat-ubatan. Setiapkali aku menerima ubat, aku akan pulangkan balik ke farmasi selepas aku cabut nama. Aku x sedia lagi nak guna ubat hospital. Maaf bukan berlagak namun aku masih ingin mencuba yang lain.
BERITA GEMBIRA
Anakku menjalani ujian darah kali ke 3. Sekiranya dia sihat dia tidak perlu lagi untuk mengambil ubat RETROVIR. Setiap hari dan malam aku buat solat hajat agar anakku sihat. Aku tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh anakku. Keputusan ujian darah menunjukkan bahawa anakku sihat dan sedikit pun tidak mengikut gen aku. Syukur Alhamdulillah.
30.04.2012.
Apabila anakku 7 bulan aku membawanya balik ke rumahku di Seremban. Benarlah seperti kata suamiku bahawa bukan mudah untuk menjaga bayi yang sendirian. Namun aku tetap tabah untuk terus bersama dengan anak ku. Dahlah ayah jauh, biarlah aku berkorban untuk menjaganya. Sekurang2 aku ada ketika dia perlukan aku.
Rasa seronok sangat bile tengok anakku membesar dengan pantas dan dia cukup berdikari. Begitu senang menjaganya. Hilang tention kerja aku. Dia yang hiburkan aku di kala aku sepi.
Aku meneruskan rawatanku dengan pakar kerajaan. Aku mengikut segala nasihat darinya. Bukan ape, aku mahu sihat. Namun ubat-ubatan tidak pernah aku telan. Aku simpan dan ada masa akanku pulangkan ke farmasi di hospital yang berbeza. Bukan niatku untuk menipu dokter tapi aku amat takut kesan sampingan yang pakar farmasi katakan.
Aku juga telah berhenti membuat rawatan di Bangi disebabkan kekangan kewangan. Namun aku meneruskan rawatan di klinik pakar. Bukan apa aku sekadar ingin mendapatkan khidmat nasihat dan memastikan bahawa aku sihat sentiasa..
Ini sahaja yang mampu untuk ku titipkan. Harap teman2 dapat tahu bahawa yang ‘Di atas’ telah mencorakkan hidup kita seeloknya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sama2 lah kita berdoa agar kita dapat kembali kesihatan kita yang telah hilang ini. Insya-Allah..
AHP: Begitu banyak erti perjuangan dan pengorbanan yang Siti telah tempuhi. Tahniah dan sama-samalah kita mengambil pengajaran.
Cuma aku tidak setuju apabila Siti mengambil risiko yang sangat yang tinggi menolak rawatan HAART terutama ketika hamil. Alhamdulillah dengan limpah dan inayahNya zuriat Siti bebas HIV kali ini tetapi belum tentu di lain masa. Virus tidak tidur sekalipun badan kita masih muda dan kuat.
Selaku pemilik blog, isu ini terlalu subjektif untuk diperbincangkan secara terbuka demi menjaga maruah Siti suami isteri. Mungkin mereka masih tidak jelas tentang risiko yang bakal mereka tempuhi. Ramai di kalangan PLHIV berpendirian sama. Sanggup menzalimi diri sendiri, pasangan dan zuriat tanpa disedari. Lagipun Siti dan suami tidak bertanyakan pendapat peribadiku melalui emel dalam soal ini.
Aku hormati setiap perbezaan pendapat individu. Kita sekadar saling berkongsi dan menasihati. Apa-apapun aku berharap sahabat-sahabat PLHIV dan pasangan mesti clear tentang maksud rawatan Islam, rawatan alternative dan rawatan complementary.
Aku buka pandangan kepada para pembaca. Pilihan di tangan masing-masing.