Thursday, March 01, 2012

HIV POSITIF: KRONOLOGI RAWATAN YANG AKU JALANI SEHINGGA 1 MAC 2012 (DOKUMENTASI UNTUK ANAK CUCU)


21 September 2010
Dimasukkan ke HoSHAS (Temerloh) kerana suspek denggi.

Semuanya berpunca apabila berlaku sedikit pendarahan berterusan di gusi selama 4-5 hari. Sebelum itu telah berlaku dalam tempoh sebulan dua tetapi on-off.

22 September 2010
Dimasukkan ke HDW (HoSHAS) pada pukul 2 pagi disebabkan result ujian darah menunjukkan bacaan platelet yang terlampau rendah.

24 September 2010
Pukul 11 pagi keluar HDW.

Alhamdulillah masalah gusi berdarah telah pulih sejak dimasukkan ke HDW (High Dependency Ward).

1 Oktober 2010
Dibenarkan 'bercuti' sebelum menjalani Bone Marrow Trephine Biopsy.

4 Oktober 2010
Masuk semula ke HoSHAS.

7 Oktober 2010
Menjalani Bone Marrow Trephine Biopsy. Pemindahan darah dilakukan ketika itu.

8 Oktober 2010 
Dimasukkan ke Isolation Room, HoSHAS

Di Isolation Room, dalam tempoh seminggu selepas menjalani Bone Marrow Trephine Biopsy, pihak HoSHAS melakukan 2 ujian HIV:

Rapid test. Serta-merta disahkan negative.

Ujian ELISA. Juga disahkan negatif apabila resultnya diketahui pada 28 Oktober 2011)

Pemeriksaan menyeluruh kesihatan seperti ujian x-ray dada, kepala, pemeriksaan jantung, paru-paru, buah pinggang, dan sebagainya menunjukkan keadaan normal.

Untuk rekod:
Berdasarkan keputusan beberapa siri ujian darah, selama menjalani rawatan di HoSHAS telah didiagnos dengan bermacam-macam penyakit kronik.

Antaranya suspek nuetropenia, multiple-myeloma, dan leukemia dengan pelbagai andaian tempoh hayat yang berbaki.

14 Oktober 2010
Keluar HoSHAS.

28 Oktober 2010
Hadir untuk review keputusan Bone Marrow Trephine Biopsy. (Neutropanic Sepsis)

Doktor Pakar yang sepatutnya memaklumkan keputusan bernama Dr. Anilah tetapi menyerahkan kepada Dr. Shakil Ganesh A/L Nokkarajoo (Pegawai Perubatan (Latihan Siswazah)) untuk menguruskannya.

Keputusan Bone Marrow Trephine Biopsy:
Sample dikatakan tidak cukup dan ujian tidak perlu.

Ujian ELISA:
Disahkan HIV negative.

Sample darah tersebut katanya dihantar ke HTAA (Kuantan). Beberapa fail penting rawatan dikatakan telah ‘hilang.’ Wallahu a'lam! 

Dr. Shakil Ganesh A/L Nokkarajoo diarahkan supaya kes ini dirujuk ke Hospital Ampang bahagian Hematology.

19 November 2010
Hadir ke Hospital Ampang.  Tidak dimasukkan ke wad tetapi doktor yang bertugas memaklumkan bahawa beliau sendiri akan menghubungi HoSHAS disebabkan beberapa maklumat penting tidak disertakan. Sample darah diambil lagi dan tidak dinyatakan dengan jelas keperluannya.

22 Disember 2010
Hadir temujanji biasa ke Hospital Ampang dan didiagnos HIV positif dan HCV (Hepatitis C).

Dr. Lau Ngee Siang di Hospital Ampang bertanyakan sejarah aktiviti seks dan penyalahgunaan dadah. Aku menafikan melakukan apa juga aktiviti yang boleh mengakibatkan aku dijangkiti HIV.

Sekali lagi sample Bone Marrow Trephine Biopsy dikatakan tidak cukup dan tidak perlu dilakukan. Doktor juga enggan menjawab kenapa ujian HIV aku sebelum ini membuktikan aku negative.

Dr. Lau Ngee Siang di Hospital Ampang meminta aku membuat pilihan untuk menjalani rawatan sebagai PLHIV sama ada di Hospital Sungai Buloh atau HTAA (Kuantan).

Aku memilih HTAA tetapi terlebih dahulu menjalani ujian darah sekali lagi (termasuk Western Blot) di Kuantan Medical Center – KMC (hospital swasta) dan mendapatkan kaunseling dengan Dr. Suhaimi Ayoub.

28 Disember 2010
Dr. Suhaimi Ayoub mengesahkan aku HIV positif, tetapi tidak Hepatitis C.

Atas beberapa alasan tersendiri, aku enggan mendapatkan rawatan di HTAA. Dr. Suhaimi Ayoub mencadangkan aku menjalani rawatan dengan Dr. Iskandar Firzada bin Osman di KK Jaya Gading, Kuantan.

14 Januari 2011
Temujanji pertama dan bermulalah sejarah rawatan dengan Dr. Iskandar Firzada bin Osman di KK Jaya Gading, Kuantan.

12 Mac 2012
Akan hadir temujanji dengan Doktor Pakar Hematology  di HTAA. Kemungkinan besar prosedur Bone Marrow Trephine Biopsy akan dilaksanakan semula.

Jika dilakukan, sebagai pesakit diabetes dan PLHIV risikonya tinggi dan result yang bakal dihadapi nanti semuanya menjurus ke arah penyakit-penyakit kronik yang telah disebutkan atau setidak-tidaknya penyakit thrombocytopenia dan anemia yang sedia ada.


AHP: Akan bermulakah satu lagi fasa baru kehidupan yang telah diaturkanNya? Syukur Alhamdulillah…