Tuesday, September 30, 2014

APABILA DOKTOR TERLALU TERBUKA BERKONGSI PENGALAMAN PERIBADI MERAWAT PATIENTS



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.



Sila baca link ini:





Dari Bilik Mayat 001 : Bila Pesakit AIDS Kerasukan
September 30, 2014


“Dr. Syamirul….datang cepaatt!!”

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Jeritan dari jururawat mengejutkan Dr. Syamirul yang ketika itu sedang memeriksa seorang pesakit yang baru masuk.

“Sekejap ya tuan, ada kecemasan.” ujarnya pantas, sebelum meluru ke hujung wad lelaki tersebut.

Terkejut beliau melihat keadaan pesakit berusia 20-an itu. Meronta-ronta dengan matanya kemerahan. Hampir 5-6 orang jururawat sedang memegangnya. Dr. Syamirul cuba membantu.

“Doktor! Jangan lupa ini!” tegur seorang jururawat pantas, seraya menghulurkan dua pasang sarung tangan getah dan penutup muka.

“Double layer, doktor!” Pesakit tersebut HIV positif, dalam keadaan Viral Load nya tinggi. Bermaksud highly contagious.

Beliau meronta-ronta lagi. Jelas terpapar wajah ketakutan pada staf-staf yang memegangnya. Bukan hanya takut pada keadaan yang saspen tersebut. Juga bukan hanya takut kepada keadaan pesakit yang ngeri, dipenuhi Kaposi Sarcoma dan ulser berdarah di mulutnya. Tetapi juga pada kerisauan dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Dan kerisauan tersebut menjadi kenyataan, apabila tiba-tiba sahaja pesakit tersebut menyemburkan darah dari mulutnya. Butir-butir darah termasuk darah beku yang kehitaman melekat pada baju dua tiga orang jururawat dihadapannya.

“Tekan dia, tekan pada bahagian sendi!” arah Dr. Syamirul, melihat keadaan yang semakin tidak terkawal tersebut. “Restrain cepat!” Beberapa orang jururawat datang membawa kain pengikat, menambat pesakit tersebut pada tiang katil.

“Apa yang jadi sebenarnya ini, makcik?” tanya beliau kepada ibu pesakit tersebut yang menangis ketakutan.

“Tadi dia tidur elok sahaja, makcik pun tidur disisinya. Tiba-tiba sahaja dia bangun terduduk, mengoyakkan bajunya dan mencabut jarum (branula) di tangannya. Kemudian dia terus menjerit dan mahu bangun.”, cerita makcik tersebut, terketar-ketar.

“Ini luarbiasa ni. Kalau dalam perubatan, dipanggil Psychotic Break. Perlu ke aku bagi ubat tertentu?” minda Dr. Syamirul bercelaru.

“Staffnurse, prepare IM Haloperidol satu. Ready untuk jab anytime keadaan jadi teruk.” arahnya. Haloperidol adalah sejenis ubat anti-psikotik yang cukup kuat.

“Syeikh, datang tolong!”, seorang jururawat memanggil salah seorang pesakit didalam wad tersebut. Syeikh, gelarannya (bukan nama sebenar), seorang yang pernah belajar di sebuah sekolah pondok di selatan Thai.

“Engkau mesti tahu kan tolong baca doa apa-apa kat dia!”

Syeikh datang dan menghampiri pesakit tersebut. Setelah mengenakan sarung tangan dan penutup muka, beliau memegang ubun-ubun sambil membacakan doa dan ayat suci AlQuran. Pesakit itu menjegilkan matanya. Mula ke arah Syeikh, kemudian ke arah Dr. Syamirul. Seterusnya seperti mengekori sesuatu.

“Ada benda masuk dalam badan dia ni, doktor!”, ujar Syeikh.

Dr. Syamirul cuma membisu. Sukar untuk dia menentukan di mana dia berada ketika dalam situasi ini. On one hand, fenomena mistik dan paranormal yang tidak dijelaskan melalui sains. Tetapi wajib untuknya mempercayai kewujudan perkara ghaib seperti ini. On the other hand, beliau mempunyai asas untuk menjelaskan fenomena ini dari sudut sains, dan merawatnya dengan ubat-ubatan sains.

Gangguan jin makhluk halus kah? Atau psychotic break kah?

“Yang mana satu perlu dan patut aku pilih?”

Pesakit tersebut meronta dengan lebih kuat. Diterajangnya jururawat di hadapan, ditariknya kain pengikat sehingga terlucut, lantas cuba melompat keluar dari katil. Segera beberapa orang staf yang lain menangkapnya dan menekannya ke katil semula. Sehelai kain diletakkan di hadapan mulut pesakit tersebut, menghalang dia menyemburkan darah sekali lagi.

“Akak, bagi IM Halo kat dia stat, 1 ampule!” Dr. Syamirul memberikan arahan. “Tak apa Syeikh, Syeikh sambung baca doa, saya cuma pastikan keadaan dia tidak bertambah buruk sahaja.” ujar Dr. Syamirul kepada Syeikh, dibalas dengan anggukan. Mengapa perlu memilih antara dua! Dr. Syamirul memutuskan untuk “cover” kedua-duanya. Biarkan Syeikh berusaha dengan caranya tersebut, sedangkan dia, cover untuk aspek sains perubatan.

Doa terus dibaca, sesekali dilaungkan azan ke telinga pesakit tersebut. Tatkala itu seisi wad telah terjaga, masing-masing curiga ingin mengetahui apa yang terjadi. IM Haloperidol diberi. Namun pesakit tersebut tetap masih meronta-meronta. Haloperidol seolah tiada kesannya. Syeikh juga, merecik habis peluh di dahinya.

“Hoi makhlukk..keluaar kau dari badan ini!” jerkahnya. Sebijik macam movie Melayu seram. Setengah jam berlalu, pesakit masih dalam keadaan “kerasukan”.

Dr. Syamirul berlalu seketika, mendapatkan telefon dan menelefon doktor MO malam yang oncall. Kes dan situasi dimaklumkan, dan arahan diterima – jika pesakit masih lagi tidak bertenang, set branula dan bagi IV Midazolam kepadanya, mulakan dengan dos rendah 2 – 3mg. Midazolam adalah ubat sedatif, selalunya diberi kepada pesakit yang menjalani pembedahan (agar tidak sedar).

“Akak, prepare Midazolam, bagi 2.5 mg dulu.” Dr. Syamirul menuju ke pesakit tersebut, sambil membawa set branula.

“Pegang dia kuat-kuat!” ujar beliau, sambil jarum branula itu ditusuk masuk ke kaki kiri. Mujurlah, sekali cuba, terus masuk. Tak lama kemudian, pesakit meronta kembali. Terus-terusan menjerit. Cumanya, kali ini, menjerit dalam Bahasa Siam. Menurut ibunya, pesakit tidak pernah mengetahui Bahasa Siam. Pesakit terus-terusan meronta.

“Syeikh, macam mana ni?” tanya Dr. Syamirul. Syeikh sedang menekan/memicit ibu jari kaki pesakit dengan biji habbatussauda. Katanya habbatussauda itu telah dibacakan 720 juzuk AlQuran di pondoknya. Salah satu ikhtiar beliau.

“Saya tak dapat la doktor. Kuat sangat, saya pula bukannya arif sangat berhadapan perkara-perkara sebegini.”

“Tak apalah macam itu. Saya bagi ubat sedatif satu lagi kat dia, yang ini lebih kuat.” Syeikh cuma mengangguk, akur.

“Akak, bagi IV Midazolam kat dia.”

Jururawat menyuntik ubat tersebut melalui branula yang dipasang. Pesakit menyeringai, merenung Dr. Syamirul sambil tersengih. Memperolok-olok, mungkin. Sekejap sahaja, tak sampai 10 minit, pesakit tersebut mula lalok. Alhamdulillah.

Seluruh katilnya basah dek peluh. Para jururawat dan staf juga sudah mula melepaskan pegangan mereka, ada yang terduduk kepenatan. Ada yang meluru ke bilik air, membersihkan kesan darah yang ada pada pakaian.

Dr. Syamirul, kembali ke kaunter hadapan. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Malam masih muda. Pesakitnya yang sebelum itu masih belum habis diperiksanya. Lagi setengah jam, dia sudah perlu mula mengambil darah-darah para pesakit. Fail pesakit “kerasukan” itu dibuka, lantas dicoretnya laporan mengenai kejadian malam ini.. apa yang pasti, there’s going to be a long explanation to his boss, coming morning.

One hell of a night!




Isu ini mungkin picisan bagi masyarakat awam, tetapi tidak bagi PPWM.

Apabila aku terbaca sharing pengalaman doktor ini, aku segera terbayangkan cara penulisan wartawan majalah misteri dan sensasi.

Aku percaya beliau seorang doktor yang masih muda, sangat komited dengan kerjayanya sebagai doktor, dan sangat berbakat dalam bidang penulisan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak sepatutnya terlalu terbuka berkongsi pengalaman beliau merawat patients kerana ianya adalah sulit (walaupun tidak dinyatakan identiti patients secara detail dan pusat rawatan).

Ianya boleh menimbulkan salah faham. Tersilap langkah boleh melanggar etika.

Walaupun niat asalnya murni, tetapi objektif tidak akan menghalalkan cara kerana daripada perkongsian tersebut jugalah masyarakat awam dapat menilai dan mengesan ketepatan sesuatu standard of procedure (SOP) yang diambil semasa rawatan.

Penulisan beliau juga sangat mempengaruhi masyarakat kerana ditulis oleh seorang medical practitioner.

Persoalannya sekarang ialah:

1. Adakah wajar doktor tersebut berkongsi kisah aib patients (PLHIV) ini dengan public? Sama seperti segelintir guru yang mendedahkan video atau aib murid di media eletronik. Wajarkah?

2. Tepatkan segala SOP yang diambil semasa berdepan situasi cemas tersebut? Aku yakin, jika ianya dibaca oleh golongan profesional lain dalam bidang rawatan dan perundangan, terdapat error di sana sini.

3. Bukankah risiko patients meracau boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jenis penyakit terutama jika jangkitan kuman telah tersebar ke otak (cerebral toxo) atau mungkin (sekadar MUNGKIN) disebabkan oleh faktor-faktor amalan mistik (syaitan)?

4. Tepatkah seorang doktor melabelkan patients PLHIV mereka sebagai "Pesakit AIDS"?

5. Adakah pernah berlaku jangkitan HIV melalui percikan darah PLHIV yang terdedah di udara di luar tubuh dan jika benar, berapa peratuskah statistik jangkitan HIV melalui cara tersebut?

6. Kenapa hanya pakai double layer gloves jika berisiko dijangkiti? Lebih elok sepuluh layers supaya lebih selamat.

7. Adakah boleh melibatkan patients lain di wad yang sama dalam situasi cemas tersebut? Bagaimana jika patient tersebut ('pak syeikh') turut terkena percikan darah dan bagaimana jika tidak memakai double layer gloves?

8. Adakah ibu PLHIV tersebut telah dinasihatkan supaya sentiasa memakai gloves dan rain coat sebagai double protection jika langkah tersebut adalah mengikut standard universal precaution semasa menjaga anak beliau?

9. Adakah perkongsian begini dapat mengurangkan stigma, diskriminasi, judgemental, dan malpractice dalam masyarakat? Sedangkan jauh lebih ramai PLHIV yang hidup normal dengan pelbagai bidang profesional dan berbakti kepada masyarakat di luar hospital. Jangka hayat mereka panjang, sihat walafiat, dan meninggal dunia atas sebab-sebab biasa.

10. Adakah perkongsian begini dapat membantu matlamat Getting To Zero, sifar jangkitan baru, zero AIDS, dan sifar diskriminasi?




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Monday, September 29, 2014

KANAK-KANAK PLHIV & HAEMOPHILIA TIDAK DIBENARKAN BERKHATAN?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Terdapat sebahagian pengamal perubatan berpendapat bahawa kanak-kanak PLHIV tidak perlu berkhatan kerana ianya bahaya kepada kanak-kanak tersebut atau kepada surgeon atau mudim. Betulkah begitu?

Sebenarnya, tiada sebarang masalah kepada kanak-kanak PLHIV untuk berkhatan. Apatah lagi jika bacaan CD4 tinggi dan viral loadnya rendah.

PPWM pernah terlibat membantu merealisasikannya dengan pertolongan Dr. Iskandar Firzada bin Osman. Terbukti ianya tidak mendatangkan sebarang masalah.

Berikut adalah pandangan oleh Dr. Iskandar Firzada bin Osman, Doktor Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan, Pahang merangkap Penasihat PPWM dalam isu ini.

“Sumber rujukan utama kami adalah JAKIM dan Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM.”

Hukum Berkhatan Kanak-Kanak PLHIV

Setakat ini, hanyalah kanak-kanak dengan penyakit haemophilia dan cacat akal sahaja yang tidak wajib berkhatan. Sebabnya dikuatiri kanak-kanak tersebut akan mengalami pendarahan semasa prosedur berkhatan.

Walau bagaimanapun, doktor-doktor pakar masih menjalankan prosedur berkhatan untuk kanak-kanak haemophilia dengan memberikan ubat Factor VII atau Factor IX, dan sebagainya bergantung kepada masalah haemophilia tersebut, sebelum prosedur berkhatan dan sebaik sahaja selepas berkhatan.

InsyaAllah, dengan langkah tersebut, mereka tidak akan mengalami pendarahan selepas berkhatan.

Berikut adalah jawapan kepada soalan yang saya tanyakan kepada Sistem Kemusykilan Agama di portal IslamGrid:

Assalamua'alaikum wbt,

Soalan anda adalah seperti berikut:

41944. Assalamualaikum. Apakah hukum berkhatan untuk kanak-kanak Muslim yang menghidap HIV?

Untuk makluman, soalan anda telah dijawab. Jawapannya adalah seperti berikut:

Wajib berkhatan bagi kanak-kanak Muslim tersebut setelah mendapatkan pandangan doktor pakar perubatan Muslim bahawa ia tidak membawa apa-apa implikasi yang negatif kepada kanak-kanak tersebut.

Untuk makluman, soalan anda tidak akan dipaparkan di laman web Kemusykilan Agama IslamGrid kerana Panel menganggap soalan tersebut terlalu peribadi."

Saya (Dr. Iskandar) turut meminta pandangan Dr. Basri Ibrahim, rakan Pakar Perubatan Keluarga dari Terengganu yang merupakan Pensyarah KUSZA, kini UNISZA iaitu seorang penulis buku fekah perubatan semasa.

Jawapan beliau:

Berkhatan (sebutan betulnya adalah berkhitan) bagi lelaki adalah wajib dalam aliran Syafie.

Jatuhnya wajib tersebut akibat daripada menjaga kebersihan diri dan demi untuk menjalani ibadah. Sementalahan ianya adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Hadis yang menyarankan kewajiban berkhatan adalah riwayat daripada Abu Daud.

Kerunsingan jangkitan kepada peng'khitan' (surgeon atau mudim) juga harus diambil kira mengikut pandangan Wahbah Az Zuhaili, dan wajib dijaga kemashlahatannya. Ini penting bagi menjaga 5 tunggak Maqasid Syariah tersebut.

Apabila bertembung antara dua kewajiban tersebut (wajib khitan vs wajib menjaga surgeon atau Mudim supaya tidak dijangkiti), kita harus mengambil kemaslahatan yang lebih utama (salah satu hukum fekah).

Hukum itu tergantung kepada surgeon atau mudim yang akan menjalankan pembedahan tersebut. Jika beliau merasakan risiko jangkitan adalah minima (juga berdasarkan beberapa kes ibu HIV yang menjalani pembedahan caesarean dan beberapa fakta saintifik yang menyatakan bahawa tiada kes lagi seumpama itu menyebabkan jangkitan kepada surgeon atau mudim), maka kewajiban berkhitan adalah lebih utama maslahatnya.

Dr. Haji Suhazeli Abdullah
Terengganu.

Alternatif

Jika sekiranya yang dikhuatiri adalah jangkitan kepada yang menjalankan prosedur, insyaAllah banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya berlaku.

Misalnya tentukan universal precaution dipatuhi dengan menggunakan kaedah yang kurang pendarahan seperti clamp dan menjalankan prosedur tersebut pada waktu akhir bekerja atau senarai terakhir supaya peralatan pakai semula boleh disuci hama pada malam tersebut. Tidak ada alasan kenapa tidak boleh dilakukan dengan selamat.

Isu-isu Berkaitan

Disertakan petikan daripada Bahagian Pengurusan Fatwa untuk rujukan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Khatan Bagi Pesakit Haemophilia Dan Kanak-Kanak Cacat Akal. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pesakit haemophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit.

Walau bagaimanapun, aspek thaharah bagi pesakit haemophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.

Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya.

Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadat termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk.

Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

Keterangan / Hujah:

Haemophilia adalah penyakit yang melibatkan kegagalan fungsi darah di mana darah pesakit tidak dapat membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembeku dalam darah (clothing factor). Pakar perubatan belum menemui ubat bagi merawat penyakit warisan (genetic) ini dan pesakit akan menderita sepanjang hayat.

Pesakit haemophilia akan mudah mengalami pendarahan walaupun hanya berpunca daripada kecederaan kecil seperti pendarahan dalam sendi tulang, pendarahan hidung, bahkan pendarahan dalam otak.

Menurut fuqaha’, sebarang penyakit termasuk penyakit keturunan adalah perlu dihindari, dirawat, dan diubati. Dalam konteks ini, prinsip pencegahan (al-wiqayah khairun minal ‘ilaj; mencegah lebih baik daripada mengubat) daripada sebarang bentuk gejala yang menjejaskan kesihatan menjadi pegangan.

Ia selaras dengan tujuan syariat Islam (maqasid al-syari’ah) yang pada asasnya untuk menjaga lima perkara utama iaitu:
Memelihara agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan.

Atas asas ini juga hukum taklif hanya ditujukan kepada orang Islam yang memenuhi syarat untuk melaksanakan ibadat.

Beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dikaitkan dengan kelonggaran yang wajar diberi kepada kedua-dua golongan dan kekecualian daripada melaksanakan amalan berkhatan iaitu:

- Tidak ada kemudharatan dan tidak memudharatkan.
- Dharurat boleh menghapuskan larangan.
- Kemudharatan hendaklah dihapuskan.

Haemophilia merupakan sejenis penyakit di mana aliran darah tidak dapat berhenti walaupun setelah dijahit. Penyakit ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut.




Mengikut prinsip Islam, penjagaan terhadap nyawa amat diutamakan dan sekiranya kewajipan berkhatan ini boleh mendatangkan mudharat kepada pesakit haemophilia, maka kewajipan tersebut digugurkan.

Dalam semua kewajipan yang diwajibkan ke atas umat Islam, akal yang waras adalah antara syarat utama. Sekiranya seseorang itu mengalami cacat akal yang teruk atau gila, tiada taklif ke atas seseorang itu untuk melaksanakannya.

Terdapat juga beberapa teknik baru untuk mempercepatkan proses bersunat dan masa pemulihan. Ini termasuk menggunaan alat ‘clamps’ seperti TaraKlamp (dicipta di Malaysia) dan SmartKlamp.

Secara ringkasnya, alat-alat ini dipasang pada foreskin sebelum ianya dipotong. Clamp ini akan dibuka setelah lukanya agak kering. Alat ini juga akan melindungi bahagian luka dan glans penis. Masalah pendarahan sangat-sangat minima."


Nota PPWM:
Semoga lebih ramai lagi doktor-doktor Muslim bersikap begini suatu ketika nanti. Sesungguhnya skop dakwah dan ibadah sangat luas.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie



Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com




Friday, September 26, 2014

HIV & AIDS TIDAK PERNAH MENJADI PENYEBAB KEMATIAN PLHIV



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Salinan asal punca kematian PLHIV yang dicatatkan pada tahun 2014!



"HIV dan AIDS tidak pernah menjadi penyebab kematian PLHIV. HIV melemahkan sistem pertahanan badan PLHIV sekiranya TANPA rawatan. Apabila ianya berlaku, banyak penyakit akan mudah terjadi atau berjangkit. Contoh, TB, pneumonia, toxoplasmosis, dan sebagainya. Itulah penyakit-penyakit yang akan menyebabkan kematian."
- MGDA (Exco PPWM)


Penyakit-penyakit tersebut dapat dirawat dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap non-PLHIV. PATUH kepada rawatan dapat mengelakkannya daripada berlaku.

Dengan rawatan, PLHIV akan meninggal dunia atas sebab-sebab biasa seperti akibat penyakit jantung, darah tinggi, dan diabetes.

Sehingga sekarang, masih terdapat kes bahawa punca kematian PLHIV dicatatkan disebabkan oleh AIDS.




Perlu difahami bahawa HIV adalah virus yang sangat lemah dan hanya berjangkit dengan beberapa cara sahaja. AIDS pula sekadar indicator terhadap tahap kesihatan PLHIV semasa menerima rawatan. Bukan nama khusus sesuatu penyakit.

Jika PLHIV tersebut meninggal dunia akibat TB, nyatakan sahaja akibat TB. Tidak ada sesiapa pun akan mencabar kenyataan tersebut dan jika dinyatakan, untuk apa?

Analogi:
PLHIV yang sihat walafiat dan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, tidak berkenaan langsung apabila punca kematiannya ditulis disebabkan oleh AIDS.

Jika AIDS dinyatakan sebagai punca kematian, ianya akan memberi kesan stigma dan judgemental yang besar terhadap affected people.




Terutama jika mereka ada anak-anak yang masih meneruskan persekolahan, melanjutkan pelajaran, memohon bantuan biasiswa, urusan pembahagian pusaka dan sebagainya yang memerlukan salinan sijil kematian ibu atau bapa mereka disertakan.

Bayangkan apabila AIDS dinyatakan sebagai punca kematian. Kita telah mendedahkan aib mereka dan menyebabkan mereka terpaksa berdepan isu stigma, diskriminasi, dan judgemental yang tidak sepatutnya berlaku.

Semoga lebih ramai pihak yang peka TERUTAMANYA pihak yang akan menyatakan atau mengesahkan punca kematian PLHIV.





Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Wednesday, September 24, 2014

ADAKAH INI STIGMA DAN DISKRIMINASI ATAU S.O.P. KKM TERHADAP PLHIV YANG PERLU MENJALANI RAWATAN DI SESEBUAH HOSPITAL?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Isu ini mungkin remeh bagi sesetengah orang, tetapi sangat besar kesan psikologinya kepada infected dan affected people. Termasuk untuk memperbetulkan mind setting masyarakat terhadap HIV.

Kisah benar ini berlaku di sebuah hospital ketika salah seorang ahli PPWM menziarahi ahli keluarga beliau.

PLHIV tersebut ternampak 2 ambu bags dalam 2 containers berasingan di satu sudut RUANG PEJALAN KAKI AWAM dalam wad hospital tersebut dan tertanya-tanya rasional ianya perlu dilakukan:

1. For HIV only (Bold dan BESAR tulisannya)
2. For normal patients

Apakah kaitannya ambu bag dengan cara jangkitan HIV? Tolong berikan rasional kenapa tindakan tersebut perlu diambil.

Disebabkan ianya boleh dilihat oleh orang awam, sepintas lalu, sesiapa pun akan terfikir bahawa, "Wah, ada langkah-langkah khas kepada patients HIV. Baguslah kerana 'penyakit' ini bahaya dan mudah berjangkit!"

Adakah PLHIV patients tidak normal dan membahayakan patients lain?

Atau adakah alasannya kerana PLHIV yang memerlukan ambu bag ini disebabkan mereka biasanya telah dijangkiti dengan pelbagai jangkitan penyakit lain berkaitan pernafasan yang mudah tersebar melalui udara? Atas alasan tersebutkah langkah tersebut dilakukan?

Jika begitu, adakah non-PLHIV patients yang dijangkiti penyakit berkaitan pernafasan tidak membahayakan patients lain (yang memerlukan ambu bag) jika ambu bag tersebut "for normal patients" sedangkan cara jangkitannya tetap sama?

Logiknya, risiko jangkitan melalui pernafasan (bukan salah satu cara jangkitan HIV) adalah sama sahaja kepada mana-mana patients, bahkan PLHIV berkemungkinan lebih mudah terdedah kepada risiko jangkitan jika imuniti tubuh mereka lemah.

Yang lemah sepatutnya kita lebih lindungi. Kenapa seolah-olah kita biarkan yang lemah dalam bahaya?




Adakah ambu bag "for HIV only" ini lebih istimewa sehingga jangkitan melalui udara sukar tersebar kepada PLHIV? Bagusnya!

Adakah kerana dibimbangi berlaku pendarahan kawasan pernafasan PLHIV semasa menggunakan ambu bag (sehingga menyebabkan berlakunya risiko jangkitan HIV –kononnya!) dan memerlukan pengasingan?

Jika begitu, PPWM cadangkan agar diwujudkan hospital-hospital dan wad-wad khas untuk PLHIV supaya seluruh rakyat Malaysia lebih selamat.

Bagaimana dengan hak PLHIV itu sendiri sebagai patients yang sepatutnya diberi perlindungan yang sama daripada apa juga jenis jangkitan penyakit terutama jangkitan yang mudah tersebar melalui udara daripada PLHIV yang pernah menggunakan ambu bag "for HIV only" sebelum ini?

Adakah ini prosedur standard di semua hospital seluruh negara atau di hospital tersebut sahaja?

Apabila kami tunjukkan gambar ini dan ajukan soalan kepada beberapa orang doktor, jururawat, dan pembantu jururawat di hospital masing-masing, mereka mengatakan tidak pernah melihat pengasingan tersebut dilakukan dan bersetuju ianya tiada kena mengena dengan jangkitan HIV. Setiap patient adalah sama.




Adakah ini ada kaitannya dengan stigma dan diskriminasi? Stigma dan diskriminasi berlaku di hospital?

Jika beginilah sikap segelintir (diulangi, SEGELINTIR) kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidaklah menghairankan jika PLHIV kekal berdepan dengan stigma, diskriminasi, dan judgemental yang merupakan jangkitan maut yang sebenar.

Tidaklah menghairankan apabila kami sering menerima aduan pelbagai diskriminasi yang masih dilakukan oleh pihak perawat seperti labelling dan signage khas di katil-katil PLHIV di wad sehingga sekarang.

PPWM andaikan ini memang (World Health Organization) WHO’s standard precaution in healthcare atau penambahbaikan proaktif di hospital berkenaan. Wawasan menuju zero defect.

Jika kerana stigma, mudah difahami apabila PPWM menerima aduan PLHIV diminta membawa sendiri peralatan makanan seperti sudu, pinggan, gelas, dan sebagainya oleh jururawat di sesebuah hospital.

Kita tunggu jika ada mana-mana pihak yang boleh memberikan rasional kewajaran langkah tersebut supaya masyarakat faham. Jika PPWM salah, kami akan minta maaf secara terbuka.


Nota:




Apa itu ambu bag?

"A self-refilling bag-valve-mask unit with a 1–1.5 litre capacity, used for artificial respiration which, while suboptimal for the non-intubated patient, is effective for ventilating and oxygenating intubated patients, allowing both spontaneous and artificial respiration."

Secara mudahnya ambu bag ialah beg bantuan pernafasan bagi membantu patients yang mengalami masalah pernafasan untuk bernafas secara normal.





Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, September 23, 2014

PERANAN KUMPULAN SOKONGAN KOMUNITI TERHADAP PLHIV



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.



  
Kumpulan sokongan yang dimaksudkan di sini ialah sama ada rakan senasib (sesama PLHIV), affected people (individu atau ahli keluarga rapat yang turut menerima kesan), supporters, dan volunteers. Termasuk mana-mana NGO yang berkaitan.

Analoginya sama seperti pesakit jantung. Tentu mereka lebih selesa dan rasa difahami apabila dapat berkongsi sokongan sesama pesakit jantung.

Sokongan daripada komuniti, terutama yang sama senasib lebih dipercayai, lebih empati, dan wujud bonding dalam banyak perkara.

Mereka selesa berkongsi pelbagai info dan tips rawatan, penjagaan kesihatan, bagaimana berdepan dengan grief reaction dan treatment fatigue, sekalipun sedia maklum yang berkongsi sokongan tersebut bukanlah semestinya seorang profesional dalam bidang rawatan (medical practitioner).




Bagi individu yang baru melibatkan diri untuk memberikan sokongan sebagai volunteers dan supporters terhadap komuniti, seelok-eloknya cuba belajar memahami asas rawatan dan psikologi terlebih dahulu.

Jangan terburu-buru merasakan diri cukup memahami kerana pendekatan yang tidak tepat mungkin akan menambahkan tekanan kepada golongan sasaran.

Kumpulan sokongan pula tidak semestinya dalam bentuk yang terlalu besar atau ramai, tetapi boleh juga jika hanya melibatkan beberapa individu (kelompok kecil) yang dipercayai sahaja asalkan ianya berfungsi.

Sebaik-baik kumpulan sokongan sepatutnya turut melibatkan golongan AGAMAWAN yang memahami dan PERAWAT (doktor atau jururawat) yang empati. Jika tidak, kumpulan sokongan tersebut umpama sokongan tanpa check and balance.

Tanpa dua golongan tersebut terutamanya golongan agamawan, sesebuah kumpulan sokongan berkemungkinan akan menjadi terlalu liberal dan tuntutan agama hanya dipakai dalam beberapa perkara tertentu sahaja, sedangkan pendekatan kerohanian dan keagamaan sangat penting.




Walaupun diakui sokongan komuniti turut berkemungkinan boleh menambahkan masalah dalam beberapa soal tertentu, ianya terpulang kepada bagaimana PLHIV terbabit memilih info dan menjaga etika semasa berkongsi sokongan. Kebaikannya jauh melebihi keburukan.

Peranan sokongan sesama komuniti sebenarnya diakui oleh banyak pihak termasuk oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri. Ianya banyak membantu memulihkan semangat PLHIV untuk meneruskan kehidupan dengan berkualiti dan membantu mengurangkan penularan jangkitan baru.

Malangnya terdapat sebahagian PLHIV memandang remeh terhadap peranan kumpulan sokongan. Mereka yang bersikap begini biasanya tenggelam dalam self-stigma.

Mereka sentiasa curiga dengan pelbagai kemungkinan andainya bergaul dengan individu lain sekalipun semasa berada bersama kumpulan sokongan.

Kadang-kadang ianya disebabkan oleh kepentingan atau kelangsungan dalam perkara-perkara tertentu (sama ada perkara positif atau negatif).




Tanpa sokongan komuniti, sebahagian besar PLHIV akan kekal keliru termasuk tentang maklumat-maklumat asas berkaitan HIV seperti rawatan, cara jangkitan, bagaimana berdepan dan mengatasi stigma, diskriminasi, dan judgemental, bagaimana untuk berpuasa, berkahwin, mendapat zuriat bebas HIV, dan sebagainya.

Mereka juga sukar meneruskan kehidupan secara positif disebabkan kurang pendedahan untuk memperolehi inspirasi daripada pengalaman orang lain sekalipun mereka telah lama hidup sebagai PLHIV.

Mereka sentiasa mencari alasan untuk kekal bersembunyi dalam kepompong yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka dan affected people. Paranoid melulu yang tiada kesudahan. Sikap begini akan menganiaya banyak pihak selain diri sendiri.

Segelintir kakitangan KKM pula tidak nampak kepentingan peranan sokongan komuniti. Malah ada yang menganggap kumpulan sokongan sebagai pengganggu dan segala maklumat yang dikongsikan oleh kumpulan sokongan akan mengelirukan clients (PLHIV) mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital atau klinik mereka.

Ada kalanya mereka turut rasa tercabar apabila terdapat pendapat kumpulan sokongan komuniti yang kontra dengan pandangan dan pengetahuan mereka berkaitan HIV.




Sedangkan hakikatnya apa juga bidang rawatan termasuk HIV adalah bersifat dinamik dan pelbagai variasi pandangan tersebut penting untuk penambahbaikan. Mungkin juga ianya diperolehi daripada doktor-doktor pakar lain serta sumber terkini dalam bidang HIV.

Jika maklumat tersebut salah sekali pun, itulah peluang kepada mereka untuk menerangkan dan memperbetulkannya kerana objektif kumpulan sokongan hanyalah untuk membantu keberkesanan rawatan. Mereka sangat rapat dengan PLHIV. Bagaimana pun ditegah, PLHIV yang mahukan sokongan komuniti tetap mencarinya di luar pengetahuan perawat. Itu lebih memudaratkan.

Jangan dianggap clients hanya seumpama produk tanpa hati dan perasaan dan cuma perlu menjalani proses-proses tertentu mengikut standard of procedure (SOP) berdasarkan manual kerja.




Pertubuhan Positive Warriors Mslaysia (PPWM) banyak mendapat aduan bahawa sesetengah hospital dan klinik tidak selesa dengan kehadiran kumpulan sokongan komuniti dengan pelbagai sebab seperti yang telah dinyatakan. Bahkan mereka rasa seolah-olah tugas mereka (yang sedia banyak) dipantau oleh individu yang tidak diperlukan.

Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka hanya / biasa berdepan (merawat) PLHIV yang baru diagnos (blur) dan terlantar di hospital.

Hakikatnya PLHIV tersebut sangat memerlukan sokongan komuniti dan di luar hospital terdapat puluhan kali ganda PLHIV yang sangat berpengalaman, sihat walafiat, dan terlibat dalam pelbagai bidang profesional.

Jadi, sama ada PLHIV, kumpulan sokongan dan pihak perawat mestilah memahami dan memanfaatkan peranan kumpulan sokongan komuniti demi matlamat menuju sifar jangkitan baru HIV.

Jika terdapat sedikit perbezaan pandangan, ianya boleh diselesaikan kerana semua pihak sepatutnya bersikap profesional, berfikiran positif, dan berlapang dada.




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com