Monday, October 03, 2011

TIPS UNTUK BERSIKAP POSITIF BERDEPAN DENGAN HIV



Aku banyak menerima emel dan pertanyaan terbuka tentang bagaimana aku kelihatan sangat postif dan tabah? Apa trigger nya? Biasanya pula pertanyaan tersebut diiringi dengan penghargaan dan puji-pujian.

Alhamdulillah… aku kembalikan segala pujian kepada-Nya kerana DIA sahajalah yang paling layak menerimanya. Siapalah aku tanpa DIA?

Sejujurnya puji-pujian tak membawa ke mana. Aku bukan adiwira dan aku sangat selesa diterima sekadar seadanya sama seperti insan lain. Ada kekuatan, ada kelemahan.

Entry kali ini khusus untuk menjawab segala pertanyaan tersebut iaitu bagaimana aku mampu bersikap positif berdepan dengan HIV?

Kalau ditanya kepada Pakar Motivasi atau Psikologi, tentu mereka akan berikan beberapa tips tertentu secara professional. Tips aku pula berdasarkan pengalaman peribadi secara ringkas. Kalau panjang berjela, akhirnya objektif tidak tercapai.

Antaranya:

1.   SOLAT & QUR’AN

Apapun situasi dan ujian yang kita hadapi di dunia fana ini, menjaga hubungan dengan Allah terutamanya solat adalah sepenting-penting perkara. Fahami konsep dan falsafah mengapa solat menjadi rukun yang kedua sebagai BUKTI kita seorang MUSLIM.

Carilah maklumat tentang kepentingan solat, hikmah dan rahsianya yang dapat memberikan kekuatan  terhadap JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek).

Mengadulah, menangislah dan mohonlah apa saja kepada DIA. Kita telah dipilih Allah dengan didikan yang sangat istimewa. Jadi tolonglah ambil pengajaran.  Jaga solat terutamanya solat fardhu dan seboleh-bolehnya tunaikan solat secara berjamaah.

Qur’an pula kenalah sentiasa baca. Tak larat baca banyak, baca sikit-sikit pun tak apa asalkan konsisten dan fahami makna-maknanya. Paling sempurna, jadikan Al Qur’an perlembagaan dalam diri. Amalkan ayat-ayat syifa’ setiap kali lepas solat.

2.   REDHA DENGAN UJIAN-NYA

Ya, redha ada HIV. Bukankah seisi alam ini milik Allah? DIA yang maha mengetahui segala yang terbaik. Setiap insan ada ujian dan bahagian masing-masing. Carilah sendiri segala ayat Al-Qur’an atau Hadis yang berkaitan dengan segala macam rahsia dan hikmah di sebalik ujian Allah. Insya-Allah hati kita akan tenang.

Jangan mendiskriminasi, judgmental, stigma, prejudis terhadap diri sendiri, apatah terhadap Allah. Bagus merasakan diri hina dan berdosa supaya kita merendah diri di sisi-Nya tetapi berterus-terusan menyalahkan diri sendiri, apa hasilnya? Yang penting ambil pengajaran, taubat nasuha dan memperbaiki diri.

Bahaya virus tidak sebahaya bersikap negative terhadap diri sendiri.

Fahami konsep Musibah sebagai Kafarah, Ibtala’ atau Bala’ yang aku pernah kongsikan di blog ini. Kalau belum pernah baca, carilah dalam entries lama ya, aku penat nak taip panjang-panjang.

Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Berputus asa menghampiri sikap takabbur dan boleh merosakkan akidah.

3.   BANYAKKAN MEMBERI BERBANDING MENERIMA

Teringat sewaktu kecil-kecil dulu ustaz ustazah ajar tentang Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Peliknya secara songsang.

“Fardhu Ain semua orang yang layak dan cukup syarat kena buat. Fardhu Kifayah sukarela je… kalau ada orang lain dah buat, kita tak payah buat, tak berdosa...”

Kesudahannya kita memandang ringan tuntutan Fardhu Kifayah. Maka tenggelamlah peranan Ibnu Sina, Ibnu Bhatuta dan Ibnu Khaldun. Rasulullah sendiri terlibat dengan perniagaan peringkat international ke Syam sejak berusia 10 tahun. Akhirnya orang lain yang manipulasi dan bolot semua.

Alhamdulillah Allah berikan kasih sayang, didikan, rahmat dan hikmah yang tidak terhitung melalui ujian HIV. Sebagai tanda kita bersyukur terhadap keistimewaan tersebut, bantulah rakan-rakan senasib dan insan lain yang memerlukan mengikut kemampuan dan cara kita.

Insya-Allah dengan memperbanyakkan memberi dan bersedekah, (sedekah bukanlah bermaksud hanya dalam bentuk harta benda atau wang ringgit) Allah akan melimpahi kita dengan rahmat yang berlipat kali ganda.

Dengan cara membantu, ianya mendatangkan hasil dan pertolongan Allah yang melimpah ruah. Segala urusan dipermudahkan. Bila kita perlu, ada sahaja yang sedia membantu dan menghulur tangan. Serius…

Kenapa apabila ada HIV perlu menyepi dan menggelabah? Bukan boleh selesai masalah pun... Terlalu banyak berfikir dan menyendiri memudahkan iblis syaitan membisikkan was-was di hati. Wake up!

Buat pahala, mana ada rugi bro?


4.   FAHAMI HIV & REALISTIK

Ini pun sangat penting. Kalau ikut strategi peperangan, menguasai maklumat adalah sangat penting untuk mengalahkan musuh. Takut tak tentu pasal kerana kita tidak mengenali kekuatan dan kelemahan  musuh. Sudahnya kita keliru dengan propaganda musuh.

Macamana nak kenal?

Carilah maklumat banyak-banyak, bertanya kepada yang pakar dan berpengalaman. Sangat penting untuk saling sokong menyokong dan berhubung dengan komuniti yang prihatin dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Semakin banyak membantu, semakin cepat faham banyak perkara. Baru kita tahu HIV bukanlah sebahaya manapun. Ianya sangat mudah untuk dikawal...

Realistik?

Sihat, muda, kaya, berdarjat, kacak dan jelita semuanya akan mati. Manalah kita tahu umur dan bagaimana penghujung usia kita? Adalah menjadi satu bonus mengingati mati tetapi biarlah dalam cara yang positif. Yang penting, usaha yang terbaik.

Pinjam kata-kata As, takdir itu di penghujung usaha. Tak perlu pening-peningkan kepala atau cuba ambil alih hak mutlak Allah yang Maha Menentukan.

5.   BERDIKARI

Kekuatan sebenar kita adalah melalui pertolongan Allah dan bergantung kepada kekuatan dalaman sendiri.

Inayah (pertolongan) Allah datang melalui pelbagai cara, yang kadang kala tidak terjangkau akal. Jika kita meletakkan pergantungan terhadap sesama makhluk seperti terhadap doktor, isteri, suami, tunang, kekasih, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya, kemampuan mereka adalah terhad. Ada batasnya. Kelak kita juga yang akan merana.


6.   MUHASABAH

Cuba memuhasabah diri seperti berikut:

6.1             Bandingkan nikmat yang telah dinikmati selama ini dengan sedikit ujian-Nya yang dihadapi sekarang.

6.2             Bandingkan penderitaan kita dengan penderitaan dan ujian insan lain. Penderitaan mereka mungkin 10 atau 100 kali ganda lebih sukar tetapi mereka tetap positif dan tabah. 

6.3             Bandingkan peluang yang kita ada untuk mendapatkan rawatan, menikmati kehidupan dan memperbaiki diri mencari keredhaan-Nya berbanding mereka yang kehilangan peluang secara serta merta. Atau lebih dahsyat mati dalam keadaan seronok, selesa dan kekal dalam kemungkaran Allah.

7.   PATUHI PERATURAN RAWATAN, PEMAKANAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

Rasanya yang ni semua boleh fikir sendiri. Sedikit ulangan ialah: banyakkan minum air kosong,elakkan ais dan makanan berjeruk, jangan berembun tak tentu pasal, kenali fungsi dan pyramid pemakanan, kawal gula dan kolestrol serta penyakit-penyakit kronik lain sedia ada seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

Supplement food ambil yang patut-patut sahaja cukuplah dan  boleh ditukar-tukar. Jangan keterlaluan dan terikat sangat sebab kalau tanpa variasi akhirnya ada kesan sampingan terhadap buah pinggang dan hati. Bukan itu sahaja, poketpun boleh rabak dibuatnya. Pandai-pandailah tapis dan tadah telinga apabila ramai yang nak jual macam-macam produk kesihatan.

Utamakan sayur-sayuran dan buah-buahan segar produk bebas kimia. 

Kebersihan diri dan penampilan kena jaga. Tak perlu pakai yang mewah dan mahal-mahal. Yang penting bersih dan kemas. Ikut kemampuan diri. Itu pun sebahagian daripada dakwah ‘bil hal’. Feel good sangat penting. Nanti orang anggap pembawa HIV ni lekeh dan serabai benar.

Buat senaman secara berkala atau sekurang-kurangnya sentiasa bergerak aktif. Tidur dan rehat kena cukup dan kena pandai hindari stress.

Ada hobi yang lama diabaikan tak? Kalau ada, cuba buat kembali tetapi berpada-pada. Jangan terlalu mendesak diri untuk berubah.

Aku minat minat muzik, kenderaan dan landskap. Sampai sekarang aku masih layan hobi tersebut. Expertise aku layan corner. Kalau nak race, bagitahu saja. Ada berani? Hahaha… melawak saja. Maksud aku, terima dan hargai diri sendiri. Nikmati hidup secara berkualiti.

Ok, itu saja. Insya-Allah jika kita mengamalkan semua tips ini, kita menjadi sangat tenang dan bersyukur. Never give-up, never surrender!



p/s-     Sekadar pengalaman peribadi. Terpulanglah kepada pendirian masing-masing. Kalau ada nak tambah, tambahlah. Mungkin aku terlupa. Bagi aku mudah sahaja. Namapun HIV positif jadi kita mestilah sentiasa positif. Tak gitu?

47 comments:

  1. Anonymous one

    Terima asih atas pandangan dan kongsi motivasi pak cik ni. Rata-rata apa yang pak cik berikan adalah asa kepada kehidupan yang lebih positif, boleh di aplikasikan bukan sahaja untuk HIV tapi semua aspek kehidupan terutamnya yang no satu :).

    Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

    Jangan di sangka orang yang bekereta besar itu hidupnya nikmat mana tahu tidur kita lebih nyeyak berbanding orang yang berumah besar.. wallahualam :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous one,
    t kasih.
    komen yang menyentuh hati.
    hanya mereka yg celik hati mampu memahaminya.
    jazakallah khier...
    semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat-Nya

    ReplyDelete
  3. Thanks atas tips tips di atas. MashaAllah tak ada keraguan langsung!!!!!!!!!!!!!!


    fareez fauzi

    ReplyDelete
  4. assalammualikum pakcik..sy nk bertanya kat pakcik,di harap pakcik dapat membantu sy..sy sebelum ni ada buat benda yang berisiko 3bln lepas dgn pekerja seks..sy ada buat rapid test..dan keputusan alhamdulillah negetif..total hr yg sy buat 89hr dr tarikh tu..pendapat pakcik perlu ke sy buat lg 3bln??dan adakah rapid test tu btl2 tepat..adakah ujian elisa dan rapid test sama ketepatannye..sy tidak tahu nk bertanya pada siapa..kebayakan doctor yg sy tanya pandangan berbeza2..sy harap pakcik dapt membantu..sy guna kn kondom masa buat tu..cuma semasa dia oral sy je tidak guna kondom..sy harap pakcik dapat membantu..assalammualikum pakcik..sy nk bertanya kat pakcik,di harap pakcik dapat membantu sy..sy sebelum ni ada buat benda yang berisiko 3bln lepas dgn pekerja seks..sy ada buat rapid test..dan keputusan alhamdulillah negetif..total hr yg sy buat 89hr dr tarikh tu..pendapat pakcik perlu ke sy buat lg 3bln??dan adakah rapid test tu btl2 tepat..adakah ujian elisa dan rapid test sama ketepatannye..sy tidak tahu nk bertanya pada siapa..kebayakan doctor yg sy tanya pandangan berbeza2..sy harap pakcik dapt membantu..sy guna kn kondom masa buat tu..cuma semasa dia oral sy je tidak guna kondom..sy harap pakcik dapat membantu..

    ReplyDelete
  5. anonymous,

    waalaikumussalam wrh wbk.
    bertaubat dan ambillah pengajaran.
    secara peribadi sy berpendapat tidak perlu.
    tapi kalau masih ragu2 sgt, buatlah ujian terakhir selepas 6 bulan.
    rapid test sudah memadai.
    elisa lebih detail berbanding rapid test.
    pandangan berbeza kerana bukan semua doktor mahir dlm bidang yang sama terutama HIV.
    ingat, saya bukan pakar.
    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum adik Anonymous,

    Adik tak perlu takut atau menggelabah kerana Proses pengeraman ( window period) virus biasanya dalam masa 6 bulan dan waktu itu baru akan di kesan antobodi/protin yang dihasilkan oleh virus HIV+ atau apa2 penyakit kelamin lain seperti siplis , kencing bernanah dan sebagainya ( AHP sila perbetulkan kalau tersilap) selepas adik melalui ujian darah.

    Janji adik dah mula buat ujian darah tak kisah berapa jam yang lepas but adik must buat ujian 3 bulan kemudian atau paling lama 6 bulan kemudian . better buat 2 kali untuk pastikan diri bebas dari sebarang jangkitan.

    Oral seks biasanya mempunyai peratus yang sangat kurang untuk mendapat jangkitan kecuali bendalir badan (mazi dan seumpamanya) masuk kedalam mulut sesaorang melalui luka , lechetan ataupun kemungkinan tertelan.

    Buat ujian menyeluruh untuk sebarang penyakit jangkitan seksual lain juga jgn hanya check HIV saja. Sebab kalau kita ada penyakit lain contohnya herpes atau VDRL ( siplis) juga boleh memaksima kan jangkitan Virus HIV+

    Buat keputusan yang terbaik untuk jaminan kesihatan anda.

    Fareez Fauzi


    fareez Fauzi

    ReplyDelete
  7. terima kasih pakcik bg pendapat..sy terima kasih pakcik bg pendapat..sy btl2 menyesal dgn perbuatan tu.sy insaf dan berdoa allah beri sy peluang..nanti lg 3bln sy akan buat lg test..pada pendapat pakcik..kalau selepas 6bln tu keputusan negetif??adakah sy btl2 bebas dr hiv?maksud sy selepas 6bln tu keputusan btl2 konkrit?

    ReplyDelete
  8. elok 3 bulan atau 6 bulan terkehadapan adik buat lagi ujian darah 3 kali paling elok tapi 2 kali sudah memadai dan sekiranya negatif adik boleh tidur lena.


    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  9. pandangan pakcik mcm mane??pakcik kn selalu berjumpa dgn doctor pakcik..mesti ada pandangan dr doctor??harap pakcik bole membantu..

    ReplyDelete
  10. anonymous,
    sebenarnya dh byk kali sy kongsi jwpn soalan begini di blog. sila buat sedikit carian terutama dlm kategori 'AKU'- bertemu dgn dr iskandar.
    t kasih

    ReplyDelete
  11. anonymous,
    ini antara link nya
    http://akuhivpositif.blogspot.com/search/label/AKU?updated-max=2011-07-13T13%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=20

    ReplyDelete
  12. oh yeah,

    ujian antara kita berbeza, apa yang sama hanyalah peluang. peluang untuk sabar tabah dan redha. remember? hehe

    takdir itu di hujung usaha inshaAllah. pasti manis menanti buat yang sabar ^__^

    Jom layan corner!

    ReplyDelete
  13. terima kasih pakcik..sy da baca blog trsebut,sy harap ia dapt menenagkn hati sy..sy bukan ape,sy risau sy ni akn jd pembawa kpd isteri sy,tp sy akn buat lg 3bln utk sedap kn ht..ia btl2 bg pengajaran pd sy,sy doa kn pakcik AHP sentiasa sihat dan diberkati oleh allah swt..

    ReplyDelete
  14. assallammuillaikum AHP sy nak tanya sedikit,di mana nk buat ujian western blot.masa AHP buat dulu di hospital mana.di klinik swasta ada ke yg menyediakn ujian tersebut.brape kos untuk ujian western blotedikit,di mana nk buat ujian western blot.masa AHP buat dulu di hospital mana.di klinik swasta ada ke yg menyediakn ujian tersebut.brape kos untuk ujian western blot

    ReplyDelete
  15. dalam apa2 ujian atau musibah, yg pnting kita mendekatkan diri pd Allah..InsyaAllah, jiwa kita tenang n lapang....

    ReplyDelete
  16. As,
    t kasih & jazakallah khier...
    jaga diri lek lok. nanti uncle reply emel.
    sgt2 sibuk.

    layan corner??
    ooo... berani ek, jom, start tol gombak sampai puncak genting :)

    ReplyDelete
  17. Anonymous,
    waalaikumusslam,
    ujian western blot.
    semuanya pernah sy ceritakan dan jawab di blog.
    spital hanya buat screening.
    kalau positif barulah buat ELISA, western blot dsbnya utk keperluan rawatan.
    kalau nak buat sendiri, kena pergi ke mana2 lab atau medical center.
    kenalah carilah sendiri di kawasan berdekatan.
    kos bergantung kpd tempat tersebut.
    anggaran rm3++ ke rm4++

    ReplyDelete
  18. NzA,
    t kasih & jazakallah khier...
    insya-Allah sebagai peringatan bersama.

    ReplyDelete
  19. Susah nak sampai ke tahap AHP..
    Tp semua tips tu sgt berguna utk panduan
    bukan saja kpd pembawa HIV...

    ReplyDelete
  20. erk. corner lain takleh ke? haha ^__^

    semoga ceria sokmo

    ReplyDelete
  21. Salam...
    hurmmm susahnyer...ermmm nak mengomen kat CC yg keyboardnye digunakan untuk main game...

    Secara ringkasnya untuk Anonymous(Lelaki ker perempuan)dah buat rapid test dah negative dah ok jer... x puas hati buat jer screening....pastu kalau negative lagi dah la...tak perlu buang masa, buang duit pg buat western blood lagi.
    Bukan mudah nak jawab soalan ni sebab x tau sapa oral sapa..
    Ambil mudahla saya jawab... Kalau pekerja seks (lelaki/perempuan) HIV+ oral seks lelaki negative. Lelaki itu tidak akan dijangkiti. Kalau lelaki itu oral pekerja seks (perempuan/lelaki) HIV+ serta tertelan CECAIR FARAJ atau air mani,mazi kecuali air kencing peratusan untuk dijangkiti HIV ADA.
    Rapid test hiv percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Screening ada bayaran sedikit. kalau di SAFE Clinic Kuala Lumpur x silap saya RM 20.


    Abang AHP saya (Luka Rafieqa) ada diPenang menghadiri Persidangan AIDS Kebangsaan so agak sibuk sikit untuk membantu menjawab persoalan2 disini. CC ni plak... hurmmm

    Abg AHP TOLONG UTAMA KAN KESIHATAN ABANG DAHULU OK....CD4 baru nak naek...


    Luka Rafieqa

    ReplyDelete
  22. Cik SHiNJU,
    suhanallah yun...
    insya-Allah sesiapapun boleh yun!

    ReplyDelete
  23. As,
    ceria belia as pun ceria...
    hati di dalam siapa yang tahu :)

    ReplyDelete
  24. Luka Rafieqa,
    hambuih3...:)
    sibuk betul dgn mcm2 program ya :)

    jawapan yg lengkap.
    itulah bezanya antara yg berpengalaman dgn tidak.
    harap anonymous berkenaan membacanya.
    t kasih.
    bersusah payah cuba membantu.

    t kasih juga atas peringatan.
    betul2...
    saya speed over limited!
    ingatan tersebut tiba2 mengingatkan supaya lepaskan minyak, cari parking selamat, tarik handbrake dan rehat sekejap melelapkan mata.

    ReplyDelete
  25. t.kasih luka rafieqa.. Pandangan tu btlt2 dpt membantu ilang kn ragu2 ni..sy pn ada cll kt safe klinik..yg pakar pn berpendapat mcm tu..sy bersyukur klu allah beri peluang pd sy.sy btl2 kagum dgn semangat pakcik AHP n luka rafieqa yg sentiasa membantu yg bg pembaca yg beri soalan..cuma ada segelintir je yg x tau pasal2 benda ni tp komen ape2 ntah..tu yg buat yg lain keliru..

    ReplyDelete
  26. Anonymous,
    t kasih kembali.
    yg penting niat kita utk tolong menolong, saling belajar dan bantu membantu.
    sedikit perbezaan cara & pendekatan tu tak mengapalah :)

    ReplyDelete
  27. Salam...
    virus HIV ni hidup x pada bekas yang sudah berbasuh?
    if kita tkena boleh ke sbbkan jangkitan?

    ingin tahu..

    ReplyDelete
  28. Salam

    Kehidupan ini sentiasa diuji, bukan untuk disakiti atau bukan untuk membanggakan diri. Keadaan hidup ini tidak semudah pengiraan akal kerana percaturan hidup kita berada dalam gengaman tuhan. Inilah putaran perjuangan yang tidak pernah henti dan tetap akan ditempuhi oleh setiap insan. Hidup ini hanya sementara, segala yang di kecapi akan ditinggalkan.Pada usia yang semakin tersisa dan baki yang masih ada, maka jangan persia-siakan hidup ini.

    Cheers

    ReplyDelete
  29. Anonymous,
    aduhai, sila baca byk sikit adik ya.
    kalau nak tahu, inilah yg dinamakan stigma.

    ReplyDelete
  30. Luka Rafieqa,
    waalaikumussalam,

    moga lebih ramai yg mengerti maksud di sebalik perkongsian ini,
    insya-Allah...

    t kasih & jazakallah khier sahabat

    ReplyDelete
  31. virus HIV ni hidup x pada bekas yang sudah berbasuh?
    if kita tkena boleh ke sbbkan jangkitan?

    tolong , tolong lahhhhhhhhhhhhhhhhhh. baca dulu artikal

    ReplyDelete
  32. cuma ada segelintir je yg x tau pasal2 benda ni tp komen ape2 ntah..tu yg buat yg lain keliru..

    Salam...
    virus HIV ni hidup x pada bekas yang sudah berbasuh?
    if kita tkena boleh ke sbbkan jangkitan?

    BUKAN KELIRU TAPI BENGAP

    ReplyDelete
  33. Salam ceria untuk semua

    Semoga semuanya sihat dan tabah dgn dugaan hidup. Luka Rafieqa masih kat Penang lagi dgn forum Hal Ehwal Islam. Rajin bonar dia.

    AHP , panas pulak blog ni ya.


    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  34. Fareez Fauzi,
    sesekali biarkanlah mereka luahkan perasaan... :)

    ReplyDelete
  35. banyak sangat annoymous sampai tak tahu yang mana satu. siapa yang salah faham tu fikir2 dulu nak kata apapun sebab Allah lebih tahu dalam hati masing2 , think positif. Kalau nak ambil hati juga nak buat mcmmana. Apa yang penting semuanya kena belajar menghormati , jgn mengumpat , memperleceh orang lain dan tak tahu menghargai niat suci orang lain tak kira orang tu pakar atau bodoh pun. Jangan suka mengarah dan tanya soalan berulang sampai penat nak menjawapnya sedangkan semuanya dah ada dalam blog ini , rajin sikit saja.

    ReplyDelete
  36. Salam...

    Abg Fareez itu hanyalah sekadar tanggung jawab sosial saya kepada rakan rakan yang memerlukan bantuan.
    Kepada rakan2 Blog AHP yang berada di Utara jika perlu untuk menemui saya Saya amat alu alukan.. Saya berada di Penang sekarang. Jumaat ni ada Program Forum Perdana EHWAL ISLAM bertajuk "Jalani Ujian Manfaatkan Rawatan" menjerus lebih kepada isu HIV/AIDS. Kehadiran rakan2 amat amat dialu alukan.
    Siangnya pula ada Seminar Berkaitan HIV di Dewan Tunku Syed Putra USM..

    Syukur Alhamdulillah, Syukur pada Illahi..
    Dengan Blog abang ini saya dapat bertemu dengan abang AHP, Abang Fareez yg byk celotehnya.. Ada ada rakan2 yg jauh di Sabah email kepada saya.. Juga 2 hari sudah walaupun kepenatan bertemu dan melayan seorang rakan yg mendapat Tekanan secara TOTAL. Alhamdulillah dia dapat ketawa bersama saya. Kerana seorang rakan yang dalam kemurungan semalam saya bersekang mata melayan celoteh dia melalui telefon selama 3jam.
    Terima Kasih Abang AHP. Blog abang menyelamatkan ramai rakan rakan senasib. Hanya ALLAH yang dapat membalas nya.
    Inilah yang dikatakan PAY IT FORWARD.Segala kebaikan BLOG abang AHP dipanjangkan.. memanjangkan... Bukan seperti biasa orang kata PAY BACK TIME.

    Rutin dalam hidup saya orang akan bertanya soalan yang sama berulang ulang ulang ulang kali...ulang ulang kali... Manusia pelbagai cara.. InsyaAllah saya menjawab dengan tenang tapi ada juga saya menjawab dengan bertanduk amarah. Hahaha..

    ReplyDelete
  37. Luka Rafieqa,
    lega melihat komen sahabat ada di sini.
    sekurang2 saya tahu jika saya memerlukan ada tangan yang akan membantu,
    jika saya khilaf ada seseorang yang akan memperbetulkan,
    apabila saya lemah, ada seseorang yang menarik tangan saya bangun kembali.

    waaa... ayat bersastera kali ni, hehehe

    ReplyDelete
  38. Hanya sekadar tatapan..

    Kelmarin dulu,
    Aku rasa tak selesa.
    Kelmarin,
    Masih rasa tak selesa
    Semalam,
    Rasa itu masih ada. Malahan bertambah-tambah tak selesa.
    Hari ini,
    Aku semak semula.
    Kenapa rasa itu menjelma.
    Aku malu pada diri sendiri.
    Malu!!

    Astaghfirullahalazim…
    Aku sangat sesal.
    Apa yang aku fikirkan saat itu??

    Astaghfirullahalazim…

    Hai jiwa yang khilaf,
    Teganya kau menanam pohon-pohon 'ujub.
    Di balik cermin yang kau banggakan.
    Walhal ia hanya bayang hampa tanpa makna.
    Apa yang kau punya??
    Tiada.
    Kerana semuanya pinjaman daripadaNya jua.

    Ya Allah,
    Aku memohon perlindunganMu daripada keburukan sikap kepura-puraan,
    akibat buruk sikap riak
    dan segala bentuk kesombongan.
    Ampunilah segenap khilafku.
    Amin.

    Aku benar-benar khilaf.

    Astaghfirullahalazim…


    Luka Rafieqa

    ReplyDelete
  39. aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    Indahnya puisi diatas.....


    Nak menangis lagi ni....


    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  40. salam..terima kasih AHP byk ilmu yg sy dpt dr blog ni.
    klo dlu sy sedih dgn nasib sy ni skrg tidak lg
    rmai org yg senasib cam sy rupanye.trime ksh pd kwn2 yg mberi pendapt n semangat hrp korng lebh tabah mnghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  41. Sure adik , org mcm kita ni must kuat.

    Jaga pemakanan , rajin bersenam ( 3 kali seminggu pun cukup agak2 dalam 30 min pun tak apa) , cari makanan yang mampu mempertahankan sistem imun kita seperti banyak makan ulam dan sayuran yang bersih dan tak tercemar , habbatus sauda
    ( bijirn & minyak ) , kelapa dara , madu lebah dan banyak lagi. Lagi satu adik tak perlu susah hati sangat. redha dan terima dgn positif.

    Bila semua ini ada adik akan mampu berdiri , bersahabatlah dan percaya pada orang yang benar2 memahami dan boleh dipercayai.Seperkara lagi bercerita lah pada Allah mengadu nasib sebab dia maha mendengar dan mengasihani di samping tunaikan tanggungjawab kita sebagai mukmin. Bila kita ingat ALLAH pasti dia ingatkan kita , pendek kata berbaik sangka pada ALLAH.

    Fareez Fauzi

    ReplyDelete
  42. Salam cik Fareez fauzi.

    Cik farezz ni siapa sebenarnya. Ada tak blog tentang fareez ni. mcm byk pengetahuan je sy tgk. bukan apa. kadang membaca artikel ada jugak yg tak dapat menjawab soalan saya ni. if tak keberatan nak tanya soalan2 kat cik farezz ni. bolehkah?

    ReplyDelete
  43. Hello every body,
    Sebagai pinjaman yang sah selalu tungkai kelompok utama dari pelanggan, yang
    telah menjadi pinjaman bermasalah dan menjamin kebutuhan keuangan somethingthat
    pelanggan selalu mengkhawatirkan ketika mencari pinjaman dari sah
    pinjaman pinjaman LEWIS LOGAN, perbedaan yang dapat kita kredit industri
    Providence pinjaman, mulai dari $ 2.000 sampai $ 100,000,00000 EMAIL KAMI MELALUI
    JoeMorgan889@gmail.com
    Layanan kami meliputi:
    * Investor Pinjaman
    * Hutang konsolidasi
    * Hipotek Kedua
    * Pinjaman Bisnis
    * Pinjaman Pribadi
    pinjaman internasional
    Tak satu pun dari mereka, dan tidak ada pemeriksaan kredit, jaminan 100% semua apa yang perlu Anda lakukan adalah
    Marilah kita tahu apa yang Anda inginkan, dan kami benar-benar impian Anda, Eric
    perusahaan pinjaman berkata "Ya" ketika bank mengatakan tidak, kami akhirnya membiayai terbatas
    perusahaan pinjaman, perantara, lembaga keuangan kecil, Karena kita memiliki
    Modal terbatas Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi Mendapatkan pinjaman dari: Please
    tanggapan langsung ke posting ini: JoeMorgan889@gmail.com
    Aplikasi pinjaman PRIBADI

    ReplyDelete
  44. Hello every body,
    Sebagai pinjaman yang sah selalu tungkai kelompok utama dari pelanggan, yang
    telah menjadi pinjaman bermasalah dan menjamin kebutuhan keuangan somethingthat
    pelanggan selalu mengkhawatirkan ketika mencari pinjaman dari sah
    pinjaman pinjaman LEWIS LOGAN, perbedaan yang dapat kita kredit industri
    Providence pinjaman, mulai dari $ 2.000 sampai $ 100,000,00000 EMAIL KAMI MELALUI
    JoeMorgan889@gmail.com
    Layanan kami meliputi:
    * Investor Pinjaman
    * Hutang konsolidasi
    * Hipotek Kedua
    * Pinjaman Bisnis
    * Pinjaman Pribadi
    pinjaman internasional
    Tak satu pun dari mereka, dan tidak ada pemeriksaan kredit, jaminan 100% semua apa yang perlu Anda lakukan adalah
    Marilah kita tahu apa yang Anda inginkan, dan kami benar-benar impian Anda, Eric
    perusahaan pinjaman berkata "Ya" ketika bank mengatakan tidak, kami akhirnya membiayai terbatas
    perusahaan pinjaman, perantara, lembaga keuangan kecil, Karena kita memiliki
    Modal terbatas Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi Mendapatkan pinjaman dari: Please
    tanggapan langsung ke posting ini: JoeMorgan889@gmail.com
    Aplikasi pinjaman PRIBADI

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.