Sunday, October 16, 2011

APA ITU AIDS?


Apa itu AIDS?
AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immunodeficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit.  AIDS adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan penyakit yang boleh menjangkiti mereka yang HIV-positif, disebabkan oleh daya tahan badan yang lemah.

Jika saya HIV-positif, adakah saya juga pesakit AIDS?
Tidak.  Seorang yang HIV-positif hanya akan menjadi pesakit AIDS apabila sekumpulan penyakit menjangkiti mereka seperti radang paru-paru, tuberculosis (TB), jangkitan kendida / keputihan dalam mulut dan beberapa jenis penyakit kulit lain.

Berapa lamakah selepas disahkan sebagai seorang HIV-positif, saya akan menghidap AIDS?
Tiada jawapan yang tetap kepada soalan ini kerana setiap individu adalah berbeza.  Tetapi bagi kebanyakan mereka yang HIV-positif yang sedang menjalani rawatan, perkembangan AIDS boleh dilambatkan atau dielak selama bertahun-tahun lamanya.

Adakah penyakit-penyakit yang boleh menjangkiti seorang HIV-positif boleh dirawat?
Boleh, tetapi penyakit-penyakit ini kebiasaannya boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.