Sunday, October 30, 2011

KEPENTINGAN KESEIMBANGAN MINDA, JASMANI & ROHANI KEPADA PEMBAWA HIV



Dunia kini sudah mula melihat kesihatan secara menyeluruh dan bukan hanya setakat keadaan biologi (jasmani).  Itulah sebabnya yoga dan tai-chi menjadi begitu terkenal kerana senaman tersebut mengambil kira kesihatan minda, jasmani, dan rohani.  Walau bagaimanapun, setiap individu adalah berlainan dan anda mungkin mendapati bahawa sembahyang membantu anda berada dalam keadaan positif.  Petuanya adalah melakukan apa yang selesa anda lakukan.

Kita telah berbincang dengan panjang lebar berkenaan topik bagaimana seorang yang HIV-positif boleh menjalani kehidupan yang memuaskan dengan cara menjaga tubuh badan mereka.  Di sini kita akan lihat peranan minda dan rohani serta bagaimana anda boleh menguruskannya.


Jika anda mahu berasa sihat, ceriakan diri anda.
Orang yang HIV-positif biasanya akan berada dalam keadaan minda yang tertekan.  Mereka merasakan bahawa hayat mereka akan berakhir dan apabila anda meletakkan diri anda dalam keadaan sedemikian rupa, ia boleh mempengaruhi perkara-perkara lain dalam hidup anda seperti kerja, kewangan, kesihatan, keluarga, perhubungan, dan lain-lain.  Ia mempunyai kesan yang akan memburukkan lagi keadaan.

Tetapi anda boleh memutuskan untuk keluar daripada keadaan tertekan ini dengan mengatakan, “Tidak kepada tekanan.  Dan Ya kepada kegembiraan.”

Tip-tip keceriaan
·    Apabila anda telah memulakan komitmen ini, mintalah pertolongan kawan-kawan, keluarga, dan kumpulan sokongan untuk membantu anda meneruskannya.  Ada kalanya makan dengan mereka yang tersayang adalah memadai untuk menceriakan anda.
·    Keluar, bersenam, ketawa, berkongsi, dan buatlah sebarang perkara yang boleh menggembirakan anda.
·    Bangun tidur setiap pagi dan kata kepada diri sendiri, “Hari ini akan menjadi satu hari yang baik.”
·    Jika perasaan sedih serta sugul timbul, jangan menyerah.  Ingatlah, pilihan adalah di tangan anda.
·    Bacalah mengenai orang yang HIV-positif lain yang berjaya hidup dalam keadaan yang memuaskan.  Ini adalah penting kerana mereka dan anda berkongsi sesuatu yang sama dan mereka akan memahami apa yang sedang anda alami.  Tambahan pula mereka mungkin mempunyai cadangan berguna yang boleh membantu anda.
·    Sertailah kumpulan sokongan bagi mereka yang HIV-positif.
·    Kami tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tetapi anda perlu melakukan komitmen tersebut.
·    Jangan jadikan diri anda tertekan.  Jalani kehidupan, bekerja, tunaikan tanggungjawab anda, dan lain-lain secara beransur-ansur.  Dapatkan pertolongan daripada mereka yang tersayang bagi membantu di mana yang termampu seperti menolong membayar bil, melakukan kerja-kerja rumah, dan lain-lain.
·    Berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh mendengar dan memahami keadaan anda boleh membantu.  Menyertai kumpulan sokongan juga boleh membantu.  Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi pelbagai organisasi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling.  Satu senarai disertakan di akhir buku ini.
·    Sertai kelas meditasi, yoga, tai-chi, dan lain-lain atau bacalah buku mengenai cara-cara untuk bermeditasi.  Ia boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, dan menenangkan anda.


Tip-tip untuk menenangkan diri
·    Menarik nafas panjang adalah petua paling berguna.  Apabila anda berasa tidak selesa, tidak tenang, atau tertekan, lakukanlah senaman pernafasan yang mudah.  Ia adalah nafas kehidupan.
·    Penuhi masa anda dengan melakukan perkara-perkara yang anda minati semasa sebelum anda disahkan HIV-positif.
·    Memulakan satu hobi – membaca, berkebun, dan lain-lain.
·    Menonton cerita komedi.
·    Ketawa setiap kali anda berpeluang berbuat demikian.
·    Dengar muzik / lagu-lagu yang mengandungi mesej gembira.

Yang paling penting, sentiasa mempunyai pandangan positif dalam kehidupan.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.


p/s- Sebagai muslim, sudah tentu cara memperolehi ketenangan yang terbaik adalah dengan mendirikan solat, qur’an, zikir, selawat, doa, munajat, redha, tawakkal dan sebagainya.

13 comments:

  1. Untuk berkata tidak pada tekanan dan ya pada kegembiraan memerlukan skill dan latihan yang panjang.

    Bukan mudah sebenarnya!

    ReplyDelete
  2. IM,
    itulah hakikatnya. apa2pun hendak seribu daya, pelan2 la belajar drp pengalaman. mohon pertolongan Allah, insya-Allah...

    ReplyDelete
  3. hehe..yep..hidupkene positif..
    satu lagi tips nak ceria adalah dengan gembirakan hati orang,, bila tengok orang gembira sebab kita wat something,,kita pun boleh gembira.. :)

    tapi jangan terlampau,, sebab,, hati orang, xsemua kita boleh gembirakan,, be positif.. :D

    ReplyDelete
  4. Captain Hero,
    tq, betul sgt2.
    itu agknya lebih byk memberi, makin byk kita menerima.
    kdg2 tak jauh lari maknanya dgn melaksanakan fardhu kifayah

    ReplyDelete
  5. Betul bukan mudah , tapi kita pilih dan buat yang terbaik. JGn ada paksaan yang melampaui kemampuan diri baru lah ada KESEIMBANGAN MINDA, JASMANI & ROHANI di samping patuh dan zuhud pada ALLAH.

    Ada masa kita rasa seperti dlm kekecewaan , putus asa , putus harap tapi apa perlunya kerana semua ini sekadar meletihkan minda kita. Bila minda lemah dan letih jasmani akan ikut terbabit sama. Itu sebah tabah dan sabar perlu ada. Hidup ini tak selalunya indah tapi keindahan itu tetap berada di mana-mana. Ayuh kita carilah....

    Masih ada harapan sebenarnya kalau kita tahu bersyukur apa pada nikmat yang ALLAH beri.


    Fareez Fauzi
    AHP , Abg akan terus melangkah dgn tabah dgn semua ini.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Hasbunallahu wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..

    Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah Hasbunallahu wa ni’mal wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.

    Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah Hasbunallahu wa ni’mal wakil berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. Insya-Allah..

    ReplyDelete
  7. Nikmat sakit adalah salah satu cara Dia menunjukkan rasa kasih dan sayang. Dia sentiasa menjaga.

    Moga kita menjadi lebih mulia.

    ReplyDelete
  8. memang susah utk bfikir secara positif lg2 ble mslh yg dihadapi disimpan sorang2.mang rs ttekan sgt...
    alhamdulilah berkat pertolongan dr kwn2 sy dh mula mbuang sikap negatif yg ade pd sy dri sblum nie.
    sy cube jd yg terbaik u dri sy dan keluarga yg tercinta..
    trima kash sgt2 pd AHP yg byk mbantu..hidup msti ditruskan walau ape pun tjadi...

    ReplyDelete
  9. As,
    t kasih as. memang pun...
    as sabar & tabah selalu ya.
    uncle sentiasa doakan.

    ReplyDelete
  10. alia haryanie,

    sekalipun dalam seribu kepayahan,
    t kasih kerana yanie masih memberikan sesuatu yang sangat2 bermakna di sini.
    jazakallah khier...

    moga sabar dan tabah selalu.

    ReplyDelete
  11. laila isabella,

    alhamdulillah dan t kasih kembali sudi berkongsi aura positif.
    tahniah atas kebangkitan.
    sudi2kan selalu berkongsi sokongan di sini.

    ReplyDelete
  12. kalu saya stress dgn sesuatu, melihat kucing adalah salah satu elemen yg dpt buatkan saya senyum serta-merta. i juz don't understand why.

    ReplyDelete
  13. org Tumpat,

    kucing siam kucing parsi
    kucing manapun bulat mata,
    nampak ikan,
    lupa segalanya...

    hehehe...

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.