Tuesday, October 25, 2011

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN?


Keracunan makanan biasanya berlaku di kalangan mereka yang mempunyai sistem daya tahan badan yang lemah dan adalah penting bagi anda untuk mengikuti panduan am berikut:

·        Masak semua daging, ikan, dan ayam sehingga benar-benar masak.
·        Elakkan makanan segera seperti mee segera.
·        Elakkan makanan mentah seperti Sashimi (ikan mentah Jepun) dan lain-lain.
·        Elakkan daripada memanaskan semula daging yang telah tersimpan di dalam peti sejuk selama lebih dari sehari.
·        Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bersih.
·        Elakkan memakan makanan di dalam tin dan yang diawet.
·        Jika anda makan di luar, elakkan tempat-tempat yang tidak bersih.
·        Masak air yang anda gunakan untuk memasak makanan dan minuman.
·        Pasangkan penapis air pada kepala paip anda (tukar penapis tersebut dengan kerap kerana penapis yang digunakan terlalu lama mengandungi bakteria).
·        Jangan makan telur mentah atau setengah masak.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.