Sunday, October 23, 2011

PEMAKANAN


Pemakanan adalah bahagian penting dalam hidup kita, sama ada kita menghidap HIV atau tidak.  Tidak bererti kerana anda HIV-positif anda tidak perlu menghiraukan pemakanan anda.

Memakan makanan yang seimbang akan membekalkan kepada anda dengan vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan lemak yang diperlukan oleh tubuh anda.  Dalam kes-kes tertentu, pemakanan yang baik juga boleh mengurangkan kesan sampingan.  Dalam bahagian ini, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai pemakanan seimbang bagi mereka yang HIV-positif.

Adakah makanan yang boleh melawan HIV?
Tiada.  Tiada makanan ajaib yang boleh melawan HIV.

Adakah terdapat makanan khas yang lebih baik bagi mereka yang HIV-positif?
Adalah sukar untuk mengesyorkannya disebabkan oleh keperluan setiap individu dan tahap rawatan yang berbeza.

Oleh itu, apa yang perlu saya makan?
Makanan yang seimbang.

Apakah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang adalah makanan yang mengandungi perkara-perkara berikut:

Protein – daripada telur, keju, susu, yogurt / dadih, ayam, taufu, ikan, dan lain-lain.  Ia juga meliputi vitamin dan mineral terutamanya zat besi dan vitamin B12 daripada daging.

Lemak – terdapat lemak baik dan lemak tidak baik.  Lemak yang baik datang daripada minyak zaitun, kacang tanah, dan sayuran.  Lemak yang tidak baik biasanya datang daripada daging berlemak, mentega.  Terlalu banyak memakan lemak tidak baik boleh membawa kepada penyakit jantung.

Vitamin & Mineral – makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.  Elakkan seboleh mungkin memasak sayuran terlalu lama.  Cuba makan sayuran yang digoreng atau dikukus (distim).

Karbohidrat – terkandung dalam makanan berkanji seperti nasi, roti, bijirin, kentang, keladi, mi, dan bijian.

Ingat, semuanya ini adalah panduan am.  Berbincanglah dengan doktor anda untuk menentukan keperluan makanan anda.

AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.