Sunday, October 16, 2011

HAART

Apa itu HAART?
HAART bermaksud Terapi Anti-Retroviral Berkeaktifan Tinggi (Highly Active Anti-Retroviral Therapy) dan ia adalah rawatan terkini bagi mereka yang HIV-positif.  Ia boleh membantu memanjangkan jangka hayat dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat.  Rawatan ini adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga ubat anti-retroviral yang berlainan.

Kombinasi Ubat

Kenapa perlu ada tiga jenis ubat berlainan?
Tiada sejenih ubat yang telah dihasilkan hingga ke hari ini yang mampu untuk memberi rawatan yan gbaik.  Penyelidikan membuktikan bahawa gabungan / kombinasi ubat-ubatan bertindak dengan lebih baik berbanding sejenis ubat.

Apakah tiga jenis dan peranan ubat yang berbeza itu?
Ia boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan:

(1)               Perencat Salinan Terbalik Nukleosida
(Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitor) – NRTI

NRTI bertindak sebagai blok-blok bangunan yang pecah.  Ini akan menyebabkan HIV yang membiak di dalam sel-T dibina dengan blok-blok yang pecah.  Ini melemahkan HIV.

(2)               Perencat Salinan Terbalik Bukan Neukleosida
(Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitor) – NNRTI

NNRTI memberi arahan yang salah kepada HIV semasa proses pembinaannya supaya HIV menjadi lemah dan mudah musnah.

(3)               Perencat Protease (Protease Inhibitors) – PI

PI bertindak seperti pekerja yang meletakkan bahan-bahan yang rosak di dalam setiap virus yang dibina.  Ini turut melemahkan HIV.

Gabungan / kombinasi ubat-ubatan ini membina tembok di sekeliling sel-T yang menghalang HIV daripada menyerang sel-T.





Apa akan terjadi jika saya tidak mengambil ubat?
Ini akan memudahkan HIV untuk menyerang sel-T anda.  Jumlah sel CD4 anda akan berkurangan.  Ini bermakna sistem daya tahan anda akan bertambah lemah dan anda akan lebih terdedah kepada penyakit.  Ia juga akan menjadikan bilangan HIV (kandungan virus) – virus load di dalam badan anda bertambah.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.