Monday, October 24, 2011

BOLEHKAH ANDA BERITAHU, APAKAH PERKARA YANG PERLU SAYA PERTIMBANGKAN SEMASA BERBINCANG DENGAN DOKTOR?



Boleh.  Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu terangkan kepada mereka:

·        Berat badan.
·        Tahap kesihatan anda.
·        Gaya hidup anda – adakah anda bersenam, merokok, meminum minuman beralkohol, atau mengambil dadah yang dilarang.
·        Adakah anda makan di rumah atau di luar.
·        Kesan-kesan sampingan.
·        Kandungan Virus dan jumlah sel CD4 anda.
·        Ubat yang anda ambil pada masa tersebut.
·        Sebarang jangkitan yang sedang atau telah anda hadapi.
·        Maklumkan kepada mereka jika anda mengandung.

Adakah saya disyorkan memakan vitamin atau mineral tambahan?
Multivitamin untuk melengkapkan pengambilan makanan yang seimbang adalah disyorkan oleh kebanyakan doktor.  Tanyalah doktor anda apakah yang terbaik untuk anda.

Adakah dengan memakan dosej vitamin dan mineral yang besar boleh membantuk kesihatan saya?
Tidak.  Penyelidikan yang baru dijalankan menyatakan bahawa dosej yang besar kadangkala boleh mendatangkan keburukan, terutamanya dengan ubat-ubatan HIV yang anda makan.  Sekali lagi, rujuk kepada doktor anda berkenaan dengan dosej yang sesuai untuk anda.

Bolehkah saya memakan ubat herba tradisional?
Apa yang terbaik adalah dengan memberitahu doktor anda apa yang anda ambil supaya beliau boleh memastikan ia tidak mengganggu ubat-ubatan HIV yang anda makan.

AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.