Saturday, October 22, 2011

TIP-TIP YANG BOLEH MEMBANTU ANDA MEMAKAN UBAT TEPAT PADA MASANYA



·        Makanlah ubat anda pada masa yang sama setiap hari.
·        Simpanlah ubat di tempat-tempat yang anda selalu kunjungi seperti pejabat, rumah pasangan, kawan atau ibu bapa anda.
·        Bawalah ubat anda ke mana sahaja anda pergi.
·        Ambil perhatian terhadap perbezaan zon masa apabila anda dalam perjalanan.
·        Simpan diari atau calendar supaya anda boleh membuat catatan atau menanda setiap kali anda memakan ubat.
·        Gunakan telefon bimbit atau jam loceng anda untuk peringatan.
·        Minta mereka yang anda sayangi supaya mengingatkan anda.
·        Jika anda mengembara untuk jangka masa yang lama, bawalah bersama bekalan ubat yang mencukupi.
·        Simpan senarai ubat dan dosej yang perlu anda makan apabila anda mengembara.
·        Jika anda seorang Muslim yang menjalani rawatan dan bercadang untuk berpuasa, bincanglah dengan doktor anda.



AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.